Home Entertainment 9 Sekuel Filem Korea Yang Gagal Mengatasi Filem Pertama

9 Sekuel Filem Korea Yang Gagal Mengatasi Filem Pertama

0

Sekuel filem biasanya dinanti-nantikan oleh para peminat sesebuah karya. Kejayaan filem pertama menggerakkan pasukan penerbitan untuk membuat sekuel cerita, baik dengan mengekalkan watak lama atau dengan menambah watak-watak baru.

Lihat sahaja filem Korea berjudul The Roundup (2022) yang membawa villain baru ini telah mengatasi penjualan tiket filem pertamanya iaitu The Outlaws (2017).
Namun, tidak semua sekuel filem Korea mampu meraih prestasi sedemikian.

Terdapat juga sekuel filem yang ternyata gagal mengatasi penjualan tiket filem pertamanya. Jom sama-sama kita lihat senarai di bawah:

666251bd 17b8 4595 9678 379a9127edba1. Filem pertama Tazza (2006) meraih 5.6 juta penonton, sedangkan sekuelnya, Tazza: The Hidden Card (2014), terjual lebih rendah dengan beza 1.6 juta penonton

86ec1bdc 57b1 4f56 bb5a 6d386bb128152. Sementara itu, filem ketiga Tazza yang berjudul Tazza: One Eyed Jack (2019) juga menunjukkan penurunan dengan mengumpul hanya 2.2 juta penonton

944d6054 46e7 42e2 accc 6eb443a24e3f3. Along with the Gods: The Last 49 Days (2018) menarik 12.2 juta penonton. Namun, jika dibandingkan dengan filem pertama, jumlah penontonnya menurun

9dc0e20a f2a4 4c4b 87d8 9cddc8cb35084. Sama-sama meraih jutaan penonton, tetapi filem Confidential Assignment 2: International (2022) gagal mencapai 7 juta penonton seperti filem pertamanya

Baca Lagi: Stealer: The Treasure Keeper Kdrama Terbaru Dengan Aksi Mencuri Menghiburkan

26366314 8d03 40d7 8577 1dfae36656205. Steel Rain 2: Summit (2020) yang dibintangi oleh Jung Woo Sung ini mempunyai beza 2.6 juta penjualan tiket dengan filem Steel Rain yang ditayangkan pada tahun 2017

eee4f704 8977 469d 9b4e 9a0ab121a1256. The Pirates (2014) berjaya mengheret 8.6 juta penonton. Namun sekuelnya, The Pirates: The Last Royal Treasure (2022), hanya menjual 1.3 juta tiket

8ec991cb 3184 4483 9e16 2d48458118757. Rekod penjualan tiket filem Roaring Currents (2014) sebanyak 17.6 juta tidak mampu ditandingi oleh filem keduanya iaitu Hansan: Rising Dragon (2022)

c0f22655 2e19 4836 920f 4395ca5593488. Angka penjualan tiket The Witch: Part 2. The Other One (2022) menurun dibandingkan filem pertamanya dengan beza lebih kurang 300 ribu jualan tiket

5b2e1898 dc94 434c a5fa 6188c61abfc89. Honest Candidate (2020) telah ditayangkan sekuelnya pada tahun lalu. Namun, penjualan tiketnya tidak melebihi 1 juta penonton seperti filem pertama

Walaupun penjualan tiket tidak berjaya mengatasi filem pertamanya, filem-filem sekuel di atas masih boleh dikatakan laris. Sudahkah anda menonton senarai filem di atas?

Baca Juga: Song Joong Ki Disahkan Membintangi Filem Noir Baharu Tanpa Gaji