Drama Korea Siren’s Kiss lakonan Park Min Young dan Wi Ha Jun telah ditayangkan di Prime Video bermula 2 Mac 2026. Thriller romantik penuh misteri, emosi dan ketegangan psikologi.
Industri K-drama kembali menghangat dengan kehadiran siri terbaharu bertajuk Siren’s Kiss, sebuah naskhah thriller romantik yang menggabungkan elemen misteri, emosi dan ketegangan psikologi dalam satu penceritaan yang memikat.
Diterbitkan sebagai siri original oleh Prime Video, drama Korea Siren’s Kiss telah menemui penonton bermula 2 Mac 2026, dengan episod baharu ditayangkan secara mingguan.
Menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Park Min Young, Wi Ha Jun dan Kim Jung Hyun, Siren’s Kiss menjanjikan pengalaman tontonan yang penuh debaran serta sarat dengan konflik emosi yang mendalam.
Sinopsis Drama Korea Sirens Kiss: Misteri Pembunuhan & Hubungan Palsu Yang Berbahaya

Kisah ini mengikuti watak Cha Woo Seok (Wi Ha Jun), seorang bekas detektif. Beliau kini berkerja di syarikat insurans ternama yang terjebak dalam siasatan kes penipuan insurans yang berkait dengan siri kematian misteri. Segalanya berubah apabila beliau menerima panggilan daripada seorang pemberi maklumat yang mendakwa mempunyai bukti kukuh—namun individu tersebut meninggal dunia sebelum sempat mendedahkan kebenaran.
Siasatan Woo Seok kemudian membawanya kepada Han Seol Ah (Park Min Young), seorang ketua pelelong elit yang penuh karisma tetapi menyimpan pelbagai rahsia gelap. Apabila tiga bekas tunangnya mati dalam keadaan mencurigakan, Woo Seok mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan palsu dengan Seol Ah bagi membongkar kebenaran.
Namun, semakin jauh dia menyelami dunia wanita itu, semakin dalam dia terperangkap—bukan sahaja dalam misteri, tetapi juga dalam tarikan emosi yang berbahaya.
Senarai Drama Korea Mac 2026: Lineup Terkini Penuh Genre, Dari Romantik Hingga Thriller
The Devil Between Us: Drama Jenayah China Rating Tinggi Penuh Emosi & Realiti Gelap Dadah
Park Min Young Tampil Dengan Watak Paling Gelap

Dalam drama Korea Siren’s Kiss ini, Park Min Young membawa watak Han Seol Ah—seorang wanita elegan yang menyembunyikan kesunyian dan trauma di sebalik imej profesionalnya. Dikenali menerusi drama popular seperti Marry My Husband dan Confidence Queen, pelakon ini kini mencabar dirinya dengan karakter yang lebih kompleks dan berlapis.
Watak Seol Ah bukan sekadar misteri, malah sarat dengan konflik dalaman yang menjadikannya antara peranan paling mencabar dalam kerjaya Park Min Young setakat ini.
Arahan Mantap Pengarah Kim Cheolgyu

Drama Korea Siren’s Kiss diarahkan oleh Kim Cheol Gyu, pengarah terkenal yang pernah menghasilkan karya berkualiti seperti Flower of Evil, Celebrity dan Chicago Typewriter. Dikenali dengan gaya visual yang estetik serta naratif yang mendalam, Kim sekali lagi membuktikan sentuhan magisnya dalam menghidupkan kisah penuh emosi dan ketegangan.
Beliau turut menekankan bahawa Siren’s Kiss bukan sekadar thriller, tetapi sebuah kisah cinta yang berkembang di tengah-tengah konflik dan misteri.
Wi Ha Jun Pamer Dimensi Emosi Baharu

Wi Ha Jun yang dikenali menerusi peranan aksi dan intens dalam Squid Game, kini tampil dengan sisi yang lebih subtil dan emosional. Wataknya sebagai Cha Woo Seok memperlihatkan konflik dalaman antara tanggungjawab profesional dan perasaan yang semakin rumit terhadap Seol Ah.
Pendekatan lakonan yang lebih terkawal dan berlapis menjadikan persembahannya dalam siri ini antara yang paling dinantikan.
Keserasian Pelakon Jadi Tarikan Utama

Selain jalan cerita yang kuat, antara kekuatan utama drama Korea Siren’s Kiss adalah keserasian antara tiga pelakon utamanya. Interaksi antara Park Min Young, Wi Ha Jun dan Kim Jung Hyun mencipta dinamika yang tegang namun memikat, sekaligus meningkatkan impak dramatik setiap adegan.
Hubungan antara watak-watak ini bukan sahaja kompleks, tetapi turut dipenuhi ketegangan emosi yang membuatkan penonton sentiasa tertanya-tanya—siapa sebenarnya yang boleh dipercayai?
Gabungan Sempurna Thriller & Romantik

Apa yang membezakan drama Korea Siren’s Kiss daripada drama lain adalah keseimbangan antara elemen suspense dan romantik. Setiap episod dibina dengan penuh teliti, menghadirkan kejutan demi kejutan tanpa mengabaikan perkembangan emosi watak.
Dengan penceritaan yang tidak dapat dijangka serta ketegangan yang konsisten, siri ini berpotensi menjadi antara K-drama paling hangat tahun 2026.
Tarikh Tayangan & Platform
Siren’s Kiss akan mula distrim secara eksklusif di Prime Video bermula 2 Mac 2026, dengan episod baharu setiap Isnin-Selasa. Siri ini turut akan ditayangkan di lebih 240 negara, menjadikannya antara kandungan global yang dinanti-nantikan.








