Lee Jong Suk dan Lee Jun Hyuk disahkan membintangi drama baharu “Lee Seop’s Love Story, A Casual Lie”. Ketahui sinopsis, watak dan jangkaan peminat terhadap K-Drama 2026 ini.
Industri drama Korea terus rancak dengan pengumuman projek terbaharu yang menggabungkan dua pelakon popular, iaitu Lee Jong Suk dan Lee Jun Hyuk.
Kedua-duanya disahkan sebagai watak utama dalam dua drama baharu yang saling berkait dalam satu “connected universe”, bertajuk “Lee Seop’s Love Story, A Casual Lie”, sekali gus mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat K-Drama di seluruh dunia.
Pengumuman rasmi ini dibuat oleh agensi produksi, sekali gus mengesahkan bahawa kedua-dua naskhah tersebut merupakan adaptasi daripada novel popular karya penulis Kim Eon Hee yang telah pun memiliki peminat global. Menjadikan drama ini antara projek paling dinanti untuk tahun 2026.
Gabungan Lee Jong Suk dan Lee Jun Hyuk, dua pelakon berkarisma ini dijangka membawa dimensi baharu dalam genre romantik yang disulami elemen emosi dan konflik realistik.
Dua Drama Berbeza, Satu Dunia Yang Sama

Dua drama berkenaan dikenali sebagai “Iseop’s Romance” (judul kerja) dan “A Casual Lie” (judul kerja). Walaupun jalan cerita masing-masing berbeza, kedua-duanya berkongsi latar dunia yang sama — satu konsep yang semakin popular dalam industri hiburan global.
“Iseop’s Romance” akan menampilkan Lee Jong Suk sebagai Tae I Seop, pewaris generasi ketiga chaebol yang serba sempurna namun lemah dalam soal percintaan. Kisah ini memfokuskan hubungan romantik pejabat antara beliau dan Kang Min Kyung, seorang pekerja berbakat yang digelar “senjata rahsia” dalam syarikat TK Group.
Kekuatan cerita ini terletak pada perkembangan watak utama lelaki (Lee Jong Suk) yang dingin dan tidak pernah bercinta, sebelum hidupnya berubah selepas kehadiran heroin wanita yang berani dan berdedikasi. Tidak hairanlah apabila pengumuman adaptasi drama terus mencetuskan hype luar biasa dalam kalangan peminat.
Sementara itu, “A Casual Lie” pula dibintangi Lee Jun Hyuk sebagai Tae Jun Seop, cucu kepada pengerusi TK Group yang terlibat dalam perebutan kuasa dalam syarikat tersebut. Kehidupannya mula berubah apabila bertemu dengan seorang penulis iklan, Yeon Woo Kyung.
Menariknya, kedua-dua watak utama ini merupakan sepupu, menjadikan hubungan mereka sebagai elemen penting yang menghubungkan kedua-dua drama tersebut.
Kedua-dua drama ini dijangka menggabungkan elemen romantik pejabat yang ringan dengan konflik korporat yang penuh ketegangan. “Iseop’s Romance” lebih memfokuskan kepada kisah cinta penuh emosi dan pertembungan personaliti, manakala “A Casual Lie” membawa tema perebutan kuasa dalam keluarga konglomerat.
Gabungan ini bukan sahaja memberikan variasi dari segi penceritaan, malah membuka ruang kepada elemen “bromance” antara dua watak utama yang saling berkait melalui hubungan keluarga dan perniagaan.
Pendekatan “shared universe” ini juga dilihat sebagai strategi baharu yang mampu menarik penonton untuk mengikuti kedua-dua drama secara serentak, sekaligus meningkatkan keterlibatan peminat.
Lee Jong Suk dan Shin Min Ah dalam KDrama Fantasi Romantik Adaptasi Manhwa The Remarried Empress
5 Drama Korea Popular Dibintangi Lee Jun Hyuk dengan Rating Tinggi
Adaptasi Novel Popular Dengan Peminat Global

Kedua-dua drama ini diadaptasi daripada novel web terkenal yang sebelum ini telah mencipta fenomena dalam kalangan pembaca digital. Novel-novel tersebut bukan sahaja popular di Korea Selatan, malah mempunyai pengikut antarabangsa yang setia.
Kekuatan jalan cerita yang sudah terbukti berjaya ini dijangka menjadi faktor utama kejayaan adaptasi drama, apatah lagi dengan barisan pelakon utama yang mempunyai rekod cemerlang dalam dunia lakonan.
Lee Jong Suk sebelum ini dikenali menerusi pelbagai drama hit yang menggabungkan elemen romantik dan emosi, manakala Lee Jun Hyuk pula semakin mendapat perhatian menerusi watak-watak matang dan berkarisma.
Produksi Serentak & Jangkaan Tinggi Penonton

Menurut laporan, kedua-dua drama ini akan menjalani proses produksi secara serentak memandangkan jalan cerita yang saling berkait.
Langkah ini jarang dilakukan, namun ia menunjukkan tahap perancangan yang teliti bagi memastikan kesinambungan naratif antara kedua-dua siri tersebut.
Projek Dijangka Tayang 2026–2027

Berdasarkan maklumat awal, Iseop’s Romance dijangka akan ditayangkan sekitar penghujung 2026 atau awal 2027.
Walaupun butiran rasmi lain masih belum diumumkan, projek ini sudah pun mendapat perhatian besar kerana populariti bahan asalnya. Penggambaran dijangka bermula dalam tahun ini, sekali gus meningkatkan keterujaan peminat K-drama yang menantikan kemunculan dua naskhah besar ini.
Potensi Jadi Fenomena Baharu K-Drama

Dengan gabungan pelakon popular, jalan cerita berasaskan novel terkenal serta konsep “connected universe” yang unik, projek ini dilihat berpotensi menjadi fenomena baharu dalam industri drama Korea.
Trend penceritaan bersambung seperti ini sebelum ini banyak digunakan dalam filem Hollywood, namun kini mula diterapkan dalam K-drama, membuka dimensi baharu dalam cara penonton menikmati sesebuah siri.
Sekiranya berjaya, ia bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Lee Jong Suk dan Lee Jun Hyuk sebagai pelakon utama, malah boleh menjadi penanda aras baharu bagi produksi drama Korea pada masa hadapan.








