Home K - Pop Acara ‘Cup Sleeve’ Semakin Menjadi Tumpuan di Malaysia

Acara ‘Cup Sleeve’ Semakin Menjadi Tumpuan di Malaysia

0
unnamed 4

Apa itu acara ‘cup sleeve’?

Pasti ramai yang tertanya, apakah itu acara ‘cup sleeve’? Sebenarnya acara ini sudah lama menjadi budaya di Korea Selatan.

Pada awalnya, setiap artis di Korea Selatan yang menjadi duta sesebuah jenama kafe di sana, wajah mereka akan dicetak pada lengan cawan kopi. Tujuannya adalah untuk menarik pelanggan sekaligus mempromosikan perniagaan mereka kepada umum.

Malah, kebanyakan artis di sana sering menghantar ‘food truck’ kepada sesama artis sebagai tanda sokongan. Inilah yang menariknya budaya artis di sana.

Lama-kelamaan, ‘fanclub’ idol di sana melihat itu sebagai satu medium untuk menyambut ulangtahun kelahiran, dan juga untuk meraikan sesuatu pencapaian artis kesayangan mereka.

https://twitter.com/PHiNEdara21/status/1129599408100630529
Acara ‘cup sleeve’ oleh BLACKJACKs baru-baru ini yang dianjurkan di Seoul, Korea Selatan
84435002
Acara 'Cup Sleeve' Semakin Menjadi Tumpuan di Malaysia 12
nhsjed9j9uygjfjze5fm
Acara 'Cup Sleeve' Semakin Menjadi Tumpuan di Malaysia 13

Acara “cup sleeve” di Malaysia…

Baru-baru ini, acara ini semakin mendapat sambutan dalam kalangan peminat artis K-Pop di Malaysia.

Tidak melepas peluang untuk merasa sendiri trend peminat K-Pop ni, Admin sempat berkunjung ke salah satu acara ‘cup sleeve’ yang dianjurkan oleh kelab peminat EXO, Fou D’Amour EXO yang bertempat di HiCaa – ICOM Square, Kuching, Sarawak pada 8 April yang lalu.

https://twitter.com/foudamour_exo/status/1114861553159786502

Bagi Admin, penganjuran acara sebegini begitu menarik dan unik sekali kerana selain kafe dihiasi dengan pelbagai dekorasi, koleksi album, kipas tangan, majalah dan slogan tangan, dapat dilihat sambutan yang diterima begitu meriah sekali apabila lebih 200 orang datang memenuhi kafe! Serious, ramai gila, hampir sesak nafas Admin…Barista dorang pun tak lepas tangan ????

Acara bermula jam 11 pagi dan berakhir sekitar jam 5 petang. Seperti kafe tema yang lain, peminat diarah untuk membeli air minuman terlebih dahulu dan kemudian menebus ‘cup sleeve’ mereka serta beberapa barangan percuma daripada admin fanclub.

Menurut salah seorang admin Fou D’Amour EXO, acara ini adalah kolaborasi bersama kelab peminat EXO Malaysia, EXO Union Malaysia @EXOUnionMY dan @H_pidot sempena Ulangtahun Ke-7 EXO dan ulangtahun kelahiran Sehun yang juga ahli EXO. Acara ini bukan sahaja berlangsung di Kuching, ianya serentak dengan beberapa buah negeri lain di seluruh Malaysia.

Selain itu, cabutan undi bertuah berlangsung sekitar pukul 2 petang di mana menyaksikan 3 pemenang bertuah menerima hadiah menarik daripada pihak penganjur.

Walaupun ramai yang memandang remeh usaha peminat ini, bagi Admin ianya sebagai satu platform bagi mereka untuk berkumpul dan meluangkan masa bersama orang yang mempunyai minat yang sama. Konsepnya lebih kurang sama macam perjumpaan bikers ke, pencinta haiwan ke. Sama je semua tu, bezanya minat…

Admin pun terhibur jugak melihat sambutan meriah EXO-L ni disebabkan ini kali pertama admin melihat acara sebegini diadakan di Malaysia. Ingatkan kat Korea je ada acara cup sleeve ni. Eh, takda yang nak cetak muka Hidayah ke kat ‘cupsleeve’? Hahahahanat! Gurau je. (Kalau ada pun tak salah ????)

Jom lihat sikit apa yang ada hari tu…

D3mKd OU8AA1y8U
Kredit Foto: twitter @amyybw
D3hgKYqU0AAXy2T
Kredit Foto: Twitter @foudamour_exo
D3SpjUIUUAER3Zq
D3hWyQ6U8AAyrYI
D3hWyQ5U8AEJcY7
D3jIq2yUcAEOmat
D3iYrVmUEAAByMd
Kredit Foto; Twitter @etherealhyun
D3j1vnmU8AA6stn
Kredit Foto: Twitter @_chanhun9294