Home Cdrama Legend of the Female General dan Deretan Drama China Adaptasi Novel Popular

Legend of the Female General dan Deretan Drama China Adaptasi Novel Popular

0

Setelah sekian lama dinantikan, drama China Legend of the Female General akhirnya telah menemui penonton. Drama yang dibintangi oleh Cheng Lei dan Zhou Ye ini diangkat daripada novel popular Rebirth of a Star General karya penulis terkenal Qian Shan Cha Ke.

Qian Shan Cha Ke merupakan novelis prolifik dari China yang karyanya sering kali diadaptasi menjadi drama bersiri sehingga mencetuskan fenomena global. Berikut beberapa drama China hasil adaptasi novel beliau yang wajar ditonton:

1. The Double (2024)

Drama china

Pelakon: Wu Yin Yan, Wang Xing Yue
Jumlah episod: 40
Platform tontonan: Netflix, Youku

Sinopsis:

The Double mengisahkan tentang Xue Fang Fei, anak kepada seorang hakim daerah daripada keluarga ternama. Kehidupannya pada awalnya bahagia bersama keluarga dan suaminya. Namun, segalanya musnah apabila dia dituduh curang, sehingga kehilangan seluruh kebahagiaan yang dimiliki.

2. The Glory (2025)

4f4cd80e 515e 459d 8441 117dba401358

Pelakon: Chen Du Ling, Xin Yun Lai
Jumlah episod: 30
Platform tontonan: WeTV

Sinopsis:

The Glory membawa kisah tentang Zhuang Han Yan, seorang gadis malang yang ditinggalkan sejak kecil. Dia membesar di desa wilayah selatan, jauh dari kemewahan ibu kota. Setelah bertahun-tahun terpisah, akhirnya dia dipertemukan kembali dengan keluarga kandungnya, yang selama ini tidak pernah dikenalinya.

3. Legend of the Female General (2025)

a670b9d4 4dae 46e9 998e 8b9a8e6e082b

Pelakon: Cheng Lei, Zhou Ye
Jumlah episod: 36
Platform tontonan: WeTV, iQIYI, Mango TV

Sinopsis:

Drama China Legend of the Female General berkisarkan tentang He Yan, seorang wanita yang terpaksa menyamar sebagai lelaki sepanjang hidupnya untuk menggantikan peranan sepupunya. Dia muncul sebagai seorang jeneral wanita gagah yang berjuang menuntut keadilan, membalaskan dendam serta merebut kembali hak yang dirampas daripadanya, di tengah-tengah kancah perebutan kuasa politik istana.

Dengan jalan cerita yang penuh emosi, konflik dan pelbagai kisah permusuhan yang naik turun, drama-drama adaptasi karya Qian Shan Cha Ke ini bukan sahaja menghiburkan, malah telah mencatat rekod tontonan yang sangat membanggakan.

Jangan lupa untuk menambahkannya dalam senarai tontonan anda!

Baca lagi: Cheng Lei, Dari Watak Sampingan ke Jeneral Karismatik, 8 Drama yang Melonjakkan Namanya
Baca juga: 10 Drama China Aksi Romantik yang Penuh Pertarungan dan Cinta Mengharukan