Home Entertainment Ningning aespa Dedah Pernah ‘Cacat’ Ketika Dia Masih Kecil

Ningning aespa Dedah Pernah ‘Cacat’ Ketika Dia Masih Kecil

0

Pada 14 Mac, Ningning aespa duduk bersama Vogue China dan berkongsi beberapa perkara yang dibawanya di dalam begnya.

Pada hari tersebut, Ningning berkongsi semua barang yang dibawanya di dalam beg Givenchynya yang besar. Benda di dalam begnya termasuklah pudina, pelbagai minyak wangi, AirPod, telefon bimbit dan banyak lagi.

1678910143 eng sub ningning x vogue china in the bag 4 1 screenshot

Khususnya, Ningning berkongsi bahawa dia membawa ubat mata kerana penglihatannya tidak baik. Dia berkongsi, “Saya bawa sekali ubat mata saya kerana penglihatan saya tidak begitu baik. Saya menjalani pembedahan semasa saya masih muda.

Saya hampir tidak dapat melihat apa-apa di mata (kanan) ini. Ini adalah rahsia. Jadi, saya membawa ubat titis mata bersama saya untuk memastikan mata saya tidak terlalu kering.”

Baca lagi: 5 Pelakon Wanita Korea Yang Berani Tampil Dengan Adegan Panas

Baca lagi: Fitnah Gosip Liar Yang Menyakitkan Hati Song Hye Kyo

24cf3a5135dd32b2c20705bed75e29c3

Peminat Korea terkejut apabila mengetahui bahawa Ningning tidak dapat melihat dari mata kanannya dan berasa bimbang.

Netizen dan peminat Korea memberi komen, “Apa? Dia tak nampak pun macam ada masalah mata. Dia mesti banyak berlatih…” “Wah, saya benar-benar tidak tahu,” ” Dia pasti telah melakukan begitu banyak usaha…” “Dia perlu menjaga matanya yang sebelah lagi kerana ia boleh menjejaskan mata yang pernah rosak itu,” “Tetapi dia tidak berputus asa dengan impiannya iaitu untuk menjadi seorang penyanyi dan berusaha untuk debut. Dia hebat,” “Saya tidak tahu, ia pasti sangat tidak selesa,” dan “Mesti dia rasa sangat sukar kerana tidak dapat melihat dengan baik.”

Lihat video temu bualnya bersama VOGUE China di bawah:

Sumber: [1]