Home Entertainment Bila Bos Baru Rupanya Ex Boyfriend. Drama terbaru Mantan Tapi Menikah

Bila Bos Baru Rupanya Ex Boyfriend. Drama terbaru Mantan Tapi Menikah

0

Mantan Tapi Menikah adalah drama terbaru daripada koleksi Viu Original. Drama ini diadaptasi daripada karya di Wattpad dengan tajuk yang sama.

Kejayaan karya yang ditulis oleh Ami Rahmi di Wattpad sehingga meperolehi 10.5 juta bacaan telah mebantu karya ini diterbitkan sebagai novel dan dijadikan drama bersiri.

Daebaking.co Mantan Tapi Nikah 6
Drama ini dibintangi oleh barisan artis terkemuka daripada indonesia, seperti

  • Aurelie Moeremans sebagai Ana
  • Omar Daniel sebagai Saka
  • Ge Pamungkas sebagai Bayu
  • Dimas Beck sebagai Tommy
  • Cassandra Lee sebagai Tata
  • Lania Fira sebagai Maria
  • Darren Rafid Khairan sebagai Jehtro
  • Nina sebagai Rere
  • Reynavenzka sebagai Intan
  • Rowiena Umboh sebagai Leni

Daebaking.co Mantan Tapi Nikah 1Mantan Tapi Menikah ini menceritakan tentang Ana ( Aurelie Moeremans ) yang sedang berusaha untuk mencari pekerjaan di merata tempat.

Dia telah memohon di pelbagai syarikat untuk pekerjaan namun tidak berjaya, sehinggalah dia diterima untuk bekerja di sebuah syarikat.

Daebaking.Co Mantan Tapi Nikah 01
Kegembiraannya tidak bertahan lama kerana rupanya  syarikat itu adalah milik bekas teman lelakinya, Saka ( Omar Daniel). Apatah lagi apabila Ana yang memutuskan hubungan mereka dahulu.

Walau terasa tidak selesa dengan keadaan itu, Ana terpaksa kekal bekerja di syarikat milik Saka kerana dia sangat memerlukan pekerjaaan.

Daebaking.Co Mantan Tapi Nikah 06

Baca lagi: Nenek Bongkok Tiga, Baru Tengok Trailer Dah Tak Senang Duduk.

Masih menyimpan perasaan dendam dan tidak puas hati terhadap perlakuan Ana kepadanya dahulu. Saka tidak melepaskan peluang yang ada di depan matanya untuk mengenakan Ana sepanjang Ana berada di depan matanya.

Ini membuatkan Ana berasa tidak senang duduk sepanjang berada di samping Saka. Telatah Ana sangat mencuit hati dalam menghadapi setiap kerenah Saka.

Daebaking.Co Mantan Tapi Nikah 03Didalam diam Ana sebenarnya masih menyayangi Saka selama ini dan masih merasa menyesal kerana mengakhiri perhubungan mereka suatu ketika dahulu.

Istilah “move on” yang Ana percaya, sedikit demi sedikit mulai pudar apabila berada di samping Saka. Kerana sedar dia yang memutuskan hubungan mereka dahulu, Ana hanya terus memendamkan perasaannya.

Daebaking.Co Mantan Tapi Nikah 02

Namun dinamik mula berubah apabila Ana mula didekati oleh seorang lelaki bernama Bayu ( Ge Pamungkas ). Saka mula menunjukkan rasa cemburu terhadapa hubungan Bayu dan Ana.

Adakah Saka sebenarnya masih menyimpan perasaan kepada Ana?

Daebaking.Co Mantan Tapi Nikah 04

Apa lagi jom layan Drama Mantan Tapi Menikah di Viu Malaysia. Anda juga boleh download aplikasi Viu Malaysia di telefon anda.

 

Sebelum tu jangan lupa langgan pakej premium Viu untuk menonton drama Mantan Tapi Nikah tanpa gangguan iklan.