Home Cdrama Zhang Kangle, Sad Boy dalam Legend of The Female General, Bintang Muda...

Zhang Kangle, Sad Boy dalam Legend of The Female General, Bintang Muda yang Menyinar

0

Zhang Kangle ialah seorang pelakon di bawah naungan agensi Honghaozhile Culture Media. Beliau membuat kemunculan sulung melalui filem Break Through the Darkness yang ditayangkan pada tahun 2021.

Drama pertama yang dibintanginya ialah See You Tomorrow (2022). Sejak itu, beliau semakin dikenali apabila muncul dalam beberapa drama popular seperti The Glory, Faithful, dan Legend of the Female General sebagai pelakon pembantu.

Dilahirkan pada tahun 2001, berikut ialah enam drama menarik yang dibintanginya.

1. The Dauntless Youths

Zhang kangle

Drama The Dauntless Youths baru sahaja ditayangkan di Mango TV pada 26 Ogos 2025. Diterajui pengarah Shiyiyue, drama ini mengisahkan pengembaraan sekumpulan anak muda dalam misi mencari ramuan keabadian.

Kumpulan tersebut terdiri daripada Jiang Wenhuan (Li Zhuozhao), Kunwu (Zhang Kangle), Chong Yibiao (Yu Jiwei), dan Xin Jia (Li Jiahao). Mereka menempuh perjalanan penuh bahaya demi mempertahankan tanah air.

Daripada musuh, hubungan mereka berkembang menjadi persaudaraan. Akhirnya, mereka membongkar konspirasi besar di sebalik ramuan keabadian yang melegenda.

2. The Way Home

IMG 6964

Drama bertemakan kekeluargaan arahan Wai Hong Chui ini menyorot kisah dua sepupu, He Jiahao (Ma Baiquan) dan He Jiashu (Zhang Kangle).

Keluarga He yang suatu ketika dahulu makmur kini hanya bergantung kepada seorang waris lelaki, iaitu He Jiahao. Sementara itu, He Jiashu dihalau selepas kematian ayahnya apabila terbongkar bahawa beliau tidak mempunyai pertalian darah dengan keluarga tersebut.

Lapan tahun kemudian, Jiashu kembali ke desa. Jiahao dilanda rasa bersalah atas kejadian lalu dan berusaha untuk berdamai. Walaupun pada mulanya Jiashu mahu memutuskan semua ikatan, perlahan-lahan beliau mula memahami makna sebenar keluarga.

3. Adventure Behind the Bronze Door

IMG 6965

Drama ini merupakan kesinambungan daripada siri popular The Lost Tomb, yang berlaku lima tahun selepas kisah utama berakhir.

Selepas Wu Xie (Zhang Luyi) menemui sebuah lukisan minyak di Nepal, beliau pulang ke China. Tidak lama kemudian, Jin Wan Tang muncul secara mengejut dengan membawa kalung kala jengking dari keluarga Zhang — yang ada kaitan dengan zaman kanak-kanak Zhang Qiling (Zhang Kangle).

Wu Xie dan Wang Pangzi (Chen Minghao) pun memulakan penyiasatan mengenai asal-usul Zhang Qiling serta misteri keluarganya, lalu membawa mereka ke satu lagi pengembaraan berbahaya.

4. See You Tomorrow

IMG 6966

Ding Liao Liao (Zhang Chuhan) ialah seorang penulis merangkap pengarah untuk rancangan gaya hidup di stesen Jiangxia TV. Beliau seorang yang ceria dan penuh semangat. Sementara itu, Jiang Kan (Zhang Kangle) bekerja di bidang farmasi, seorang pendiam serta bersikap dingin.

Secara kebetulan, mereka tinggal sebilik. Walaupun pada awalnya sering bertelagah, lama-kelamaan mereka belajar memahami dan membuka hati antara satu sama lain.

5. Faithful

IMG 6967

Drama Faithful mengangkat kisah dendam dan perjuangan menuntut keadilan. Meng Wan (Wu Qian) dan Lin Rulan (Hu Yixuan) pernah menjadi mangsa gangguan Wu Lian (Qiao Zhenyu). Walaupun Lin Rulan cuba membawa kes ke mahkamah, Wu Lian berjaya memutarbelitkan fakta sehingga menyebabkan Rulan berakhir dengan bunuh diri tanpa pembelaan.

Meng Wan kemudian menyusun rancangan rapi untuk menjatuhkan Wu Lian. Beliau bekerjasama dengan beberapa individu, antaranya polis Liu Xin (Li Jiahang), Liu San Niang (Tang Jing Mei), Tian Xiao Ling (Yang Yutong), Huang Jiaojiao (Hai Lu), Li Chun Feng (Bai Shu), Shen Mu (Zhang Kangle), dan Feng Da (Han Yezhou).

Setiap daripada mereka mempunyai motif tersendiri, tetapi tujuan mereka sama, memastikan Wu Lian menerima balasan yang setimpal.

6. Legend of the Female General

IMG 6968

Drama ini berkisar tentang He Yan (Zhou Ye), puteri sulung keluarga He, yang menyamar sebagai abangnya, He Rufei (Bai Shu), demi mengekalkan gelaran bangsawan keluarga. Namun, beliau akhirnya dikhianati oleh keluarganya sendiri.

Apabila identiti abangnya yang sebenar terbongkar, He Yan kembali sebagai dirinya. Beliau mengambil peranan baharu sebagai puteri seorang panglima kota, lalu sekali lagi menyamar sebagai lelaki untuk menyertai kem latihan di Yezhou yang diketuai oleh Xiao Jue (Cheng Lei).

Di sana, beliau menjalin persahabatan dengan Chu Zhao (Zhang Kangle), yang menjadi sebahagian penting dalam perjalanan kisahnya.

Dengan bakat versatil serta watak yang pelbagai, Zhang Kangle semakin menyerlah sebagai salah seorang pelakon muda yang menjanjikan dalam industri hiburan China.

Baca lagi: 12 Drama Cinta Era Republik China yang Menggamit Emosi dan Sejarah
Baca juga: Legend of the Female General dan Deretan Drama China Adaptasi Novel Popular