Home Entertainment 9 Pelakon Yang Mula Mencipta Nama Melalui Watak Antagonis

9 Pelakon Yang Mula Mencipta Nama Melalui Watak Antagonis

0

Bukan hanya pelakon utama, pelakon pembantu yang membawa watak antagonis juga sering kali berjaya menarik perhatian penonton. Lebih menariknya kebelakangan ini, para pelakon yang berlakon sebagai kaki buli yang kejam dalam drama The Glory turut menerima banyak pujian kerana lakonannya yang sangat berkesan.

Oleh karena itu, lakonan hebat yang dipersembahkan oleh para para pelakon ini dan usaha mereka dalam mendalami watak antagonis yang dilakonkan memang layak dipuji dan dihargai.

Berikut ini merupakan senarai beberapa orang pelakon Korea Selatan yang namanya mula meledak selepas berjaya membawa watak antagonis. Jom sama-sama kita lihat senarai ini:

826d7752 a424 43ec 9d25 8c7733db0d501. Selepas melakonkan watak antagonis dalam Squid Game, Heo Sung Tae dibanjiri tawaran untuk berlakon pada tahun 2022. Dia muncul dalam 6 buah drama siri dalam masa setahun.

49268689 29f0 42c0 8192 61076e50f5312. Hasil lakonannya yang licik dan menyakitkan hati dalam drama siri Itaewon Class, Ahn Bo Hyun kini menjadi nama besar untuk watak-watak utama dalam pelbagai projek drama siri.

58ca396b 8155 47d3 81d9 f7cb7cb263373. Membawa watak seorang lelaki yang tamak dan hauskan kekayaan dan gila kuasa dalam The Penthouse, nama Uhm Ki Joon kini semakin popular sebagai seorang pelakon.

da7337f3 9ea1 4476 97eb 4cf23bc37ddd4. Nama Park Sung Hoon semakin dikenali ramai selepas berjaya membawa watak penjahat iaitu villain dalam drama siri The Glory. Kini, dia akan kembali berlakon dalam The Bequeathed.

Baca Lagi: 14 Pelakon Yang Berjaya Memegang Watak Utama Dalam Kdrama 2023

7de3e289 4354 4e5e b57c ed86c69f26215. Selepas meraih banyak pujian kerana wataknya sebagai Son Myeong Oh melalui drama siri The Glory, waktu ini Kim Gun Woo telah dikenali oleh ramai peminat-peminat Kdrama secara global.

b8e2bc30 9c05 473e afd4 2e412058bdf76. Watak antagonis telah melekat dan sangat serasi dengan Shin Sung Rok. Walaupun begitu, kini pelakon ini telah berjaya mendapatkan watak utama dalam banyak drama siri.

d4354f11 477a 4f43 bd23 4fee44aa14d97. Walaupun wajahnya sering kelihatan menjadi watak utama dalam drama siri, tetapi sebenarnya nama Yoo Seung Ho mula popular waktu dia menjadi pelakon antagonis dalam Missing You.

b3784f34 2127 4045 ac02 f8f77e8100228. Selepas membawa watak antagonis dalam Good Manager, Lee Jun Ho kini menjadi pilihan untuk melakonkan watak utama dalam banyak drama siri, paling terbaru, pelakon ini muncul dalam King The Land.

42d26d63 1b94 4cbf a8bc f4387a5c5e7a9. Sering dipilih untuk membawa watak sebagai antagonis, nama Lim Ju Hwan mula dikenali ramai sebagai seorang pelakon yang berbakat. Pada tahun 2023, dia akan muncul comeback melalui Three Bold Siblings, wataknya kali ini sangat berbeza dari karakter yang pernah dilakonkan sebelum ini.

Memang tidak ada salahnya meneroka pelbagai watak dalam seni lakonan. Senarai pelakon-pelakon yang pernah membawa karakter antagonis di atas kini berjaya mendapat tumpuan dan ramai juga kini berjaya mendapat tawaran untuk watak utama dalam banyak drama siri. Hebat bukan?

Baca Juga: Lee Sung Kyung & Kim Young Kwang Disyaki Bercinta Di Dunia Nyata