Home Anime Mechanical Marie, Anime Baharu Penuh Misteri dan Aksi Oktober 2025

Mechanical Marie, Anime Baharu Penuh Misteri dan Aksi Oktober 2025

0

Anime Mechanical Marie telah ditayangkan secara rasmi pada 5 Oktober 2025. Bersama-sama itu, barisan pelakon suara, antaranya Saima Nakano sebagai Bridget, Yo Taichi sebagai Isabel, Shuntaro Hara sebagai Toby, Kappei Yamaguchi sebagai Carl, dan Rieko Takahashi sebagai Charlotte.

Siri ini diadaptasi daripada manga Jepun Mechanical Marie hasil karya Aki Akimoto, yang menulis dan melukis keseluruhan jalan ceritanya. Karya ini pada mulanya diterbitkan sebagai one-shot dalam majalah manga shōjo milik Hakusensha, LaLa, pada Mac 2020. Selepas itu, ia berkembang menjadi siri penuh dalam majalah sama dari Jun 2020 hingga Jun 2023. Keseluruhan bab kemudiannya diterbitkan dalam enam jilid tankōbon.

Versi anime Mechanical Marie diumumkan pada 5 Ogos 2024. Siri ini dihasilkan oleh studio Zero-G dan Liber, dengan Junji Nishimura sebagai pengarah, Mariko Kunisawa menulis skrip, reka bentuk watak oleh Yoko Kikuchi, serta muzik hasil gubahan Yasuharu Takanashi dan Johannes Nilsson. Lagu pembukaan berjudul Honto to Uso (Truth and Lies) dinyanyikan oleh Harutya, manakala lagu penutup Cross Heart: Itsuwari no Nai Kimochi (Cross Heart: Feelings with No Lies) dibawakan oleh Nao Toyama menerusi wataknya, Marie.

📺 Tonton PV di sini: YouTube – Mechanical Marie PV

Mechanical Marie

Pengarang asal, Aki Akimoto berkata pada Isnin (22 September 2025):

“Mechanical Marie akhirnya diadaptasi menjadi anime! Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam projek ini dan para pembaca yang sentiasa menyokong. Saya amat menantikan saat Marie dan watak-watak lain menjadi nyata dengan suara serta gerakan mereka.”

Beliau menambah:

“Saya amat berterima kasih kepada pasukan produksi anime ini. Saya berharap karya ini bukan sahaja akan dinikmati oleh mereka yang sudah membaca manganya, tetapi juga penonton baharu yang mengenali Marie buat kali pertama melalui anime ini.”

IMG 0004

Dalam anime ini, penonton akan diperkenalkan dengan watak utama, Marie, seorang gadis yang dahulunya ialah ahli seni bela diri jenius. Kini, dia hidup menyamar sebagai pelayan mekanik kepada Arthur, pewaris muda sebuah konglomerat besar yang terkenal kerana membenci manusia.

Sambil berusaha menyembunyikan identiti sebenarnya sebagai manusia, Marie melindungi Arthur daripada serangan para pembunuh upahan yang sentiasa mengintainya. Arthur pula, yang sering menjadi sasaran kerana perebutan kuasa pewarisan, hidup dalam dunia penuh bahaya dan menutup diri daripada hubungan dengan manusia lain.

Nao Toyama, pelakon suara Marie, berkongsi pandangannya:

“Walaupun wajah Marie kelihatan tanpa ekspresi, di dalam hatinya penuh dengan kegembiraan, kemarahan, kesedihan, dan kebahagiaan. Dia sebenarnya sangat menggemaskan kerana selalu berusaha sebaik mungkin.”

IMG 0007 scaled

Beliau turut menambah:

“Orang sekeliling sering mengatakan Marie seperti robot, namun hakikatnya dia seorang yang hangat, baik hati dan tulus. Ketulusan serta kasih sayangnya terhadap Arthur tumbuh begitu kuat dan mempesona. Saya mahu melindungi dan sentiasa berada di sisinya.”

Cerita menjadi semakin rumit apabila Arthur yang kian terpikat pada Marie mula tanpa sedar mendekati kebenaran tentang dirinya. Andai rahsia Marie terbongkar, persoalan besar pun timbul, apakah nasib dan hukuman yang bakal menantinya? Jangan lupa saksikan ya!

Baca lagi: Ledakan Anime Oktober 2025, Judul Baharu, Aksi Epik dan Kisah Menyentuh Hati
Baca juga: ONE PUNCH MAN Musim 3, Pertarungan Gergasi Menanti Oktober 2025