Home Anime Anime Epik ‘Nippon Sangoku’ Tayang 5 April Ini, Kisah Jepun Masa Depan...

Anime Epik ‘Nippon Sangoku’ Tayang 5 April Ini, Kisah Jepun Masa Depan Yang Hancur

0

Anime “Nippon Sangoku: The Three Nations of the Crimson Sun” bakal ditayangkan di Prime Video pada 5 April 2026. Ketahui jalan cerita, watak dan info penuh siri epik ini.

Platform penstriman global Prime Video secara rasmi mengumumkan pelancaran anime baharu berjudul Nippon Sangoku: The Three Nations of The Crimson Sun yang bakal ditayangkan secara eksklusif bermula 5 April 2026.

Nippon Sangoku: The Three Nations of The Crimson Sun ini akan distrim di lebih 240 negara dan wilayah, menjadikannya antara projek anime berskala global paling dinanti tahun ini.

Dunia Jepun Masa Hadapan Yang Hancur

Nippon Sangoku
Nippon Sangoku

Nippon Sangoku” membawa penonton ke sebuah Jepun masa hadapan yang porak-peranda akibat perang nuklear, bencana alam serta pemerintahan korup. Tamadun runtuh dan negara tersebut terpecah kepada tiga kuasa besar yang saling bersaing dalam era peperangan.

Di tengah kekacauan ini muncul watak utama, Aoteru Misumi, seorang bekas pegawai kerajaan tempatan yang memiliki kebijaksanaan luar biasa serta kepetahan berstrategi. Dengan visi untuk menyatukan semula Jepun, perjalanan Aoteru menjadi titik mula kepada legenda seorang jeneral genius yang bakal mengubah sejarah.

Visual Berimpak & Produksi Berkualiti Tinggi Nippon Sangoku: The Three Nations of The Crimson Sun

Nippon Sangoku

Anime ini diterbitkan oleh Studio Kafka, studio yang terkenal dengan gaya visual artistik dan naratif matang. Visual utama yang diperkenalkan menampilkan Aoteru berdiri penuh karisma—melambangkan harapan dalam dunia yang penuh kehancuran.

Pengarahnya, Kazuaki Terasawa, yang pernah terlibat dalam The Ancient Magus’ Bride Season 2, berganding bahu dengan penulis komposisi siri Teruko Utsumi serta pereka karakter Takahiko Abiru. Gabungan kreatif ini dijangka menghasilkan karya yang bukan sahaja epik dari segi visual, malah kuat dari sudut penceritaan.

Maomao Kembali! The Apothecary Diaries Season 3 & Filem Baharu Perluas Dunia Misteri Istana
Adaptasi Manga Popular, Sakamoto Days Live Action Bakal Gegar Pawagam 29 April

Adaptasi Manga & Inspirasi Sejarah

Nippon Sangoku

Siri ini diadaptasi daripada manga karya Ikla Matsuki yang diinspirasikan oleh era Three Kingdoms dalam sejarah China. Naratifnya menggabungkan elemen sejarah, politik dan fiksyen futuristik—memberi nafas baharu kepada kisah klasik tentang perebutan kuasa dan strategi peperangan.

Menurut Ikka Matsuki, versi anime ini ibarat “romance” moden kepada sejarah asal—diperkaya dengan pengarahan dinamik, visual berwarna-warni serta lakonan suara yang mantap.

Sokongan Global & Aspirasi Besar

Nippon Sangoku

Naib Presiden International Originals Amazon MGM Studios, Nicole Clemens menyatakan bahawa pelancaran ini bertujuan menjadikan Prime Video sebagai destinasi utama peminat anime di seluruh dunia. Mereka mahu menawarkan kandungan berkualiti tinggi dengan penceritaan unik yang mampu menawan audiens global.

Barisan Watak Utama Nippon Sangoku: The Three Nations of The Crimson Sun

Nippon Sangoku

Selain Aoteru Misumi, siri ini turut menampilkan beberapa watak penting:

  • Asama Yoshitune – Individu dari keluarga elit, mahir seni bela diri dan bercita-cita tinggi.
  • Denki Taira – Menteri Dalam Negeri Yamato yang kejam dan berkuasa, mengawal kerajaan dengan tangan besi.

Konflik antara watak-watak ini dijangka menjadi nadi utama kepada perkembangan cerita.

Lagu Pembukaan & Elemen Emosi Nippon Sangoku: The Three Nations of The Crimson Sun

Nippon Sangoku

Anime ini turut menampilkan lagu pembukaan bertajuk “Hidane” nyanyian Tatsuya Kitani, yang dijangka menguatkan lagi elemen emosi dan intensiti siri ini.

“Nippon Sangoku: The Three Nations of the Crimson Sun” bukan sekadar anime aksi biasa, tetapi sebuah kisah epik yang menggabungkan politik, strategi, dan drama manusia dalam latar dunia pasca-apokaliptik. Dengan produksi berkualiti tinggi, jalan cerita mendalam serta sokongan platform global seperti Prime Video, siri ini berpotensi menjadi antara anime paling berpengaruh pada tahun 2026.