Home Entertainment Travel Diary Of Park Ha Kyung Kdrama Baru 24 Mei

Travel Diary Of Park Ha Kyung Kdrama Baru 24 Mei

0

Kdrama terbaru Travel Diary of Park Ha Kyung akan tayang pada 24 Mei ini!

Kdrama siri terbaru iaitu Travel Diary of Park Ha Kyung akhirnya akan disiarkan dalam waktu terdekat ini. Drama siri ini merupakan kemunculan semula terbaru Lee Na Young yang sudah cukup lama menyepikan diri dari dunia lakonan.

IMG 6361

Kali terakhir bintang ini muncul dilayar kaca adalah sewaktu dia membintangi Romance Is a Bonus Book yang ditayangkan pada tahun 2019.

Travel Diary of Park Ha Kyung ini memaparkan kisah yang sangat sesuai untuk para peminat genre slice of life. Penonton juga akan diajak untuk melihat dan menikmati pemandangan yang indah melalui perjalanan Park Ha Kyung (Lee Na Young).

Jom kita lihat beberapa fakta menarik mengenai drama siri terbaru Travel Diary of Park Ha Kyung:

bde08901 01bb 40a1 af65 f042c3c81b02

1. Park Ha Kyung merupakan guru seni bahasa di sebuah sekolah menengah. Namun, drama siri ini tidak akan menunjukkan tentang kisah Park Ha Kyung sewaktu menjalankan tugasnya sebagai seorang guru

42058d78 fb5d 4182 a164 b8c0aa6bc89e2. Para penonton akan sama-sama mengikuti pengembaraan satu hari oleh Park Ha Kyung setiap hari Sabtu. Dia akan menciptakan memori indah yang tidak akan dilupakan

73cad563 0684 4a0d af4a d31619e481803. Di samping itu, perjalanan Park Ha Kyung juga bakal dipenuhi dengan kejutan yang tentunya di luar jangkaan daripada setiap orang yang ditemui olehnya dalam perjalanan pengembaraannya

0b2134ed 63cd 4500 9dc8 9f1f80b3745c4. Pada setiap episod dalam siri Travel Diary of Park Ha Kyung, penonton akan dibawa oleh Park Ha Kyung untuk pergi ke lokasi-lokasi baru dan merasakan emosi yang berbeza-beza

04236392 092e 412e 9c16 e6fe870c000a5. Park Ha Kyung memulakan pengembaraan satu hari ini kerana dia pernah merasa seperti ingin menghilang dari dunia serta sangat bosan dan penat dengan pekerjaannya

ff1e7568 8eb7 4320 85fd 4deee18cf7b66. Beberapa orang pelakon popular akan tanpil sebagai watak-watak menarik yang ditemui oleh Park Ha Kyung dalam pengembaraan satu harinya

02dc34d4 74f6 4566 8827 3b5a7c14a8d07. Contohnya, Seo Hyun Woo akan muncul sebagai seorang penulis novel yang pintar yang ditemui oleh Park Ha Kyung sewaktu dia pergi melawat sebuah kuil

4fbcb92a 2783 4f87 8ba5 6f66343d92308. Han Ye Ri sebagai Yeon Ju menjadi salah seorang yang penting dan sangat bermakna dalam perjalanan pengembaraan Park Ha Kyung kerana Yeon Ju adalah bekas pelajarnya

b097c825 9f7e 4650 b422 d0b6581b19069. Pengembaraan Park Ha Kyung juga akan turut memaparkan kisah bibit cinta romantik. Secara tepatnya adalah sewaktu dia secara tidak sengaja bertemu dengan Lee Chang Jin (Koo Kyo Hwan) secara berkali-kali

2b57f45d 297d 4ab7 a979 834cb1c0e1b610. Antara pelakon-pelakon ternama lain yang membintangi drama Travel Diary of Park Ha Kyung ini ialah, Shim Eun Kyung, Park In Hwan, Park Se Wan dan juga Jo Hyun Chul

Perasaan terharu, berdebar, gembira, dan sedih akan tergambar dengan jelas dalam drama Travel Diary of Park Ha Kyung ini. Pengembaraan singkat Park Ha Kyung menemukannya dengan orang-orang baru dan juga kenalan lama disajikan dalam 8 episod sahaja.

IMG 6360

Buat anda yang tertarik, jangan lupa nantikan tayangnya pada 24 Mei yang akan datang di platform streaming Wavve!

Baca Lagi: 10 Kdrama Pembunuh Bersiri Yang Mengerikan

Baca Juga: 12 Kdrama Baru Dibintangi Pelakon Black Knight