Ketahui 15 individu terpintar dunia yang masih hidup pada 2025, termasuk pemilik IQ tertinggi sehingga 276 dan sumbangan luar biasa mereka.
Kecerdasan intelektual sering dijadikan ukuran keupayaan seseorang dalam berfikir, menyelesaikan masalah serta mencetuskan inovasi yang memberi kesan besar kepada dunia. Di peringkat global, terdapat beberapa individu terpintyang memiliki tahap kecerdasan luar biasa, dikenali melalui skor IQ yang sangat tinggi.
Menariknya, sebahagian daripada individu terpintar dunia ini masih aktif berkarya sehingga tahun 2025. Kehebatan mereka bukan sahaja terserlah melalui angka IQ semata-mata, malah turut dizahirkan menerusi sumbangan nyata dalam pelbagai bidang kehidupan.
Persoalannya, siapakah 15 individu terpintar dunia yang masih hidup pada tahun 2025 dengan kecerdasan luar biasa ini? Berikut ialah senarai lengkap beserta latar belakang mereka.
Menurut laporan daripada laman Reader’s Digest, berikut ialah senarai individu terpintar dunia dengan skor IQ tinggi yang masih hidup sehingga 2025. Keupayaan intelektual mereka diiktiraf di peringkat antarabangsa dan memberi sumbangan besar dalam pelbagai bidang.
1. Kim Young Hoon (IQ 276)

Individu terpintar dunia yang masih hidup pada 2025 didahului oleh Kim Young Hoon. Beliau dilaporkan memiliki tahap kecerdasan luar biasa dengan skor IQ mencecah 276. Pada April 2024, Giga Society, sebuah komuniti eksklusif untuk individu dengan IQ melebihi 190, mengesahkan bahawa Kim Young Hoon dari Korea Selatan berada di kedudukan teratas sebagai pemilik IQ tertinggi di dunia.
2. Marnen Laibow-Koser (IQ 268)

Individu terpintar dunia seterusnya ialah Marnen Laibow-Koser yang merupakan seorang pemuzik genius dengan anggaran IQ sekitar 268. Bakat muziknya terserlah sejak usia tiga tahun, apabila beliau mula mempelajari, memainkan dan menggubah muzik.
Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang komposisi muzik di Cleveland Institute of Music dan Purchase College, sebelum memperoleh ijazah sarjana muzik dari New England Conservatory pada tahun 2014. Kini, beliau aktif sebagai komposer, pemuzik, pembangun laman web serta penyalin notasi muzik.
3. Ainan Cawley (IQ 263)

Ainan Celeste Cawley ialah antara individu terpintar dunia, dengan skor IQ mencecah 263. Ainan tergolong dalam kategori omnibus prodigy, iaitu individu yang memiliki kebolehan intelektual merangkumi pelbagai disiplin seperti sains, matematik, pengaturcaraan komputer, muzik dan perfileman.
4. Terence Tao (IQ 225–230)

Terence Tao dikenali sebagai salah seorang individu terpintar dunia dengan anggaran IQ sekitar 225 hingga 230. Sejak kecil, bakat luar biasanya dalam bidang matematik telah menyerlah.
Beliau mula mempelajari kalkulus pada usia tujuh tahun, pada masa yang sama beliau sudah mengikuti pembelajaran setaraf sekolah menengah. Keupayaan pembelajarannya jauh mengatasi rakan sebaya.
5. Marilyn vos Savant (IQ 228)

Marilyn vos Savant mempunyai skor IQ sekitar 228. Pada usia 10 tahun, ujian Stanford-Binet menunjukkan tahap kecerdasannya setara dengan orang dewasa, malah usia mentalnya hampir mencecah 23 tahun.
Selain terkenal dengan kecerdasannya, beliau aktif berkongsi ilmu menerusi ruangan Ask Marilyn sejak 1986, dengan menjawab pelbagai persoalan berkaitan falsafah, matematik, sains dan kehidupan seharian.
6. Christopher Hirata (IQ 225)

Sejak di bangku sekolah rendah, Christopher Hirata telah menguasai kalkulus dan fizik lanjutan. Beliau menamatkan persekolahan menengah pada usia 14 tahun, sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang fizik di California Institute of Technology (Caltech). Beliau kemudiannya memperoleh ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang fizik dari Princeton University pada tahun 2005.
Baca lagi: 10 Filem Jenayah yang Sangat Genius, Kejahatan Dunia Digital
Baca juga: Artis Genius Korea Yang Melanjutkan Pelajaran Di Luar Negara
7. Kim Ung-Yong (IQ 210)

Kim Ung-Yong merupakan antara individu terpintar dunia yang masih hidup sehingga 2025. Anak kelahiran Korea Selatan ini mempamerkan bakat luar biasa sejak kecil, termasuk menyelesaikan soalan matematik yang kompleks pada usia empat tahun serta menguasai empat bahasa ketika berusia lima tahun.
8. Dylan Jones (IQ 200 ke atas)

Nama Dylan Jones mula mendapat perhatian pada tahun 2002 apabila pada usia 11 tahun, beliau sudah mengikuti kursus kalkulus dan kimia kuantitatif di Colorado School of Mines. Ibu bapanya memaklumkan bahawa skor IQ Dylan melepasi angka 200 dan tidak dapat diukur secara tepat kerana telah mencapai had maksimum ujian.
9. Sho Yano (IQ 200)

Sho Yano sudah boleh membaca pada usia dua tahun, mula menulis dan menggubah muzik ketika masih kecil, serta menduduki peperiksaan SAT pada usia lapan tahun dengan markah yang sangat tinggi. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Loyola University Chicago dan berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh hanya tiga tahun.
10. Evangelos Katsioulis (IQ 198–205)

Evangelos Katsioulis ialah seorang doktor dari Greece dengan skor IQ antara 198 hingga 205. Beliau memiliki kepakaran dalam bidang psikiatri dan psikoterapi, selain mempunyai kelayakan lanjutan dalam bidang falsafah dan teknologi maklumat.
11. Christopher Michael Langan (IQ 195)

Christopher Michael Langan menunjukkan kecerdasan luar biasa sejak kecil, mula bertutur pada usia enam bulan dan mampu membaca sebelum mencecah usia empat tahun. Walaupun melalui kehidupan yang mencabar, beliau dikenali sebagai penyelidik bebas dan pencetus Cognitive Theoretic Model of the Universe (CTMU).
12. Rick Rosner (IQ 192–198)

Rick Rosner telah menduduki lebih 25 ujian IQ lanjutan dengan keputusan yang sangat tinggi, walaupun skornya berbeza mengikut kaedah penilaian. Kebijaksanaannya dalam bidang penulisan membolehkannya menerima pelbagai pencalonan berprestij, termasuk Anugerah Emmy dan Anugerah Writers Guild of America.
13. Garry Kasparov (IQ 190)

Garry Kasparov dikenali sebagai antara pemain catur terhebat sepanjang zaman, dengan skor IQ dianggarkan sekitar 190. Dilahirkan pada era Kesatuan Soviet, beliau menguasai dunia catur hampir dua dekad dan mencipta sejarah sebagai juara dunia termuda pada usia 22 tahun.
14. Michael Kearney (IQ 190)

Michael Kearney ialah antara individu dengan kecerdasan luar biasa, dengan anggaran IQ menghampiri 200. Pada tahun 1994, ketika berusia hanya 10 tahun, beliau menamatkan pengajian di University of South Alabama dengan ijazah sarjana antropologi dan tersenarai dalam Guinness World Records sebagai graduan universiti termuda di dunia — satu rekod yang masih kekal sehingga kini.
15. James Woods (IQ 180)

James Woods bukan sahaja dikenali sebagai pelakon berbakat, malah memiliki kecerdasan intelektual yang tinggi. Selepas menamatkan persekolahan menengah dengan pencapaian akademik cemerlang, beliau diterima masuk ke Massachusetts Institute of Technology (MIT) melalui biasiswa. Namun, pada tahun 1969, beliau memilih untuk meninggalkan pengajian demi mengejar kerjaya lakonan di New York.
Itulah senarai 15 individu terpintar dunia yang masih hidup sehingga tahun 2025, masing-masing dengan kecerdasan luar biasa serta pencapaian yang mengagumkan. Semoga bermanfaat.








