Disney+ bakal menayangkan sebuah drama bersiri thriller terbaharu berjudul Tempest pada 17 September 2025. Drama ini membawa kisah mendebarkan tentang seorang Duta Besar PBB yang berpengaruh, Moon Ju (lakonan Jun Ji Hyun), yang berusaha membongkar kebenaran di sebalik cubaan pembunuhan terhadap seorang calon presiden. Dalam misinya itu, beliau dilindungi oleh seorang ejen khas yang identitinya dirahsiakan, Baek San Ho (lakonan Kang Dong Won).
Bagi peminat Kang Dong Won, Tempest menandakan karya kedua beliau pada tahun 2025, selepas membintangi filem Dark Nuns di mana beliau memegang watak Pastor Choi, tokoh penting dalam misi pengusiran syaitan. Namun kali ini, beliau membawa sisi berbeza sebagai Baek San Ho, seorang ejen elit dengan latar belakang yang penuh misteri.
Fakta Menarik Tentang Watak Baek San Ho dalam Tempest
1. Pelindung rahsia kepada Duta Besar Moon Ju

Dalam Tempest, Kang Dong Won memegang watak Baek San Ho, seorang ejen khas berbangsa tidak dikenal pasti yang ditugaskan melindungi Duta Besar Moon Ju.
2. Berhadapan situasi genting

Tugas San Ho menjadi semakin berbahaya apabila Moon Ju tekad mengungkap kebenaran di sebalik cubaan pembunuhan seorang calon presiden.
3. Pengalaman luas dalam unit perlindungan elit

Sebelum ini, San Ho pernah menjadi anggota unit perlindungan VIP elit dan terkenal sebagai jaguh dalam organisasinya.
4. Misi di medan perang

Beliau juga pernah melaksanakan pelbagai operasi berisiko tinggi di zon peperangan dan mendapat penghormatan kerana kejayaannya yang sempurna.
5. Terperangkap dalam krisis

Malang menimpa apabila ketika melindungi Moon Ju daripada ancaman pembunuhan, San Ho turut terjerumus ke dalam krisis besar yang mengancam nyawanya.
6. Karakter penuh kewaspadaan

Potret yang dikongsi Disney+ menonjolkan tatapan mata San Ho yang tajam dan penuh waspada, seolah-olah menyembunyikan sesuatu.
7. Sisi tersembunyi yang tidak disangka

Menurut pengarah Tempest, Kim Hee Won, San Ho bukan sahaja tegas di luaran, tetapi memiliki sisi tenang dan berjiwa halus di dalam.
Pengarah Kim Hee Won turut menjelaskan:
“San Ho ialah watak yang memukau, tegas dan mempesonakan di luar, namun menyimpan kekuatan batin yang halus. Kang Dong Won bukan sahaja menghadirkan tenaga hebat dalam adegan aksi, malah berjaya mengekspresikan kelembutan yang kontras. Perpaduan sifat ini menjadikan San Ho watak yang luar biasa, dan Kang Dong Won membawanya dengan sempurna,” katanya kepada Herald Pop.
Jun Ji Hyun, sebagai pelakon utama wanita dan gandingannya dalam drama ini, turut berkongsi pandangan:
“Sepanjang penggambaran, terdapat rasa teruja bercampur ketegangan yang sangat mengujakan. Keserasian kami terbentuk secara semula jadi, dan saya berasa amat selesa berlakon bersamanya,” ujar Jun Ji Hyun.
Dengan gambaran watak San Ho yang penuh rahsia, penonton pastinya ingin mengetahui apakah langkah luar jangka yang bakal diambilnya dalam drama ini. Untuk peminat yang menantikan kemunculan semula Kang Dong Won, Tempest boleh ditonton di Disney+ Hotstar mulai 10 September 2025. Pastikan anda tidak terlepas!
Baca lagi: Lee Young Ae dan Kim Young Kwang Memaparkan Aura yang Mengagumkan dalam Drama Thriller Jenayah Terbaru
Baca juga: 8 Drama Korea Baru 2025 di Disney+, Menjanjikan Kisah Mengujakan








