Anime Terbaru ‘Twisted Wonderland’ Bakal Menggegarkan Disney+ Mulai Oktober Ini, Suara Asal Dari Permainan Video Dikekalkan!
Para peminat anime kini boleh bersiap sedia untuk kehadiran satu lagi siri yang sangat dinanti-nantikan,!Twisted Wonderland, adaptasi daripada permainan video terkenal ciptaan Disney yang telah mencetuskan fenomena di seluruh dunia.
Twisted Wonderland bukan sekadar sebuah anime biasa. Ia membawa penonton menyelami dunia magis yang unik dan kelam, diinspirasikan daripada watak-watak penjahat ikonik Disney, namun diolah dengan gaya dan jalan cerita baharu yang penuh dengan elemen misteri, sihir dan cabaran jiwa muda.
Menariknya, siri ini akan dibahagikan kepada tiga musim, dan musim pertama membawa tajuk “Episode of Heartslabyul”. Siri ini akan mula ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar bermula 29 Oktober 2025, dengan episod baharu disiarkan setiap hari Rabu, menjadikannya hiburan mingguan yang ditunggu-tunggu oleh pencinta anime.
Sinopsis Twisted Wonderland: Episod Pertama “Episode of Heartslabyul”

Segalanya bermula apabila Yuuken Enma, seorang pelajar dari dunia nyata, secara tiba-tiba terperangkap di dunia magis bernama Twisted Wonderland ketika berlangsungnya satu upacara kemasukan pelajar baharu.
Dalam kekecohan itu, muncul pula makhluk aneh bernama Grim, seekor raksasa kecil yang bercita-cita menjadi ahli sihir hebat, namun sering menimbulkan masalah. Demi menenangkan kekacauan yang tercetus, Dire Crowley, pengetua Akademi Sihir Night Raven, menetapkan syarat khas: Yuuken boleh tinggal di dunia itu dengan menjadi pengawas kepada Grim.
Sepanjang pengembaraan Yuuken di Night Raven College, dia bukan sahaja perlu menyesuaikan diri dengan dunia penuh keajaiban ini, malah turut mencari jalan untuk pulang ke alam asalnya. Namun, kehidupannya menjadi lebih rumit apabila berkawan dengan dua pelajar yang penuh masalah, Ace Trappola dan Deuce Spade, yang sering menyeret Yuuken ke dalam pelbagai insiden tidak dijangka.
Adakah Yuuken mampu mencari jalan pulang ke dunianya? Atau adakah dia akan terus terperangkap di Twisted Wonderland dan membina takdir baharunya di sana?
Barisan Pelakon Suara Asli Dikekalkan, Kesetiaan Kepada Permainan Video

Salah satu tarikan utama anime ini adalah penglibatan barisan pelakon suara asal daripada permainan Twisted Wonderland. Pilihan ini bukan sahaja menggembirakan peminat setia, malah menjanjikan keserasian watak yang lebih hidup dan autentik.
Berikut senarai penuh pelakon suara untuk musim pertama:
Gabungan suara yang mantap ini pastinya akan menjadikan dunia Twisted Wonderland lebih berjiwa dan mengasyikkan untuk ditonton.
Jadual Tayangan & Butiran Penting

Bersedia Untuk Memasuki Dunia Sihir Yang Dipenuhi Keanehan, Bahaya dan Keindahan

Dengan gabungan visual bergaya gotik, elemen fantasi gelap dan karakter yang penuh karisma, Twisted Wonderland bakal menjadi satu fenomena anime baharu yang wajib ditonton, lebih-lebih lagi oleh peminat Disney dan permainan video asalnya.
Jadi, tandakan kalendar anda! 29 Oktober 2025, kita semua akan menyelami dunia penuh keajaiban dan teka-teki dalam Twisted Wonderland: Episode of Heartslabyul. Pastikan anda tidak ketinggalan!







