Selepas meraih populariti besar melalui manga dan anime, WIND BREAKER akhirnya akan mendapat adaptasi aksi nyata (live action) yang dijadualkan tayang di pawagam Jepun pada 5 Disember 2025. Filem ini diarahkan oleh Kentarō Hagiwara, yang sebelum ini dikenali menerusi adaptasi Blue Period dan Tokyo Ghoul.
Melalui teaser rasmi yang dikeluarkan oleh Warner Bros. Japan, filem ini menampilkan barisan pelakon popular yang bakal menghidupkan geng Boufuurin serta watak-watak ikonik lain. Berikut senarai pelakon yang terlibat dalam adaptasi WIND BREAKER.
Koshi Mizukami sebagai Haruka Sakura

Koshi Mizukami akan membawakan watak protagonis utama, Haruka Sakura. Aktor kelahiran 12 Mei 1999 ini pernah membintangi pelbagai filem dan drama TV seperti Kowloon Generic Romance (2025), Announcertachi no Senso (2024), Honshin (2024), Kaibutsu (2025), dan Blue Moment (2024).
Mizukami pernah menerima anugerah Pelakon Baru Terbaik di Japan Academy Film Prize (2021) serta Newcomer of The Year di Elan d’Or Awards (2025)
Baca juga: Skandal Plagiat Gegar Dunia Webtoon, Wind Breaker Ditamatkan Serta-merta
Baca lagi: Tokyo Swindlers Thriller Jenayah Jepun di Netflix, Mengisahkan Sindiket Penipuan Bertaraf Dunia
Taisei Kido sebagai Akihiko Nirei

Watak sahabat Sakura, iaitu Akihiko Nirei yang gemar memerhati orang lain, akan dilakonkan oleh Taisei Kido. Lahir pada 10 Disember 1996, Kido dikenali menerusi karya seperti The Colors Within (2024), Mayhem Girls (2022), First Love (2022), 9 Border (2024), House of Ninjas (2024), dan Villa na Mainichi (2025).
Keito Tsuna sebagai Hayato Suo

Keito Tsuna akan memegang watak Hayato Suo, karakter berkepala dingin dengan penutup mata dan gaya bertarung ikonik. Tsuna lahir pada 24 Disember 1998 dan berpengalaman dalam karya seperti Megami Korin (2025), Lovesick Ellie (2024), Barakamon (2023), serta Will Be Your Bloom (2022).
Beliau pernah memenangi Grand Prix dalam pertandingan Junon Superboy Contest ke-30 (2017).
Junon sebagai Kyotaro Sugishita

Kyotaro Sugishita, watak yang jarang bersuara tetapi sarat amarah, akan diperankan oleh Ikegame Junon, vokalis kumpulan idola Jepun BE:FIRST. Dilahirkan pada 23 Mei 1998, WIND BREAKER merupakan debut layar lebar pertamanya.
Shuhei Uesugi sebagai Hajime Umemiya

Watak Hajime Umemiya, ketua geng Boufuurin yang paling kuat, bijak dan ceria, akan dilakonkan oleh Shuhei Uesugi. Dilahirkan pada 18 Mei 1992, Uesugi dikenali melalui karya seperti Kamen Rider Amazons (2016), Tokyo Revengers (2019), Kaguya-sama: Love is War Final (2021), dan Boyfriend in Orange (2022). Beliau sering membawakan watak berkarisma dan penuh gaya.
Motoki Nakazawa sebagai Toma Hiragi

Toma Hiragi, iaitu wakil kepada Hajime Umemiya, akan dimainkan oleh Motoki Nakazawa. Pelakon muda kelahiran 16 Februari 2000 ini pernah muncul dalam The Dry Spell (2023), The Silent Service (2023), Kimi no Hana ni Naru (2022), dan 3BS Love (2021).
Koki Yamashita sebagai Choji Tomiyama

Koki Yamashita akan membawa watak musuh utama, Choji Tomiyama. Lahir pada 6 November 2001, Yamashita pernah membintangi karya seperti To Be Killed by a Highschool Girl (2022), Red Bridge: Beginning (2022), dan Kimi no Hana ni Naru (2022).
Noritaka Hamao sebagai Jo Togame

Watak Jo Togame, iaitu wakil kepada Choji Tomiyama yang bakal bertarung dengan Sakura, akan dimainkan oleh Noritaka Hamao. Beliau banyak terlibat dalam francais Kamen Rider seperti Kamen Rider Saber Special Issue (2021), Kamen Rider Revice (2021), Kamen Rider Beyond Generations (2021), dan Kamen Rider Battle Familia (2022).
Ryosuke Sota sebagai Kota Sako

Kota Sako, anggota geng Shishitoren, akan diperankan oleh Ryosuke Sota. Pelakon dan model kelahiran 24 Oktober 1997 ini pernah beraksi dalam filem Horimiya: The Movie (2021), Grand Guignol (2022), dan Love Song from Hiroshima (2025).
Rikako Yagi sebagai Tachibana Kotoha

Tachibana Kotoha, pemilik kafe tempat Sakura dan rakan-rakannya sering berkumpul, akan dimainkan oleh Rikako Yagi. Lahir pada 7 Julai 2001, Yagi mula dikenali sebagai model apabila menjuarai Next Asia Cross Model Audition (2015), dan menjadi model eksklusif majalah Seventeen sejak 2016.
Beliau juga pernah berlakon dalam filem Spaghetti Code Love (2021), Homestay (2022), dan Doctor-X: The Movie (2024).
Dengan barisan pelakon berbakat ini, adaptasi WIND BREAKER pastinya menjadi salah satu filem aksi nyata yang paling dinanti menjelang penghujung tahun 2025.








