Home Artis Korea 9 Watak Kdrama 2023 Ini Dikejar Semula Oleh Bekas Kekasih

9 Watak Kdrama 2023 Ini Dikejar Semula Oleh Bekas Kekasih

0

Sudahkah anda tonton Kdrama siri My Lovely Liar yang boleh ditonton striming di Viu?

Bekas kekasih pada umumnya merupakan seseorang yang memberi kenangan buruk tersendiri. Perkara itu membuatkan ramai orang tidak ingin menjalin hubungan istimewa lagi dengan bekas kekasih mereka.

Jangan terkejut, zaman sekarang juga masih ada kisah bekas kekasih datang dan mendekati semula teman lelaki atau teman wanita yang ditinggalkan oleh mereka dulu.

Contohnya adalah Mok Sol Hee dalam Kdrama siri My Lovely Liar. Secara tidak sengaja, dia bertemu kembali dengan bekas kekasih yang sedang bekerja sebagai polis di depan rumahnya. Dia mula didekati kembali oleh bekas teman lelakinya tersebut tersebut.

Keadaan serupa juga dialami oleh beberapa watak lain dalam Kdrama 2023. Ada yang terus menolak untuk menjalin hubungan semula, namun ada juga yang mempertimbangkan semula cinta tersebut dan berakhir bahagia kerana mereka putus cinta sewaktu masih ada perasaan yang sarat dak hangat.

Jom sama-sama kita lihat kisah mereka seperti watak dalam Kdrama di bawah ini:

 

31281555 a2b4 4870 80a4 22c70cf6bd6a1. Pada waktu baru sahaja menjalin hubungan dengan seseorang yang baru, Mok Sol Hee (Kim So-hyun) didekati pula oleh bekas kekasih yang hampir berkahwin dengannya dulu dalam My Lovely Liar

 

968614b5 91e9 4cc7 b91b 13fa89e18f3d2. Mereka mempunyai kenangan yang sangat buruk, bekas kekasih Oh Pyeong Hwa (Go Won Hee) yang sudah berkahwin masih mendekatinya dengan terus menerus dalam kdrama siri King the Land

 

b024398d 1faa 4d5d 9117 0133d6ead3783. Sama juga dengan Han Dong Jin (Kim Young Kwang) dalam Call It Love. Dia juga dengan tegas menolak untuk menerima semula bekas kekasihnya yang dulu pernah berlaku curang

 

8555182c cc97 496c b5d5 da1328b1f85d4. Han Gye Jeol (Im Soo Hyang) juga pernah dihampiri oleh bekas kekasihnya selepas secara tidak sengaja terlibat lagi dengannya dalam kdrama siri Kokdu: Season of Deity

 

21807de7 0b5f 48ac a41d 14b86a2f39cb5. Pernah menghilangkan diri, Jang Ji Soo (Kim Yoo Ri) juga dikejar oleh bekas kekasih yang masih disayanginya sewaktu kembali semula dalam kdrama siri Numbers

64f7ff64 dd3d 481e 933d 1bfa3d96d599

6. Min Jae Yi (Jeon So Nee) ditawarkan bantuan supaya boleh kembali semula pada bekas tunangnya selepas identitinya terungkai dalam Our Blooming Youth

 

ba1d6e93 c870 4a9b aa1f 1d26a76591927. Lee Mi Joo (Ahn Eun Jin) dihampiri oleh bekas kekasihnya yang telah hilang ingatan dalam The Good Bad Mother. Mereka bahagia bersama sekali lagi

 

f5bc9f9e 4183 4a6b ab3a 7a75823592128. Padahal sebelum ini sudah dicurangi, Yeon Bo Ra (Yoo In Na) dikejar lagi oleh bekas kekasih sewaktu mula menyukai lelaki lain dalam kdrama True To Love

 

Kdrama9. Geum Myung Se (Cha Tae Hyun) yang diajak rujuk semula bersama bekas isteri yang pernah curang dalam drama siri Brain Works

Setiap watak dalam Kdrama siri 2023 yang tersenarai di atas menunjukkan berbagai-bagai reaksi yang berbeza sewaktu didekati lagi oleh bekas kekasih mereka. Walaupun ada yang menolak dengan tegas, ada juga yang kembali bersama kerana memang masih ada rasa cinta.

Adakah anda pernah didekati bekas kekasih seperti mereka?

 

Baca lagi: 9 Watak Kdrama Ini Jatuh Cinta Dengan Pembunuh
Baca juga: Kdrama Netflix 2023, 7 Watak Protagonis Dengan Nasib Yang Memilukan