Home Entertainment Ahn Hyo Seop Sengaja Beri Hint Yang Dia Sedang Bercinta Dengan Kim...

Ahn Hyo Seop Sengaja Beri Hint Yang Dia Sedang Bercinta Dengan Kim Sejeong?

0

Walaupun sudah hampir setahun sejak Business Proposal K-Drama popular SBS dikeluarkan, peminat masih ‘ship’ pelakon utama Ahn Hyo Seop dan Kim Sejeong!

Catatan Instagram terbaru Ahn Hyo Seop membuatkan netizen curiga bahawa pelakon itu sedang bercinta sekarang ini. Dia berkongsi beberapa swafoto (selfie) baru-baru ini dan hanya memberi kapsyen dengan emoji arnab.

Serta-merta, peminat mereka berdua menganggap ia bukanlah satu kebetulan. Sejeong sebelum ini pernah menyiarkan gambar dirinya memakai telinga arnab. Malah ada yang mentafsirkannya sebagai “lovestagram.”

Fm0AF6TaUAEhZWt

Netizen juga menyatakan bahawa lokasi swafoto Ahn Hyo Seop mengingatkan lokasi yang pernah Sejeong berada pada tahun lepas.

Peminat pasangan itu malah mencuba untuk zoom gambar itu dan mata Ahn Hyo Seop dan Kim Sejeong. Mungkinkah mereka pergi melancong bersama ketika itu?

Baca lagi: “Diluahkannya Semua Di Instagram”- Jamie Dicurang Terang-terangan

Baca lagi: Khabar Angin Mengatakan Lisa BLACKPINK Ditawarkan 100 Bilion KRW (~RM 346 Juta) Oleh Agensi Lain

Akhir sekali, beberapa peminat HyoJeong menunjukkan bahawa baju yang dipakainya (Hyo Seop) dalam swafoto itu adalah serupa dengan baju yang dipakai Sejeong. Namun, ia tidaklah kelihatan sebijik sama.

Ini bukan kali pertama peminat mengesyaki kedua-duanya sedang bercinta. Di Anugerah Drama SBS 2022 baru-baru ini, mereka telahpun menimbulkan gossip itu.

Sumber: [1]