Bila Lelaki Berbahaya Jadi Romantis: 8 Drama Cina Tentang Cinta Si ‘Red Flag’ Yang Membuat Hati Cair
Dalam dunia drama Asia, watak lelaki ‘red flag’, dingin, egois, manipulatif, atau terlalu obses, sering kali mencuri perhatian dan, anehnya, hati para penonton. Meskipun jelas menampilkan sifat toksik, lelaki-lelaki ini biasanya memiliki satu sisi lain yang membuat ramai tak dapat berhenti menonton: mereka sangat cinta dan sanggup melakukan apa sahaja demi orang yang mereka sayangi.
Trend ini semakin ketara dalam drama Cina, dengan jalan cerita yang gelap, emosional dan kadang-kadang menggugah jiwa. Watak lelaki seperti ini bukan sahaja mencabar emosi penonton, tetapi juga mencipta detik-detik romantik yang tidak terjangka.
Berikut ialah senarai drama Cina tentang lelaki ‘red flag’ yang dingin dan egois tapi terjatuh cinta, pasti membuatkan anda geram, tersentuh, dan jatuh cinta pada masa yang sama.
1. The Double (2024)

Xue Fangfei menyamar sebagai Jiang Li untuk membalas dendam terhadap pembunuh keluarganya. Dalam usahanya, dia bertemu dengan Adipati Su, seorang lelaki bangsawan yang sombong dan kejam.
Namun sebalik wataknya yang keras, Adipati Su menunjukkan cinta mendalam terhadap Xue Fangfei dan sanggup mempertaruhkan segalanya untuk melindunginya. Kisah mereka penuh dengan tipu daya, ketegangan dan cinta yang terlalu dalam hingga menyakitkan.
Tonton di: Netflix, YouKu
2. My Journey to You (2023)

Yun Wei Shan, seorang mata-mata wanita, menyusup ke dalam keluarga Gong tetapi terjerat dalam satu kes pembunuhan. Gong Zi Yu, pewaris keluarga yang egois dan dingin, muncul sebagai ketua baharu.
Watak Gong Zi Yu sebagai lelaki ‘red flag’ sangat jelas, dia tegas dan licik, tetapi apabila jatuh cinta, dia berubah menjadi pelindung yang setia dan emosional. Percintaan mereka berkembang di tengah konspirasi dan pencarian kebenaran.
Tonton di: iQIYI, WeTV
3. The Story of Kunning Palace (2023)

Jiang Xue Ning, bekas permaisuri yang terbunuh, diberi peluang kedua apabila dilahirkan semula sebagai gadis muda. Takdir menemukan semula dirinya dengan Xie Wei, seorang guru empayar yang terkenal, namun pencemburu dan penuh rahsia.
Xie Wei yang pada awalnya menjadi musuh, perlahan-lahan menunjukkan obsesi dan cinta yang tidak tergoyah terhadap Xue Ning, meskipun cinta itu berakar daripada luka lama dan rasa bersalah yang terpendam.
Tonton di: iQIYI
Baca juga: 10 Drama Cina 2025 Bertemakan Sekolah Paling Menyentuh Jiwa
4. The Princess Wei Young (2016)

Puteri Feng Xin Er terselamat selepas keluarganya dari Dinasti Wei Utara dibunuh. Dia menyamar sebagai Li Wei Young dan cuba bertahan di wilayah musuh.
Di sana, dia bertemu dengan Tuo Ba Jun, seorang putera yang kelihatan dingin tetapi setia. Demi cinta, Tuo Ba Jun sanggup melawan keluarganya sendiri dan melindungi Wei Young walau dalam keadaan paling getir sekalipun.
Tonton di: Netflix
5. Love Like The Galaxy (2022)

Cheng Shao Shang, gadis pintar yang ditinggalkan sejak kecil, bertemu dengan Ling Bu Yi, seorang jeneral kejam yang dipungut oleh maharaja.
Ling Bu Yi adalah definisi lelaki ‘red flag’, keras, tidak berperasaan, dan penuh rahsia. Namun, apabila dia jatuh cinta kepada Cheng Shao Shang, dia menjadi sangat melindungi, penuh kelembutan yang tersembunyi di balik wajah dinginnya.
Tonton di: WeTV, Viki
6. Dating in the Kitchen (2020)

Lu Jin, seorang CEO yang tegas dan tidak bertolak ansur dalam dunia perniagaan, tidak menjangka akan jatuh cinta pada Shen Nan, tukang masak muda yang jujur dan polos.
Lu Jin yang licik sanggup memanipulasi keadaan hanya untuk mendekati Shen Nan, bahkan melangsaikan hutangnya. Tindakannya yang kelihatan gila ini menunjukkan sisi romantik ekstrem yang membuat penonton tersenyum dan menggeleng kepala pada masa sama.
Tonton di: iQIYI
Baca juga: Legend of Zang Hai, Kisah Dendam, Kuasa dan Cinta yang Menggegar Dunia Drama Cina 2025
7. Love of Nirvana (2024)

Wei Zhou atau Xiao Wu Xia, seorang putera dari suku Yeulou, menyamar masuk ke istana musuh untuk membalas dendam. Namun, dia mula berubah apabila jatuh cinta pada Jiang Ci, wanita yang pada awalnya ingin dibunuhnya.
Wei Zhou yang kejam dan licik, akhirnya tunduk kepada cinta. Dia bukan sahaja meninggalkan misinya, malah sanggup mengorbankan nyawa demi wanita yang dahulu dianggap musuh.
Tonton di: iQIYI, Viki
8. Love in Flames of War (2023)

Xiao Bei Chen, seorang pemuda kasar dan keras kepala, sering menyakiti orang sekelilingnya termasuk Lin Hang Jin, gadis yang akhirnya mencairkan hatinya.
Walaupun dibesarkan dalam suasana keras dan penuh pertikaian, Bei Chen berubah secara perlahan menjadi sangat setia dan penyayang. Cinta antara keduanya berkembang dalam latar peperangan yang mendebarkan.
Tonton di: Viki, YouKu
Watak lelaki ‘red flag’ dalam drama Cina ini mungkin bukan impian sebenar ramai wanita, tetapi dalam dunia fiksyen, mereka membawa konflik yang membuatkan jantung berdegup dan hati bergetar. Kombinasi antara sisi gelap dan cinta yang mendalam menjadikan drama-drama ini sukar dilupakan. Jika anda ingin hiburan yang penuh drama, air mata dan senyuman manis, lapan drama cina ini wajar masuk senarai tonton anda!







