Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Bon Appétit, Your Majesty: Buku Mangunrok, Manuskrip Lama Yang Penuh Misteri dan...

Bon Appétit, Your Majesty: Buku Mangunrok, Manuskrip Lama Yang Penuh Misteri dan Mempunyai Kuasa Ajaib

0

Bon Appétit, Your Majesty merupakan sebuah drama Korea yang diadaptasi daripada web novel berjudul Yeonsankunui Chefro Salanamki karya Park Kuk Jae. Drama bergenre pengembaraan masa (time travel) ini mengisahkan tentang seorang tukang masak profesional bernama Yeon Ji Young (lakonan Yoona SNSD) yang secara tiba-tiba tercampak ke zaman silam.

Perjalanan luar biasa Ji Young bukan berlaku tanpa sebab. Semuanya berpunca daripada sebuah buku misteri bernama Mangunrok, sebuah manuskrip lama yang dipercayai mempunyai kuasa ajaib. Buku itu menjadi penghubung antara dunia moden dan era Dinasti Joseon, sekali gus membuka pelbagai persoalan yang menimbulkan rasa ingin tahu penonton.

Berikut adalah tujuh misteri utama mengenai buku Mangunrok yang menjadi nadi cerita dalam Bon Appétit, Your Majesty:

1. Peninggalan sejarah dari era Joseon

Bon appetit

Mangunrok bukan sekadar buku biasa. Ia merupakan peninggalan sejarah era Dinasti Joseon yang telah diberikan oleh Profesor Pierre dari Universiti Sorbonne kepada ayah Yeon Ji Young. Hal ini menjadikan buku tersebut bukan sahaja antik, malah mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

2. Halaman yang koyak dan mesej misteri

5d95c2f2 6687 4746 bde1 c4ada6c1ebaa

Terdapat satu halaman yang koyak seolah-olah disengajakan, namun meninggalkan sepatah kalimat misteri. Kalimat inilah yang menjadi kunci kepada rahsia besar yang tersimpan di dalam buku.

3. Kalimat romantis di halaman pertama

b76895a2 7d20 4601 9237 c2fa19dc942e

Menariknya, halaman pertama buku Mangunrok dipenuhi dengan kata-kata romantis seakan sebuah surat cinta yang ditujukan kepada seseorang. Namun, makna sebenar di sebalik kata-kata itu masih belum jelas.

4. Resipi masakan dan ilustrasi bergambar

9ad4d3a7 db8e 4e7f 8c7e 3bc197e92477

Walaupun disangka sebagai buku cinta, Mangunrok sebenarnya dipenuhi dengan resipi masakan tradisional lengkap dengan ilustrasi bergambar. Hal ini seolah-olah menyingkap peranan makanan dalam menghubungkan zaman dan manusia.

5. Hiasan batu biru yang indah

258b72d0 babe 4153 9b9b 7bd58767231a

Buku ini turut dihiasi dengan gantungan batu biru yang mempesona. Batu itu dipercayai bukan sekadar perhiasan, malah mempunyai kaitan rapat dengan kuasa ajaib buku tersebut.

6. Kuasa gerhana matahari

0b770686 4d08 4948 b1e8 cf2ef9a67df2

Buku Mangunrok hanya akan menunjukkan kuasanya yang sebenar ketika gerhana matahari berlaku. Sesiapa yang membaca halaman pertamanya pada saat itu akan dihantar menjelajah masa ke era Dinasti Joseon.

7. Cermin sebagai medium untuk ke pintu masa

500df5c0 7712 4d91 8d0f 579c39fcca3e

Sebagaimana dialami oleh Yeon Ji Young, buku tersebut menyeretnya ke zaman silam melalui sebuah cermin. Cermin itu menjadi medium untuk ke pintu masuk ke dunia yang sama sekali asing baginya.

Antara Karier Gemilang dan Zaman Joseon

IMG 6656

Akibat terjebak di zaman Joseon, Yeon Ji Young terpaksa meninggalkan kerjayanya yang sedang bersinar di Perancis sebagai seorang koki terkenal. Kehidupannya berubah sekelip mata apabila dia berhadapan dengan Raja Yi Heon (lakonan Lee Chae Min), seorang pemerintah yang terkenal sebagai tiran paling kejam pada zamannya.

Perjalanan Ji Young di era lampau bukan sahaja menguji kepakarannya dalam dunia masakan, malah turut menguji kekuatan fizikal dan emosinya. Dari seorang chef moden yang terbiasa dengan teknologi canggih, kini dia terpaksa berhadapan dengan kehidupan zaman silam yang penuh keterbatasan.

Namun, adakah Mangunrok juga menyimpan kunci untuk Ji Young kembali ke era asalnya? Atau adakah takdir telah merencanakan sesuatu yang lebih besar antara dirinya dengan Raja Yi Heon?

Jawapan kepada persoalan ini hanya dapat ditemui melalui perjalanan penuh misteri dalam drama Bon Appétit, Your Majesty. Drama ini bukan sahaja menggabungkan elemen sejarah dan fantasi, malah turut menonjolkan keindahan seni kulinari Korea yang dipersembahkan dalam kisah cinta dan kuasa. Saksikan episod terbaru Bon Appétit, Your Majesty setiap Sabtu dan Ahad!

Baca lagi: Bon Appétit, Your Majesty Semakin Viral, Drama Sageuk Rom-com Yang Harus Ditonton
Baca juga: Bon Appetit, Your Majesty, Im Yoona Terperangkap di Era Joseon dan Dipaksa Memasak Untuk Raja Zalim