Home Artis Korea Lakonan Penuh Karisma Go Hyun Jung Dalam 5 Watak Yang Tak Akan...

Lakonan Penuh Karisma Go Hyun Jung Dalam 5 Watak Yang Tak Akan Dilupakan

0
Screenshot

Sebagai salah seorang aktres veteran dalam industri hiburan Korea Selatan, kemampuan lakonan Go Hyun Jung sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Sejak kemunculan awalnya, beliau telah membintangi pelbagai drama berprestij dan berjaya membawa watak-watak ikonik yang masih segar dalam ingatan peminat hingga kini. Dari drama sageuk (berlatar sejarah kerajaan) hingga thriller yang penuh dengan ketegangan, Go Hyun Jung sentiasa menyerlah dengan karismanya.

Berikut antara watak paling ikonik lakonannya yang tidak wajar dilepaskan:

1. Lady Mishil – The Great Queen Seondeok

Go hyun jung

Drama legenda ini mengisahkan tentang Ratu Seondeok, pemerintah wanita pertama di Kerajaan Silla. Lady Mishil (Go Hyun Jung) muncul sebagai wanita penuh cita-cita yang mahu menguasai takhta dengan apa cara sekali pun.

Watak Mishil ini menjadikan Go Hyun Jung semakin dikenali peminat K-Drama kerana karakternya yang pintar, licik dan penuh aura antagonis. Karisma semula jadi beliau menjadikan watak Mishil tampak begitu hidup dan berpengaruh. Drama ini boleh ditonton melalui MBC.

2. Seo Hye Rim – Daemul

87dfa7c0 3593 4a0b ab04 4023239716fa

Seo Hye Rim (Go Hyun Jung) mulanya seorang pembaca berita, namun akibat insiden tragis beliau akhirnya terjun ke dunia politik untuk memperjuangkan keadilan. Tanpa pengalaman, beliau berusaha membuktikan kebolehannya hingga berjaya menjadi Presiden wanita pertama Korea Selatan.

Go Hyun Jung menerima pujian hebat kerana berjaya membawa watak penuh karisma ini, dan hasilnya beliau memenangi Daesang (Grand Prize) di SBS Drama Awards 2010.

3. Ma Yeo Jin – The Queen’s Classroom

26732500 8aa1 4486 a4fc a0ef005ea4e7

Watak guru yang dingin, keras dan tidak berbelas kasihan ini telah berjaya ditampilkan dengan sangat berkesan oleh Go Hyun Jung. Ma Yeo Jin percaya bahawa kaedah pengajarannya yang kejam mampu mempersiapkan murid untuk bertahan dalam dunia sebenar.

Konflik antara guru dan murid serta bagaimana mereka membesar di bawah didikan unik ini menjadi inti pati cerita. Go Hyun Jung sekali lagi membuktikan karismanya dengan menjadikan watak Ma Yeo Jin benar-benar meninggalkan kesan. Drama ini boleh ditonton di MBC.

4. Jeong Hee Joo – Reflection of You

34b3a450 2535 4fbd 95b5 d422504a917f

Diadaptasi daripada novel Someone Who Looks Like You, drama ini berkisarkan tentang Jeong Hee Joo (Go Hyun Jung), seorang pelukis dan penulis yang berjaya namun menyimpan rahsia hidup penuh konflik. Kehidupannya berubah selepas pertemuan dengan Gu Hae Won (Shin Hyun Bin).

Watak kompleks, rapuh, penuh ambisi dan emosi bercampur, memberi peluang kepada Go Hyun Jung untuk menunjukkan sisi lakonan yang lebih mendalam. Hubungan penuh ketegangan antara beliau dan Shin Hyun Bin menjadi tarikan utama drama ini yang ditayangkan di JTBC.

5. Jung Yi Shin “The Mantis” – Queen Mantis

4d4a67ba a74d 4163 8d2b 139088bf1184

Projek terbaharu Queen Mantis membawa Go Hyun Jung ke dunia watak lebih gelap dan tidak mudah dijangka. Beliau melakonkan Jung Yi Shin, seorang pembunuh bersiri terkenal yang telah membunuh lima orang secara kejam.

Selepas dibebaskan dari penjara, muncul pembunuh baharu yang meniru modus operandinya. Polis akhirnya terpaksa meminta bantuannya bagi menyelesaikan kes itu. Lebih menarik, Jung Yi Shin juga seorang ibu yang dibenci anaknya sendiri, seorang detektif yang menyiasat kes pembunuhan baharu tersebut.

Drama ini menjanjikan konflik penuh dilema antara seorang ibu dengan anak, disamping kisah pembunuhan yang menggerunkan. Episod perdana Queen Mantis telah ditayangkan di Netflix pada 5 September 2025.

Go Hyun Jung sentiasa berjaya menghidupkan setiap watak yang dibawanya, sama ada antagonis yang licik, pemimpin berkarisma, guru tegas atau pembunuh bersiri yang rumit. Lakonan luar biasa serta karismanya menjadikan beliau kekal relevan dan terus diingati sebagai salah seorang aktres hebat Korea Selatan.

Baca lagi: Go Hyun Jung: Lakonan Thriller Paling Berkesan Sepanjang Kariernya
Baca juga: “THE UGLY”, Naskhah Thriller Psikologi Korea yang Bakal Gegarkan TIFF 2025