Drama Korea sering melahirkan bintang muda yang mencuri perhatian penonton melalui bakat lakonan mereka. Salah satu nama yang kembali menjadi bualan ialah Jung Chae Yeon, seorang aktres yang juga pernah dikenali sebagai ahli kumpulan I.O.I dan DIA.
Bukan sekadar berjaya di pentas muzik, Jung Chae Yeon turut membuktikan kemampuan di layar kaca melalui deretan drama yang meninggalkan kesan mendalam. Dari watak remaja polos hinggalah ke karakter yang penuh luka batin, Chae Yeon konsisten memperlihatkan transformasi lakonan yang semakin matang. Tidak hairan jika selain drama terbaharunya, BEYOND THE BAR, senarai drama terdahulunya turut menjadi tontonan wajib peminat K-drama.
SWEET TEMPTATION (2015) – Langkah Awal Dunia Lakonan

Drama debut Jung Chae Yeon ini menjadi pintu masuknya ke industri lakonan. Walaupun peranannya kecil, penampilan segar beliau berjaya mencuri perhatian penonton. Sejak itu, ramai melihat Chae Yeon sebagai bintang yang berpotensi besar.
HAPPY ENDING (2016) – Eksperimen dengan Drama Web

Dalam drama web ber rating 6.7 ini, Chae Yeon dan anggota DIA lain melakonkan versi alternatif diri mereka. Episod yang melibatkan roh penasaran memperlihatkan sisi berbeza Chae Yeon meski ruang lakonannya terbatas.
109 STRANGE THINGS (2017) – Falsafah & Masa Depan

Chae Yeon tampil sebagai Sin Gi Won, penuntut falsafah yang hidup bersama robot dari masa depan. Drama dengan rating 6.6 ini membawa tema kebebasan dan pencarian makna yang jarang diketengahkan dalam drama remaja, menjadikannya karya unik dalam senarai Chae Yeon.
I AM… (2017) – Robot yang Belajar Jadi Manusia

Dalam drama ber rating 6.9 ini, Jung Chae Yeon melakonkan Annie, robot berwajah gadis sekolah menengah yang berusaha memahami emosi manusia. Paduan genre sains fiksyen dan kisah remaja membuat drama ini cukup segar dan berbeza.
MY FIRST FIRST LOVE (2019) – Dilema Cinta Pertama

Jung Chae Yeon memegang watak Han Song I, remaja berhati hangat yang berdepan dilema cinta pertama. Drama dengan rating 7.6 ini menggambarkan bagaimana persahabatan boleh berkembang menjadi percintaan, disampaikan dengan suasana remaja yang manis dan menyentuh.
THE KING’S AFFECTION (2021) – Rahsia di Era Joseon

Dalam drama berlatarkan Dinasti Joseon ini, Chae Yeon membawa watak No Ha Gyeong, wanita bangsawan yang berperanan penting dalam kehidupan Dam I. Dengan rating 8.3, drama ini penuh rahsia, identiti tersembunyi, dan percintaan rumit yang mengikat penonton dari awal hingga akhir.
THE GOLDEN SPOON (2022) – Antara Cinta & Kemewahan

Jung Chae Yeon membawakan watak Na Joo Hee, seorang gadis kaya yang terseret dalam misteri senduk emas ajaib. Drama ber rating 8.0 ini menyentuh dilema memilih keluarga penuh kasih atau kehidupan mewah yang membutakan.
FAMILY BY CHOICE (2024) – Luka & Dilema Cinta

Dalam drama dengan rating tinggi 8.7 ini, Jung Chae Yeon memegang watak Yun Ju Won, gadis yang terluka kerana ditinggalkan sahabat masa kecilnya. Jalan ceritanya sarat konflik keluarga, rasa terabai, serta dilema cinta, menjadikan drama ini salah satu karya paling emosional dalam kariernya.
Dari remaja polos hingga karakter yang penuh kedalaman emosi, Jung Chae Yeon membuktikan dirinya sebagai pelakon muda yang berkembang pesat. Setiap dramanya bukan sekadar tontonan hiburan, tetapi juga perjalanan yang memperlihatkan kematangan bakatnya dari tahun ke tahun.
Sudahkah anda tonton kesemua drama lakonan Jung Chae Yeon?








