Home Kdrama/Kmovie 7 K-Drama Tema Medikal Di Viu Untuk Merawat Sakit Hati (Ubatnya Percuma...

7 K-Drama Tema Medikal Di Viu Untuk Merawat Sakit Hati (Ubatnya Percuma Dengan Dos Perancak)

0

Salah satu manfaat drama Korea adalah ia menjadi mendidik masyarakat tentang kesihatan, kehidupan dan kerjaya khususnya pegawai perubatan menerusi cerita.

Malah menonton drama yang bagus-bagus mungkin boleh merembes hormon gembira bagi mengubat kedukaan.

Berikut 7 drama Korea yang mengangkat cerita tentang dunia medik yang wajib masuk dalam senarai tontonan anda!

1. Good Doctor

1 4

Ini antara drama terbaik tahun 2014 dan pernah terima anugerah di BaekSang Arts Awards 2014, anugerah penghargaan tertinggi di Korea Selatan.

Good Doctor mengisahkan seorang doktor pakar bedah, Park Shi-on (Joo Won) yang menderita savant syndrome (macam autisme tapi ada kecerdasan luar biasa).

Sindrom ini membuatkan mental dan perilaku Shi-on seperti kanak-kanak berumur 10 tahun. Jadi tiada orang nak kawan dengan dia.

Dulu ada suatu peristiwa yang mendekatkan Shi-on dengan Dr Choi Woo-seok (Cheon Ho-jin). Doktor tersebut sedar Shi-on adalah anak yang istimewa dan nekad nak jadikan Shi-on sebagai seorang doktor bedah.

2. Doctors

2 4

Sebelum ini, Yoo Hye Jung (Park Shin Hye) melalui kehidupan yang susah. Dia tinggal bersama nenek selepas ditinggalkan oleh ayahnya.

Hye Jung mula jadi degil, malas belajar dan jadi samseng di sekolah untuk tutup kesedihan. Seorang guru biologi bernama Hong Ji Hong (Kim Rae Won) diam-diam memperhatikan anak muridnya itu dan tahu ada potensi besar dalam diri Hye Jung yang mesti digali.

Kemudian Ji Hong perlahan-lahan membantu Hye Jung keluar daripada kepompong hidupnya yang kelam sehingga berjaya jadi doktor pakar bedah saraf.

3. Doctor Stranger

3 4

Semasa kecil dulu, Park Hoon (Lee Jong-suk) dan ayahnya Park Cheol (Kim Sang-joong) ditipu dan dihantar ke Korea Utara.

Di Korea Utara, Park Hoon dilatih untuk menjadi doktor oleh ayahnya yang sebelum ini merupakan doktor terkenal dan berjaya jadi pelajar top di sekolah perubatan di sana.

Kemudian jatuh cinta dengan Song Jae-hee (Jin Se-yeon). Setelah ayahnya meninggal, dia cuba melarikan diri ke Korea Selatan bersama Jae-hee. Namun hubungan mereka terputus dan hilang kontak.

Akhirnya dia memutuskan untuk pergi ke Korea Selatan seorang diri sambil mencari Jae-hee.

Setibanya di Korea Selatan, Park Hoon mula bekerja sebagai seorang doktor di hospital universiti.

Suatu hari, dia bertemu seorang gadis yang mirip dengan Jae-hee. Siapakah gadis misteri tersebut?

4. Doctor John

4 1

Diadaptasi daripada novel Jepun, On Hand of God atau ‘Kami no Te’ karya Yo Kusakabe, drama Doctor John mengisahkan Cha Yo Han (Ji Sung) yang merupakan pakar bius handal tetapi angkuh.

Dia asyik bertengkar dengan junior dia, Kang Si Young (Lee Se Young) yang merupakan anak doktor dan mahasiswi cemerlang dalam bidang perubatan. Kedua-duanya mempunyai masa silam yang kelam dan itu menghubungkan mereka.

5. Descendants of the Sun

5 2

Descendants of The Sun merupakan drama Korea tahun 2016 yang meletup semasa dan selepas penayangannya. Ia berlatar belakang kisah romantis antara doktor dan tentera.

Song Joon Ki berperanan sebagai Kapten Yoo Si Jin, tentera Angkatan Darat Korea yang bertugas sebagai pasukan penjaga keamanan PBB dan memimpin tim Alpha.

Dia bertemu dengan doktor Kang Mo Yeon yang dibintangi Song Hye Kyo dan kisah cinta mereka bersambung ke luar lokasi drama sebelum berakhir dengan singkat.

Dalam 16 episod ini, penonton diajak melihat menyelami dunia ketenteraan dan kerja sukarelawan termasuk doktor di tempat bergolak. Drama ini juga mengharungi pelbagai cabaran sebelum berjaya menambat hati penonton.

Baca lagi artikel: Watak Kapten Yoo Si Jin Dalam ‘Descendants of the Sun’ asalnya bukan untuk Song Joon Ki.

6. Hospital Ship

6 1

Drama Hospital Ship menceritakan tentang perjuangan sekelompok doktor yang berbeza latar belakang di sebuah kapal hospital. Mereka ditugaskan untuk meronda dan memberi rawatan kepada penduduk yang tinggal di pulau terpencil.

Salah seorang doktor di atas kapal tersebut adalah Song Eun Jae (Ha Ji Won) yang sebelum ini berkhidmat di hospital bandar. Dia tak berhenti bekerja keras demi kejar cita-citanya sebagai ahli bedah wanita termuda di hospital tersebut.

Namun insiden kematian ibunya yang tinggal di pulau terpencil itu membuatkan Eun Jae pilih untuk berada di kapal hospital itu.

7. Dr Romantic

7 1

Drama ini mengisahkan seorang doktor genius bernama Boo Yong Joo (Han Suk Kyu). Dulu dia pernah bertugas di hospital terkenal di Seoul. Semasa di puncak karier, tiba-tiba doktor itu menghilang.

Rupanya dia mengasingkan diri dan menjadi ketua doktor bedah di sebuah hospital kecil di pinggir kota. Kemudian Young Joo jumpa dan latih dua doktor muda yang seorang bermasalah, manakala seorang lagi bercita-cita besar.

Mereka sama-sama cuba baik pulih hospital yang keadaan, servis dan kemudahannya teruk itu. Sempat Dr Yong Joo sempat didik pelatihnya supaya jadi doktor yang baik, dan utamakan pesakit berbanding wang dan kuasa.

Setelah sukses dengan musim pertamanya, siri Dr Romantic dilanjutkan pada musim kedua dan memperoleh rating setinggi 22.1% berdasarkan data Nielsen Korea.

8

Semua Drama Korea Ini Boleh Ditonton Secara Percuma!

Sekiranya anda rasa tak okay dan rasa sakit dengan realiti, boleh layan sekejap drama-drama di atas. Bukan ini saja, banyak lagi sebenarnya cerita yang anda boleh tonton secara percuma di website dan aplikasi Viu (untuk tonton di phone). Boleh klik dan cari di sini.

Kalau tekan link dari phone, mesti dia suruh download apps itu di Google Play atau App Store kan? Jika anda tanya saya pengalaman guna apps ni, ini review jujur dan straight daripada saya sebagai pelanggan dan pembayar bil platform streaming ini juga.

Rancak campaign 1640x614 1 6

Walaupun apps Viu ni loading beberapa saat, dan suara dub Bahasa Melayu untuk drama Korea mengingatkan saya kepada cerita Ultraman dan Doraemon di NTV7, TAPI bila selongkar, rupanya banyak juga cerita best-best yang tersembunyi dalam tu, ada yang tiada di platform lain.

Cerita-cerita top juga boleh tahan laju sampai, hampir sama dengan waktu tayangan di Korea. Boleh dikatakan peminat drama dan rancangan hiburan Korea wajib ada apps ini untuk tonton secara legal.

Harganya pun okay lah, mampu milik. Boleh bayar secara bulanan atau tahunan. Saya ambil pakej setahun terus untuk jimat (sekitar harga RM 88 semasa promosi). Dalam masa setahun, boleh tengok macam-macam cerita.

Untuk tahu berbaloi ke tidak langgan platform streaming ni, rasai pengalaman tonton secara percuma dulu (termasuk content premium) dalam bahagian ‘Semuanya Rancak’, promosi ini sehingga 31 Disember ini sahaja.