Home Kdrama/Kmovie Movie “Ode to My Father 2“, Kisah Pengorbanan Seorang Ayah Bakal Kembali ke...

“Ode to My Father 2“, Kisah Pengorbanan Seorang Ayah Bakal Kembali ke Layar Perak

0

Filem Ode to My Father Akan Hadir dengan Sekuel Selepas 11 Tahun!

Ode to my father 2

Filem Ode to My Father disahkan bakal mempunyai sambungan selepas 11 tahun tayangan asalnya. Seperti filem pertama, Ode to My Father 2 akan sekali lagi diarahkan oleh pengarah terkenal, Yoon Je Kyun.

Difahamkan, produksi kini sedang dalam perbincangan untuk melibatkan pelakon hebat Lee Sung Min dan Kang Ha Neul sebagai teraju utama. Berikut merupakan butiran lanjut mengenai perkembangan filem ini:

1. Lee Sung Min dan Kang Ha Neul Disasarkan Sebagai Teraju Utama Ode to My Father 2

0b578bfa ff8e 4519 a42e 0baa1fd33640

Pada hari Khamis, 5 Jun 2025, EDaily melaporkan bahawa Lee Sung Min dan Kang Ha Neul sedang dipertimbangkan untuk membintangi Ode to My Father 2. Menurut laporan tersebut, filem ini diterbitkan oleh CJ ENM bersama JK Films.

Wakil CJ ENM memberikan maklum balas bahawa mereka sedang menilai produksi sekuel ini secara positif. Sementara itu, pihak JK Films pula mendedahkan bahawa skrip bagi filem ini telah pun siap sepenuhnya dan kini sedang melalui proses semakan semula.

Buat masa ini, mereka turut menyemak jadual Lee Sung Min, Kang Ha Neul serta pelakon-pelakon lain yang bakal terlibat.

2. Disasarkan Membawakan Watak Ayah dan Anak

e2b38a7b 0d4e 4b50 af5e 94e3531e102b

Lee Sung Min dikatakan telah ditawarkan watak sebagai seorang ayah bernama Seong Min, seorang lelaki yang tabah dan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga.

Sementara itu, Kang Ha Neul sedang dalam perbincangan untuk melakonkan watak Se Joo, anak bongsu kepada Seong Min. Watak ini digambarkan sebagai seorang pemuda yang mengalami perubahan hidup selepas terlibat dalam gerakan pendemokrasian Korea semasa menuntut di Universiti Kebangsaan Seoul.

Sekiranya kedua-dua pelakon ini menerima tawaran tersebut, filem ini akan menjadi projek reunion mereka buat kali pertama selepas 11 tahun, sejak drama popular Misaeng: Incomplete Life yang ditayangkan pada tahun 2014.

3. Ode to My Father 2 Dijadualkan Tayang Tahun Hadapan

IMG 8071

Ode to My Father 2 merupakan sambungan kepada filem terkenal Ode to My Father yang ditayangkan pada tahun 2014. Filem asalnya mengisahkan perjalanan hidup Deok Soo (lakonan Hwang Jung Min), seorang lelaki yang membesar di zaman pascaperang Korea dan menyaksikan pelbagai peristiwa sejarah penting tanah airnya.

Sekuel ini bakal memberi tumpuan kepada kisah kehidupan Seong Min, yang dihantar ke Jerman bersama anaknya, Se Joo serta Deok Soo, sekali gus menggabungkan kisah lama dan baharu dalam satu naratif keluarga yang menyentuh hati.

Ode to My Father 2 dijangka akan menemui penonton di pawagam pada tahun hadapan. Nantikan pengumuman rasmi serta perkembangan lanjut tentang barisan pelakon dan tarikh tayangan!

Sumber

Baca lagi: “The Woman Who Swallowed the Sun”, Drama Harian Sarat Emosi dan Konflik Besar Bermula!
Baca juga: Senarai Drama Korea Pelbagai Genre Jun 2025 Diramalkan Mendapat Rating Tinggi