Home Cdrama Drama China ‘Return of the Queen’, Cinta, Dendam dan Rahsia yang Tersembunyi

Drama China ‘Return of the Queen’, Cinta, Dendam dan Rahsia yang Tersembunyi

0

Bagi pencinta kisah percintaan yang sarat dengan rahsia besar, drama China ‘Return of the Queen’ adalah sebuah karya yang tidak wajar dilepaskan.

Return of the Queen bukan sekadar menampilkan jalan cerita romantik yang mendebarkan, tetapi turut menyelitkan konflik keluarga, permainan kuasa, serta misteri yang penuh kejutan.

Keistimewaan drama ini semakin menyerlah apabila dibintangi oleh Wu Jun Ting dan Zhan Yi Shang sebagai teraju utama. Kedua-duanya berjaya menghadirkan keserasian yang begitu meyakinkan sehingga membuatkan penonton larut dalam emosi watak mereka.

Menariknya, sebelum ini Wu Jun Ting pernah mencuri perhatian peminat drama dengan lakonannya yang memukau sebagai Wu Zi Shu dalam Moonlit Reunion (2025). Kemunculannya sekali lagi dalam drama ini pastinya membuatkan ramai yang ternanti-nanti.

1. Sinopsis Return of the Queen

Return of the Queen

Kisah ini berpusat pada watak Ye Hai Meng (dilakonkan oleh Zhang Yi Shang), seorang pewaris kaya yang memilih untuk kembali dengan identiti baharu demi merungkai kebenaran di sebalik perkahwinan yang diatur untuk dirinya.

Namun, niat utamanya ialah untuk membongkar rahsia besar yang tersembunyi dalam keluarga Lu. Dalam perjalanannya, Ye Hai Meng dipertemukan dengan Lu Si Yu (Wu Jun Ting), putera kedua keluarga Lu yang penuh misteri.

Pertemuan mereka bukan sahaja mencetuskan percikan cinta, malah mengheret keduanya ke dalam percintaan berbahaya yang penuh risiko, membawa ancaman, pengkhianatan, serta rahsia gelap yang boleh merubah nasib mereka.

2. Barisan Pelakon Return of the Queen

869efbd2 457f 425f 81a8 1648ce364034

Drama ini turut dimeriahkan dengan barisan pelakon berbakat besar yang menghidupkan setiap watak dengan penuh penghayatan:

Zhang Yi Shang sebagai Ye Hai Meng
Wu Jun Ting sebagai Lu Si Yu
Vicky Liang sebagai Ling Ke
Qu Yi Cheng sebagai Ye Bo Chen
Zhang Yao sebagai Lu Si Yue
Li Zhi Fan sebagai Jiang Lin
Han Hao Tian sebagai Guan Jie
Ren Dong Lin sebagai Ye Yue Zhi

Gabungan pelakon muda yang versatil ini menjadikan Return of the Queen sebuah drama yang sarat dengan emosi, ketegangan, serta kisah cinta yang mendalam.

3. Platform Tontonan Return of the Queen

db0c0920 11b5 4bfa 92ca a8916fe79083

Drama Return of the Queen mula bersiaran pada 16 September 2025, melalui platform penstriman iQIYI.

Dengan jumlah 24 episod, drama ini menjanjikan perjalanan cerita yang rapi, penuh kejutan, serta cukup intens untuk membuat penonton setia menunggu setiap minggu.

Jika anda meminati kisah cinta yang bukan sahaja indah tetapi turut dibaluti rahsia, dendam dan permainan kuasa, Return of the Queen pasti menjadi antara drama yang harus berada dalam senarai tontonan anda.

Baca lagi: No Mercy, Misteri Penipuan Digital dan Dendam yang Membara
Baca juga: FATED HEARTS, Drama Kolosal China Paling Dinantikan September 2025