“Seadanya Kita” berjaya menggabungkan tema cinta, keluarga, dan realiti ibu tunggal dalam satu naratif penuh emosi. Karya ini dicipta untuk menekankan isu keluarga, stigma ibu tunggal dan kebangkitan peribadi watak wanita.
Drama ini bukan sahaja trending di Viu tetapi juga mencetus fenomena di media sosial, membuktikan kekuatan kisah sederhana yang dekat dengan hati penonton.
Bagi anda yang baharu sahaja ingin menonton, berikut adalah sinopsis ringkas, klip episod dan fakta-fakta menarik dari drama “Seadanya Kita”:
Sinopsis Ringkas

Alani (Emma Maembong), seorang ibu tunggal, membesarkan anaknya Iqi selepas ditinggalkan suaminya, Farouq (Shahz Jaszle). Kehidupan mereka berubah apabila Kerol (Mierul Aiman), seorang penyanyi rock muda dan berjiwa bebas, masuk ke dalam hidup mereka.
Konflik tercetus apabila Farouq kembali menuntut hak sebagai bapa. Alani kini berdepan dilema untuk melindungi Iqi, memberi peluang kedua kepada Farouq, atau menerima cinta baru yang tidak dijangka dengan Kerol.
Klip Episod:

– Episod 1–3: Pengenalan Alani dan Iqi dan permulaan hidup baru; pertemuan pertama dengan Kerol. Gandingan pertama Emma dan Mierul, walau beza usia tetap serasi!
– Episod 4–6: Pertemuan yang tidak dijangka, mengubah kehidupan Alani dan Iqi.
– Episod 7–12: Konflik cinta dan dilema, trauma Alani, kisah silam Kerol.
– Episod 13–15: Isu hak penjagaan anak; finale penuh emosi. Bagaimanakah pengakhiran hubungan Alani dan Kerol?
FAKTA-FAKTA MENARIK

Drama ini mendapat sambutan positif sejak episod awal dengan pujian khas kepada chemistry Emma dan Mierul serta penceritaan yang menyentuh isu ibu tunggal.
Ia juga trending di Viu Malaysia (#1) dan turut mendapat tempat di Indonesia (#2). Klip Kerol mengajar Iqi bermain gitar turut menjadi viral di TikTok dan Instagram.

Menariknya lagi, drama ini berjaya masuk senarai “Highly Anticipated” di Viu; menduduki carta tontonan tinggi di Viu Malaysia dan turut mendapat perhatian di Indonesia dan Singapura selepas beberapa episod.
Menarik kan? ”Seadanya Kita“ bukan sekadar kisah cinta biasa, tapi penuh mesej hidup yang dekat di hati penonton. Bagi penonton yang sukakan drama sarat emosi dengan fokus keluarga yang menyentuh hati, siri ini pastinya berbaloi ditonton.
Pastikan anda langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai drama tanpa sebarang gangguan iklan.








