Home K - Pop Kesihatan Mental Taemin SHINee Semakin Teruk, Ini Tindakan Yang Akan Diambil Pihak...

Kesihatan Mental Taemin SHINee Semakin Teruk, Ini Tindakan Yang Akan Diambil Pihak Berkuasa

0

Sejak mula berkhidmat dalam unit band tentera pada 31 Mei tahun lalu, keadaan kesihatan mental anggota kumpulan SHINee, Taemin semakin merosot.

EyS4azkUUAQBjk3 660x400 1

Ekoran itu, penyanyi popular tersebut akan menyelesaikan perkhidmatan latihan ketenteraan sebagai pekerja awam.

Terbaharu, agensinya, SM Entertainment mengumumkan, Taemin akan dipindahkan daripada unit band tentera kepada pekerja awam disebabkan keadaannya bertambah teruk.

shinee taemin 07102021 2

“Disebabkan simptom kemurungan dan kebimbangan dialaminya, Taemin perlu mendapatkan terapi semasa menjalani latihan tentera.

“Namun, tahap kesihatan Taemin membimbangkan, jadi mustahil baginya menjalani terapi dan latihan ketenteraan pada waktu yang sama,” tulisnya.

shinee taemin military service depression IMAGE 2

Justeru, pelantun lagu Advice itu akan ditukar perkhidmatan sebelum menghabiskan latihannya pada November depan.

Sumber: Kosmo