Dengan chemistry pemain dan jalan cerita yang menarik, drama Cina baru-baru ini menjadi semakin popular di kalangan peminat drama Malaysia.
Berikut ialah senarai drama Cina yang popular dan hangat dibincangkan pada awal 2025, dari Januari hingga April, yang mesti ada dalam senarai tontonan anda tau! Jom semak!
1. Moonlight Mystique

Pelakon: Ao Rui Peng, Bai Lu
Bilangan episod: 40
Sinopsis:
Drama Cina Moonlight Mystique ini mengisahkan kisah cinta antara anak perempuan Jeneral dan Dewa Iblis. Bibit-bibit percintaan mula tumbuh apabila seorang wanita bernama Bai Shu tiba-tiba menyelamatkan Dewa Iblis dalam perjalanannya untuk mencari keabadian.
2. Flourished Peony

Pelakon: Yang Zi, Li Xian
Bilangan episod: 32
Sinopsis:
Drama Cina Flourished Peony mengisahkan anak seorang saudagar bernama He Wei dalam Dinasti Tang Fang yang bergelut untuk melarikan diri dari perkahwinan paksa. Dia memilih untuk memulakan perniagaan penanaman bunga peony yang jarang ditemui untuk mendapatkan kebebasan.
3. The White Olive Tree

Pelakon: Chen Zhe Yuan, Liang Jie
Jumlah episod: 38
Sinopsis:
Drama Cina The White Olive Tree mengisahkan tentang kisah cinta Li Zan, seorang askar operasi khas yang berdedikasi dan Song Ran, seorang wartawan perang yang berani. Hubungan percintaan mereka agak rumit dan terjalin di tengah-tengah kekacauan konflik.
4. Si Jin

Pelakon: Zhang Wan Yi, Jing Tian
Bilangan episod: 40
Sinopsis :
Drama Cina Si Jin mengisahkan perjalanan Jiang Si, seorang wanita yang berani melawan nasib setelah mendapat peluang kedua. Dia membalas dendam terhadap tunangnya selepas dikhianati dalam kehidupan sebelumnya.
5. Love of the Divine Tree

Pelakon: Deng Wei, Julia Xiang
Bilangan episod: 40
Sinopsis:
Drama Cina Love of the Divine Tree ini mengisahkan tentang Su Yi Shui, seorang pemuda berbakat yang hidupnya berubah secara drastik selepas satu kejadian pada masa lalu. 18 tahun sebelum itu, nasibnya diubah oleh gurunya, Mu Qingge, yang digelar “Syaitan Wanita” kerana dia suka melanggar peraturan.
6. The First Frost

Pelakon: Bai Jing Ting, Zhang Ruo Nan
Bilangan episod: 32
Sinopsis:
Drama Cina The First Frost mengisahkan kisah cinta yang penuh dengan emosi dan konflik antara Wen Yi Fan dan Sang Yan. Kedua-duanya adalah rakan sekelas di sekolah menengah, yang berpisah kerana salah faham. Takdir mempertemukan mereka kembali setelah sekian tahun.
7. Perfect Match

Pelakon: Lu Xi Yiao, Wang Xing Yue
Bilangan episod: 36
Sinopsis:
Drama Cina Perfect Match berlatarkan semasa pemerintahan Renzong, Dinasti Song Utara, Bianjing, tentang kisah hidup Puan Li. Dia seorang ibu tunggal yang memutuskan untuk berpindah supaya dia dapat mencari pasangan terbaik untuk lima anak perempuannya.
8. The Best Thing

Pelakon: Zhang Ling He, Xu Ruo Han
Bilangan episod: 28
Sinopsis:
Drama Cina The Best Thing mengisahkan tentang kisah cinta antara seorang pesakit dan seorang doktor. Shen Xi Fan, seorang pengurus hotel yang mengalami insomnia, akibat tekanan kerja yang tinggi. Dia meminta bantuan daripada He Su Ye, seorang doktor perubatan tradisional Cina.
9. Ski into Love

Pelakon: Yu Shu Xin, Lin Yi
Bilangan episod: 23
Sinopsis:
Drama Cina Ski into Love mengisahkan Wei Zhi, seorang artis komik yang kerjayanya musnah akibat skandal yang mendapat inspirasi baharu dalam sukan papan salji. Dia bertemu dengan seorang jurulatih bernama Shan Cong. Masa berlalu, kedua-duanya mula jatuh cinta.
10. Eat Run Love

Pelakon: Chen Fei Yu, Zhuang Da Fei
Bilangan episod: 28
Sinopsis:
Drama Cina Eat Run Love ini mengisahkan tentang perjalanan cinta Ding Zhi Tong dan Gan Yang yang bermula selepas mereka menamatkan pengajian di kolej. Pada mulanya, Ding Zhi Tong hanya fokus pada kerjayanya dan tidak memikirkan soal cinta, tetapi kehadiran Gan Yang perlahan-lahan mencairkan hatinya.
11. The Glory

Pelakon: Xin Yun Lai, Chen Du Ling
Bilangan episod: 30
Sinopsis:
Drama Cina The Glory mengisahkan Zhuang Han Yan, seorang wanita yang ditinggalkan oleh keluarganya semasa kecil. Dia dibesarkan di luar bandar, kemudian kembali ke ibu kota dan bertemu dengan Fu Yun Xi.
12. Filter

Pelakon: Tan Jianci dan Li Landi
Bilangan episod: 32
Sinopsis:
Drama Cina “Filter”, hadir dengan konsep unik yang menggabungkan komedi romantik dan elemen fantasi. “Filter” mengisahkan tentang Su Chengcheng, seorang wanita biasa yang menemui gelang canggih yang mampu mengubah penampilannya.
Mana satu yang anda berminat untuk menonton dahulu?







