Home Kdrama/Kmovie K- Drama Terbaru “Ghost Doctor” Lakonan Rain, Kim Bum, Son Naeun Dan...

K- Drama Terbaru “Ghost Doctor” Lakonan Rain, Kim Bum, Son Naeun Dan Uee Mendapat Perhatian Peminat

0

Telah ditayangkan drama terbaru “Ghost Doctor” lakonan Rain (Jung Ji Hoon), Kim Bum, Uee, dan Apink’s Son Naeun pada 3 Januari 2022 (semalam).

dummy 1

Hasil tayangan “Ghost Doctor” malam tadi, ia telah mendapat ‘rating’ penonton yang agak tinggi, mencatat purata 4.4 peratus di seluruh negara untuk episod pertamanya.

rain

“Ghost Doctor” ialah drama perubatan fantasi tentang pakar bedah toraks yang genius bernama Cha Young Min (Rain) dan Go Seung Tak (Kim Bum), yang berbeza dari segi latar belakang, kemahiran dan personaliti, tetapi mereka berdua telah bergabung badan dan roh.

kim bum

Son Naeun Apink memainkan watak sebagai pelatih bilik kecemasan Oh Soo Jung, dan Uee berperanan sebagai pakar bedah saraf Jang Se Jin.

son naeun

Mengenai genre di dalam drama ini iaitu “fantasi perubatan”, pengarah Boo Sung Cheol berkata, “Sebagai pengarah, saya ingin mencuba genre yang berbeza.

uee

Ini adalah gabungan genre perubatan dan fantasi. Untuk menghidupkan genre fantasi, amatlah penting untuk memastikan bahagian perubatan itu betul dahulu, jadi saya bekerja keras untuk membuat persediaan drama ini.”

ghost doctor

Drama ini ditayangkan pada setiap hari isnin dan juga hari selasa pada jam 10.30pm waktu Korea.

Sumber: Soompi