Home Entertainment 9 Nasib Malang Menimpa Kang San Dalam “The Secret Romantic Guesthouse”

9 Nasib Malang Menimpa Kang San Dalam “The Secret Romantic Guesthouse”

0

Ryeoun yang membawa watak sebagai Kang San dalam drama siri The Secret Romantic Guesthouse merupakan seorang putera mahkota, pewaris takhta yang sah yang sepatutnya menjadi raja yang bersemayam dan memerintah.

Namun, kerana pemberontakan pada masa lalu yang dilakukan oleh Raja Lee Chang yang telah membunuh kedua orang tuanya, dia perlu melarikan diri dari istana dan orang ramai sejak masih kecil demi menyelamatkan diri dan nyawanya.

Sekarang Kang San atau nama sebenarnya Putera Lee Seol sudah membesar menjadi seorang pemuda yang cukup hebat dalam segala hal, dia sangat handal dalam menggunakan pedang dan sangat rajin berlatih.

Dia juga mempunyai misi untuk merampas kembali takhta yang sememangnya adalah miliknya yang sah. Namun sebelum berjaya merebut kuasa, putera raja ini perlu menjalani kehidupan yang cukup sukar selama bertahun-tahun.

Berikut merupakan sembilan nasib malang yang dihadapi oleh Kang San dalam drama siri The Secret Romantic Guesthouse! Jom sama-sama kita lihat:

ec17d14a aa0d 42ab a27a 1834d32b93f4

1. Kang San telah kehilangan ayah dan ibunya sejak usia yang masih kanak-kanak kerana perbuatan bapa saudaranya yang jahat yang dahagakan kuasa dan mahu merampas takhta

cbf7a499 af48 4847 a694 fc0e7e5c5b702. Sejak kecil lagi dia sudah menjadi buruan dan diperintahkan untuk dibunuh. Dia berusaha untuk terus hidup dengan luka masa lalu yang sangat pedih dan sangat sukar hidup sebagai seorang pelarian

316689bf ef40 4373 b4b7 f2e7b5688eae3. Setelah bertahun-tahun sejak peristiwa pemberontakan yang telah membunuh ayahnya, dia tetap dicari oleh pihak istana untuk dihapuskan

a231da47 40f0 458d b4c6 7b20c06b8b954. Dia sentiasa hidup dalam bahaya, jika identitinya diketahui, Kang Sah boleh dibunuh oleh raja yang haus akan kekuasaan

02fc56d3 c671 430d aaec dd4a7433ccc35. Sebagai seorang putera mahkota, Kang San yang sepatutnya membesar dalam keadaan yang nyaman dan selesa dalam lingkungan dan jagaan istana terpaksa hidup sebagai rakyat biasa dan menjalani keperitan hidup berdikari sejak kecil

0b4fcd04 5d4a 439c 9c5c c40fcb69960c

6. Selama bertahun-tahun dia hidup dengan menyembunyikan identiti asalnya

45dace01 1f31 497e 8f2f ea6acf77ddbd7. Dia berlatih pedang dengan sangat gigih sebagai langkah berjaga-jaga dan persiapan untuk menghadapi orang-orang suruhan raja yang selalu mengancamnya dan juga demi misinya untuk merebut takhta kerajaan

bd17c530 c4f9 4c78 8bf5 7583ca5ecd9e8. Ketika dikejar, dia pernah hampir menemui ajal kerana telah dipanah dengan anak panah beracun

7bef8141 cc7d 4230 9d80 847006262dff 19. Dalam keadaan masih cedera, dia terpaksa mengikuti ujian kerajaan untuk menjadi pegawai istana dengan menahan rasa sakit demi yang sangat penting

Macam-macam kisah malang dan cabaran hidup yang perlu dihadapi oleh Kang San, tetapi putera raja ini tidak pernah menyerah kalah dalam menjalani hidup. Namun segala cabaran dan onak duri telah membuatnya semakin dewasa dan mempunyai tekad yang kuat untuk merampas kembali takhta kerajaan agar rakyat tidak lagi hidup sengsara di bawah pemerintahan Raja Lee Chang.

Anda rasa Kang San akan berjaya menjadi raja dan menggulingkan Raja Lee Chang? Jangan lupa saksikan drama siri ini di Viu Malaysia, semakin lama episodnya menjadi bertambah menarik!

Baca Lagi: Lee Seol “The Secret Romantic Guesthouse” Akan Menaiki Takhta?

Baca Juga: The Secret Romantic Guesthouse Drama Terbaru Viu