Home News “Kamu Tidak Akan Dapat Menatap Mata Saya Lagi,” Johnny Depp Sudah Muak...

“Kamu Tidak Akan Dapat Menatap Mata Saya Lagi,” Johnny Depp Sudah Muak Dengan Lakonan Palsu Bekas Isteri

0
US actress Amber Heard arrives in the courtroom at the Fairfax County Circuit Court in Fairfax, Virginia, on May 3, 2022. - US actor Johnny Depp sued his ex-wife Amber Heard for libel in Fairfax County Circuit Court after she wrote an op-ed piece in The Washington Post in 2018 referring to herself as a "public figure representing domestic abuse." (Photo by JIM WATSON / POOL / AFP) (Photo by JIM WATSON/POOL/AFP via Getty Images)US actor Johnny Depp arrives in the courtroom at the Fairfax County Circuit Court in Fairfax, Virginia, on May 3, 2022. - US actor Johnny Depp sued his ex-wife Amber Heard for libel in Fairfax County Circuit Court after she wrote an op-ed piece in The Washington Post in 2018 referring to herself as a "public figure representing domestic abuse." (Photo by JIM WATSON / POOL / AFP) (Photo by JIM WATSON/POOL/AFP via Getty Images)

Sepanjang perbincaraan saman fitnah Johnny Depp dan Amber Heard berlangsung, Depp tidak pernah melihat tepat kearah bekas isterinya itu. Peguam bela Johnny Depp akhirnya mendedahkan punca sebenar mengapa hal itu terjadi.

Menurut portal berita MailOnline, Depp sekadar mengotakan janji pada Heard bahawa wanita itu tidak akan berpeluang lagi menatap matanya selepas perpisahan mereka pada 2016.

Peguam Depp, Camille Vasquez bertanya kepada Heard adakah pelakon itu menyedari bahawa Depp tidak pernah memandangnya sepanjang perbicaraan.

626b08fb86fa90001905b866

Heard menjawab, “Ya, saya menyedari situasi itu.” Vasquez kemudian bertanya sama ada Heard sering melihat ke arah Johnny Depp dan Heard menangguk tanda setuju.

Apabila bertanya sama ada Heard mengetahui punca sebenar Depp tidak memandangnya, wanita itu mengatakan yang dia tidak tahu apa puncanya.

Peguam Depp kemudian memainkan satu rakaman audio yang memperdengarkan perbualan antara Depp dan Heard semasa berada dalam sebuah bilik hotel ketika 2016.

124834670 gettyimages 1240769529

Ia diambil selepas Heard memfailkan perceraian dan mendapat perintah sekatan terhadap bintang Pirates of the Caribbean itu.

Dalam rakaman itu, Heard cuba memeluk lelaki itu tetapi ditolak oleh Depp. “Tolonglah, saya hanya mahu memeluk awak dan mengucapkan selamat tinggal,” kedengaran suara Heard merayu.

Depp kemudian kedengaran berkata:“Saya bukan apa-apa kepada kamu, dan saya akan sentiasa tidak menjadi apa-apa kepada kamu. Kamu tidak akan dapat menatap mata saya lagi selepas ini”.

Heard kelihatan tergamam dan hanya mampu mendiamkan diri sahaja.

 

Baca lagi: ‘Bekas Isteri Dari Neraka’, Johnny Depp Rugi Hampir RM100 Juta Hanya Kerana Satu Tuduhan!

Baca lagi: “Amber Heard Sememangnya Sedang Mementaskan Lakonan Terhebatnya”, Perbicaraan Bersambung 16 Mei Ini