Home Kdrama/Kmovie Drama Korea ISEOP’S ROMANCE, Dari Webtoon Popular ke Drama Live-Action, Siapa Bakal Jadi Tae...

ISEOP’S ROMANCE, Dari Webtoon Popular ke Drama Live-Action, Siapa Bakal Jadi Tae Iseop?

0

ISEOP’S ROMANCE, yang sebelum ini berjaya sebagai novel web dan webtoon, kini sedang dipersiapkan untuk diangkat menjadi drama live-action. Hak penerbitan sudah pun dimeterai oleh Ace Factory, syarikat penerbitan terkenal dengan karya-karya popular seperti Confession dan Stranger 2.

Kisahnya berpusat pada Tae Iseop, seorang pewaris konglomerat generasi ketiga yang tidak pernah bercinta, serta Kang Minkyung, setiausaha merangkap bekas rakan sekerjanya yang akhirnya mengubah kehidupan si bos yang berwatak dingin itu.

Walaupun barisan pelakon utama masih belum diumumkan, nama-nama besar seperti Seo Kang Joon, Song Kang, dan Cha Eun Woo sudah pun menjadi sebutan hangat dalam kalangan peminat.

Calon Pelakon Utama, Siapa Paling Sesuai Jadi Tae Iseop?

Iseop romance

Sejak berita mengenai pengadaptasian ISEOP’S ROMANCE diumumkan, perbincangan hangat tercetus dalam komuniti peminat drama. Ramai yang sudah mula meneka siapakah pelakon yang paling sesuai membawakan watak utama, Tae Iseop.

 

IMG 6448

Seo Kang Joon disebut sebagai calon utama kerana aura elegan dan karismanya dianggap paling sepadan dengan watak pewaris konglomerat.
IMG 6451
Byun Woo Seok pula menjadi pilihan ramai kerana wajahnya yang menawan, mampu menambat hati penonton drama romantik.
IMG 6452
Ahn Hyo Seob turut dicadangkan kerana wajah serius namun tetap menampilkan sisi rapuh yang sesuai dengan watak Tae Iseop.
IMG 6461 scaled

Selain itu, beberapa nama lain juga dicalonkan, antaranya Choo Young Woo, Nam Joo Hyuk, Lee Junho, Song Kang, Lee Jong Suk, Cha Eun Woo, Kim Yo Han, dan Chae Jong Hyeop.

Ekspektasi Tinggi Peminat

IMG 6446

Walaupun peminat berbeza pendapat mengenai calon paling sesuai, majoriti bersetuju bahawa sesiapa sahaja yang terpilih, asalkan mempunyai rupa menawan dan keserasian yang kuat dengan heroin, sudah cukup untuk menjadikan drama ini berjaya besar.

Tambahan pula, ISEOP’S ROMANCE sudah memiliki kumpulan peminat setia sejak era webtoon, yang pastinya menaruh harapan tinggi agar transisi ke layar kaca dilakukan dengan sempurna.

Menariknya, perbincangan mengenai pelakon sudah pun menjadi tular di komuniti dalam talian meskipun teaser rasmi belum dilancarkan. Fakta ini membuktikan betapa besar penantian peminat terhadap projek berskala besar ini.

Bila Akan Ditayangkan?

Iseop

Drama ISEOP’S ROMANCE dijadualkan menemui penonton sama ada pada akhir tahun 2026 atau awal tahun 2027. Dengan hype yang semakin meningkat, tidak kira siapa pun yang akhirnya terpilih sebagai Tae Iseop, pastinya akan menjadi tumpuan besar dalam dunia drama Korea.

Apatah lagi, reka bentuk watak dalam webtoon yang digambarkan begitu terperinci dan menawan sudah cukup melekat di hati peminat.

Jadi, menurut anda, siapakah pelakon yang paling sesuai memegang watak Tae Iseop dalam versi live-action ISEOP’S ROMANCE nanti?

Baca lagi: 10 Pelakon Wanita Korea Terkaya 2025, Jun Ji Hyun Ungguli Senarai
Baca juga: Empat Drama Dibintangi Kang Han Na Yang Diadaptasi Daripada Novel