Home Cdrama Apabila Jiwa Bertemu Lagi, 10 Cadangan Drama Kostum China Tentang Cinta, Pengorbanan...

Apabila Jiwa Bertemu Lagi, 10 Cadangan Drama Kostum China Tentang Cinta, Pengorbanan dan Keabadian

0

Siapa yang tidak terpesona dengan kisah cinta abadi dan takdir yang saling bersatu merentasi ribuan tahun?

Tema kelahiran semula dalam drama kostum China sentiasa berjaya menampilkan jalan cerita yang sarat dengan rahsia istana, percintaan mendalam, dan ketegangan yang membuat penonton tidak sabar menantikan setiap episod.

Daripada dendam masa silam hingga janji suci yang menuntut ditepati pada kehidupan seterusnya, drama-drama kostum ini membawa pengembaraan fantasi yang tak lekang oleh masa dan pasti membuat hati penonton tersentuh.

1. Till the End of the Moon (2023)

Drama kostum

Sinopsis:

Drama kostum ini mengisahkan dunia di mana iblis berkuasa dan para pendeta hidup dalam ketakutan. Li Su Su, puteri daripada suku Hengyang, dihantar ke masa lalu 500 tahun untuk menghalang kelahiran Dewa Iblis Tantai Jin. Untuk melaksanakan misinya, dia memasuki tubuh Ye Xi Wu, anak seorang jeneral besar yang sudah berkahwin dengan Tantai Jin.

Namun, perjalanan itu penuh dilema. Li Su Su mula menyedari bahawa Tantai Jin tidak sejahat seperti yang disangka, di sebalik dinginnya tersimpan luka dan kesunyian. Cinta pun berputik, menjadikan misinya antara menyelamatkan dunia atau menurut kata hati.

Pemain Utama: Luo Yunxi (Tantai Jin), Bai Lu (Li Su Su/Ye Xi Wu).

Tarikh Siaran: 6 April – 9 Mei 2023, 40 episod.

2. The Last Immortal (2023)

IMG 2667

Sinopsis:

A Yin, makhluk air suci, terlibat dalam misi besar bersama Gu Jin, putera para dewa yang kuasanya telah disekat. Mereka berdua mengembara mencari inti keabadian Phoenix yang hilang sambil menghadapi pelbagai ujian dari dunia dewa hingga ke dunia manusia.

Hubungan mereka perlahan-lahan berkembang menjadi cinta yang lembut dan penuh pengorbanan, menggambarkan perjuangan menentang takdir dan kegelapan dalam diri.

Pemain Utama: Zhao Lusi (A Yin), Wang Anyu (Gu Jin).

Tarikh Siaran: Disember 2023 – Januari 2024, 40 episod.

3. Love Between Fairy and Devil  (2022)

IMG 2668

Sinopsis:

Drama kostum ini mengisahkan Xiao Lanhua, peri kecil dari klan anggrek, tanpa sengaja membangkitkan Dongfang Qingcang,  penguasa suku bulan yang disegel ribuan tahun. Disebabkan sumpahan misteri, jiwa mereka terikat: apabila seorang terluka, yang lain turut merasainya.

Hubungan yang bermula dengan kebencian akhirnya berubah menjadi cinta sejati, memperlihatkan bahawa walau sekejam mana seseorang, cinta mampu melembutkan hatinya.

Pemain Utama: Dylan Wang (Dongfang Qingcang), Esther Yu (Xiao Lanhua).

Tarikh Siaran: Ogos – September 2022, 36 episod.

4. Story of Kunning Palace (2023)

IMG 2669

Sinopsis:

Drama kostum ini mengisahkan Jiang Xuening, bekas permaisuri yang mati tragis akibat rampasan kuasa, diberi peluang hidup semula di masa mudanya. Kali ini, dia bertekad untuk memperbaiki takdirnya. Namun, cubaan menjauhi politik gagal apabila dia menjadi murid kepada Xie Wei, pegawai istana yang dingin tetapi bijak.

Dalam dunia penuh bahaya, benih cinta pun tumbuh di antara mereka.

Pemain Utama: Bai Lu (Jiang Xuening), Zhang Linghe (Xie Wei).

Tarikh Siaran: November 2023, 38 episod.

5. Fangs of Fortune (2024)

IMG 2670 scaled

Sinopsis:

Selepas kematian Dewi Bai Ze, keseimbangan dunia runtuh dan iblis berkeliaran membawa kehancuran. Zhu Yan, ketua iblis, menyamar sebagai manusia untuk menumpaskan kekuatan gelap. Bersama Wen Xiao, murid terakhir Bai Ze, mereka menyingkap rahsia besar di sebalik peperangan dua dunia.

Drama kostum ini menonjolkan keberanian, cinta, dan pilihan antara takdir serta kebebasan.

Pemain Utama: Hou Minghao (Zhu Yan), Chen Duling (Wen Xiao).

Tarikh Siaran: Oktober 2024, 34 episod.

6. Love of the Divine Tree (2025)

IMG 2671

Sinopsis:

Drama kostum ini mengisahkan Mu Qingge, ketua suku yang berani, mengorbankan dirinya untuk melindungi dunia manusia dengan mengurung iblis air. Dua puluh tahun kemudian, dia lahir semula sebagai Xue Ranran tanpa ingatan masa lalu.

Su Yi Shui, guru spiritual yang pernah diselamatkannya, melindunginya tanpa menyedari bahawa Ranran ialah orang yang sama. Mereka bersatu menghadapi kebangkitan kuasa jahat dan rahsia yang mengikat jiwa mereka.

Pemain Utama: Deng Wei (Su Yi Shui), Xiang Han Zhi (Mu Qingge/Xue Ranran).

Tarikh Siaran: Februari 2025, 40 episod.

7. The Princess Royal (2024)

IMG 2673

Sinopsis:

Drama kostum ini mengisahkan Du Hua Nian, puteri mahkota, kehilangan segalanya akibat pengkhianatan. Dalam perjalanan membalas dendam dan menebus kehormatan, dia bertemu Pei Wen Xuan, seorang putera bijak dengan masa lalu yang kelam.

Cinta mereka berkembang di tengah dendam dan bahaya istana.

Pemain Utama: Du Hua Nian & Pei Wen Xuan.

Tarikh Siaran: 26 Jun 2024, 40 episod.

8. Love and Redemption (2020)

IMG 2674

Sinopsis:

Chu Xuanji dilahirkan tanpa deria keenam, menjadikannya polos tetapi menyimpan kuasa besar. Dia bertemu Yu Si Feng, murid berbakat dari Istana Lize yang bersumpah untuk tidak jatuh cinta. Pertemuan mereka menguak rahsia masa lalu dan takdir yang penuh pengorbanan.

Pemain Utama: Cheng Yi (Yu Si Feng), Yuan Bingyan (Chu Xuanji).

Tarikh Siaran: Ogos 2020, 59 episod.

9. Blossom (2024)

IMG 2675

Sinopsis:

Dou Zhao, wanita bijak dan berani, kehilangan keluarganya akibat konspirasi istana. Dalam pelarian, dia bertemu Song Mo, bangsawan misterius dengan masa lalu kelam. Bersama-sama, mereka terlibat dalam kisah cinta dan perjuangan menentang kuasa yang menindas.

Pemain Utama: Meng Ziyi (Dou Zhao), Li Yunrui (Song Mo).

Tarikh Siaran: Disember 2024, 34 episod.

10. Love Never Fails (2025)

IMG 2676

Sinopsis:

Drama kostum ini mengisahkan Hong Ning, roh bunga kamelia merah, yang jatuh cinta kepada Dewa Jin Xiu. Namun cinta mereka mustahil kerana perbezaan dunia. Hong Ning berusaha naik ke alam dewa, tetapi mendapati Jin Xiu sudah terikat dengan wanita lain.

Kecewa, dia turun ke dunia manusia, sementara Jin Xiu turun untuk menebus kesalahannya meskipun terpaksa melanggar hukum syurga.

Pemain Utama: Liu Xueyi (Jin Xiu), Hu Yixuan (Hong Ning).

Tarikh Siaran: 28 April 2025, 40 episod.

Baca lagi: 9 Filem Thriller Komedi Korea Menarik Ditonton,Tegang Tetapi Menghiburkan
Baca juga: Moonlit Reunion, Gabungan Wuxia dan Fantasi Supernatural, Comeback Xu Kai dalam Drama Kostum