Home Cdrama C-Drama ‘Fated Hearts,’ Dari Musuh Kepada Kekasih Hati.

C-Drama ‘Fated Hearts,’ Dari Musuh Kepada Kekasih Hati.

0

IQIYI kini mempersembahkan sebuah drama bersiri yang bertajuk ‘Fated Hearts’. Drama ini telah mula ditayangkan di IQIYI sejak 2 Oktober 2025 yang lalu dengan episod baharu pada setiap hari.

IMG 6131 scaled

Apa yang menarik di dalam drama ini adalah gandingan antara dua pelakon utama iaitu Li Qin dan Chen Zheyuan. Peminat C- drama pastinya mengenali Li Qin, kerana dia sudah lama membina namanya sebagainya pelakon kostum yang berbakat.

IMG 6130 scaled

Manakala Chen Zheyuan, dia semakin dikenali selepas kejayaannya di dalam drama Hidden Love. Bakat dan rupa yang dimiliki menjadikannya antara pelakon muda China yang menonjol.

IMG 6132 scaled

Tema ‘dari musuh kepada sepasang kekasih’ menjadikan peminat teruja untuk menonton drama ini.

Pada awalnya, Suige (lakonan Chen Zheyuan) ingin mendekati Yixiao (lakonan Li Qin) atas sebab yang tersembunyi, manakala Yixiao pula hanya bersama Suige demi kelangsungan hidupnya.

Namun, secara tidak sengaja, daripada musuh yang ingin saling membunuh antara satu sama lain, kini bertukar menjadi cinta yang sanggup berkorban nyawa.

Drama china

Ini merupakan salah satu sebab mengapa peminat C-drama tidak sabar untuk menonton drama yang penuh debaran ini sehingga ke penghujungnya.

Strim drama Fated Hearts ini setiap hari di IQIYI. Terdapat juga sarikata Bahasa Melayu dan Inggeris bagi drama ini di IQIYI.