Home Kdrama/Kmovie Review Drama “No Tail To Tell” Episod 2 – Rating Menurun Tapi...

Review Drama “No Tail To Tell” Episod 2 – Rating Menurun Tapi Makin Menarik

0

Drama No Tail To Tell episod 2 menyaksikan Kim Hye Yoon mendedahkan identiti gumiho, perubahan hidup Lomon & konflik penuh emosi.

Drama Korea terbaru SBS, No Tail To Tell, terus mencuri perhatian penonton apabila episod kedua menampilkan pendedahan mengejutkan identiti sebenar watak utama. Lakonan Kim Hye Yoon sebagai makhluk legenda gumiho menjadi titik perubahan besar kepada jalan cerita drama ini.

Kim Hye-Yoon Dedah Identiti Sebenar Dalam Episod 2

Drama No Tail To Tell Kim Hye Yoon

Dalam episod ke-2, Eun-ho (lakonan Kim Hye Yoon) akhirnya berterus terang kepada Kang Si-yeol (Lomon) tentang siapa dirinya yang sebenar — seekor gumiho.

Belum sempat Si-yeol hadam kenyataan tu, Eun-ho terus menghilang. Bab ni antara scene paling ‘kena’ sebab emosi dia terasa betul, bukan sekadar fantasi kosong.

9 Tahun Berlalu, Hidup Mereka Terus Berubah

Drama No Tail To Tell Kim Hye Yoon

Cerita kemudian lompat 9 tahun ke hadapan. Kang Si-yeol sekarang dah jadi pemain bola sepak bertaraf dunia, hidup mewah dan popular. Tapi yang buat penonton geram… dia langsung tak ingat Eun-ho.

Eun-ho pula muncul semula dalam hidup Si-yeol, cuba mendekatinya perlahan-lahan walaupun hakikatnya lelaki itu tak kenal dia langsung. Dari sinilah konflik emosi mula jadi makin kuat.

Drama Bertemakan Undang-Undang Lakonan Ji Sung yang Popular dan Menguji Makna Keadilan
Drama Korea Positively Yours: Drama Romantik Choi Jin-hyuk & Oh Yeon-seo

Bukan Sekadar Fantasi, Ada Unsur Gelap & Thriller

Drama No Tail To Tell Kim Hye Yoon

Apa yang buat drama No Tail To Tell ni menarik, ia tak bergantung pada cinta semata-mata. Episod kedua mula buka sisi gelap cerita:

  • Kes jenayah yang cuba ditutup
  • Paksaan pengakuan palsu
  • Cubaan membunuh

Eun-ho cuba betulkan kesilapan lama dan membongkar kebenaran, walaupun risikonya tinggi. Gabungan gumiho + jenayah + emosi manusia buat drama ni rasa lain daripada yang lain.

Rating Turun, Tapi Cerita Makin ‘Masuk’

Drama No Tail To Tell Kim Hye Yoon

Ya, dari segi rating, episod 2 mencatatkan sekitar 2.7%, sedikit turun dari episod pertama. Tapi kalau ikut reaksi penonton online, ramai sebenarnya mula tertarik dengan hala tuju cerita.

Antara pujian yang sering muncul:

  • Lakonan Kim Hye-Yoon yang natural & beremosi
  • Kimia pelik tapi menarik antara Kim Hye-Yoon & Romon
  • Jalan cerita yang tak cliché

Kenapa Drama Ini HARUS Ditonton?

Drama no tail to tell kim hye yoon

Drama No Tail To Tell menonjol kerana:

  • Watak gumiho wanita dengan konflik moral
  • Plot lompatan masa yang kuat
  • Gabungan fantasi, jenayah dan emosi
  • Barisan pelakon muda berbakat

Ia sesuai untuk penonton yang sukakan drama Korea dengan cerita berat tetapi tidak membosankan.

Maklumat Ringkas Drama No Tail To Tell

  • Judul: No Tail To Tell
  • Judul Korea: 오늘부터 인간입니다만
  • Siaran: SBS / Netflix
  • Genre: Fantasi, Romantik, Thriller
  • Tahun: 2026

Episod kedua drama No Tail To Tell berjaya buat penonton terus tertanya-tanya — apa sebenarnya nasib Eun-ho sebagai gumiho yang nak hidup sebagai manusia? Dan sampai bila Kang Si-yeol akan ingat siapa wanita yang pernah hilang dari hidupnya?

Kalau drama ni kekalkan rentak ni, memang berpotensi jadi salah satu drama fantasi paling dibincangkan tahun ini.