Home Entertainment 9 Watak Pembuli Yang Paling Dibenci Dalam Kdrama

9 Watak Pembuli Yang Paling Dibenci Dalam Kdrama

0

Para penonton pasti rasa meluap-luap marah setiap kali menonton babak penganiayaan dan buli. Hati rasa disiat-siat menyaksikan pembuli mendera setiap mangsanya tanpa belas kasihan!

Drama siri dari Korea Selatan sering muncul dengan idea-idea kes buli untuk santapan para penonton. Sebut sahaja perkataan buli, pasti ramai peminat setia drama siri Korea teringat wajah-wajah pelakon yang telah berjaya membawa watak pembuli yang kejam. Kadang-kadang para penonton sampaikan membenci pelakon tersebut kerana lakonannya sebagai pembuli sangat berkesan!

The Glory menjadi drama siri yang masih hangat dibicarakan di pelbagai media sosial kerana telah berjaya mengangkat kisah mengenai balas dendam seorang mangsa buli sewaktu dibangku sekolah. Lakonan setiap pelakon yang menjadi pembuli membuatkan para penonton tidak senang duduk!

Baca Lagi Artikel: Segalanya Tentang Prekuel The Hunger Games: The Ballad of Songbirds and Snakes

Namun ini bukan kali pertama watak seorang pelakon sebagai pembuli begitu melekat di benak fikiran para penonton. Berikut merupakan beberapa pelakon yang sangat mahir membawa watak sebagai kaki buli dalam drama-drama siri Korea Selatan.

Jom kita lihat senarai nama pelakon yang berjaya menjadi watak kaki buli yang jahat:

 

5819536B 010C 4F01 B10F 7A4F6BDB4776

1. Membawa watak sebagai Park Yeon Jin muda, lakonan Shin Ye Eun dalam drama The Glory yang sangat suka membuli kawan sekelasnya dengan kejam berjaya membuatkan para penonton rasa benci dan sakit hati!

6F83DE5F 7C54 41F2 A3EB D4D5989F87F42. Kemudian, versi dewasa pula dilakonkan oleh Lim Ji Yeon yang kuat berpura-pura dan berlakon baik kononnya menjadi penyampai berita yang anggun, tetapi sebaliknya dia merupakan seorang kaki buli yang kejam.

51AE3378 1491 48D0 870E CC24525BAECC3. Membawa watak sebagai Kim Gun Woo dalam drama The Glory membuatkan para penonton rasa geram dan sakit hati kerana dia adalah seorang kaki buli yang sangat berani memukul kaum perempuan!

5FD7AA6D 3803 486A 91D4 43F1CE597CA54. Park Sung Hoon sangat berjaya melakonkan watak Jae Joon dalam The Glory dengan emosi yang meledak-ledak sebagai kaki buli dan pesalah jenayah seksual.

FC219EDC E066 415D 85C6 EAD349C12AF35. Berubah menjadi separuh zombie, lakonan Yoo In Soo sebagai kaki buli dalam drama All of Us Are Dead membuat para penonton panas hati!

43F8A8AF 0422 412F BE05 67E95C2849696. Membawa watk ikonik Cho Soo Hyang sebagai kaki buli dalam drama siri School 2015 begitu berbekas di hati para penonton hingga kini. Lakonannya berjaya membuat emosi para penonton meledak dengan amarah!

E544D55F 5842 463F 9841 729A263FF3567. Terkesan dengan kekejaman ayahnya, Han Ji Hyun juga sering bertindak jahat dengan membuli kawan-kawan sekolahnya dalam drama The Penthouse.

B2414F84 8AAA 4102 8870 8C6657A2E6EC8. Lakonan Kim Su Gyeom sangat menjadi dan berjaya! Lakonan yang menunjukkan dia berlagak hebat, serta kejam sebagai ketua geng kaki buli dalam drama Weak Hero Class 1.

BA99A395 DA25 49E8 8658 EF4231AA66709. Membawa watak sebagai ketua samseng yang kejam yang sanggup melakukan segala-galanya demi duit, lakonan Shin Seung Ho dalam drama Weak Hero Class 1 berjaya mendapat pujian ramai! Sangat berkesan lakonannya!

Membawa watak sebagai kaki buli yang dingin, kejam dan jahat dalam drama lakonan mereka membuatkan pelakon-pelakon ini dibenci oleh segelintir netizen sampaikan mereka dikutuk di laman sosial. Kekejaman mereka dalam melakonkan watak sebagai kaki buli dalam drama membuatkan para penonton memaki hamun dalam hati.

Memang hebat lakonan mereka semua. Anda suka watak yang mana satu?

Baca Juga Artikel: Gaji Yang Diterima Barisan Pelakon John Wick: Chapter 4