Home Entertainment 9 Fakta Menarik Shin Ye Eun

9 Fakta Menarik Shin Ye Eun

0

9 fakta menarik Shin Ye Eun yang membawa watak pemilik Rumah Tamu Taman Bunga dalam The Secret Romantic Guesthouse
Si cantik yang dikelilingi para jejaka pintar dan kacak!

B21B15EE EC14 4940 BC73 92B522C0FDE6

Shin Ye Eun merupakan pelakon watak utama dalam drama siri The Secret Romantic Guesthouse. Dia membawa watak sebagai Yoon Dan Oh iaitu seorang gadis bangsawan yang perlu menguruskan rumah penginapan peninggalan mendiang ayahnya. Dia perlu berusaha mencari beberapa orang pelanggan yang mahu menginap kerana penginapannya sering dikatakan berhantu sehingga ramai orang yang takut untuk ke sana.

Berkat usahanya, dia berjaya mendapatkan empat orang pelanggan untuk menginap dan menyewa di Taman Bunga, tiga orang di antaranya merupakan pemuda tampan dan salah seorang daripada mereka adalah seorang cendekiawan yang sudah agak berusia yang merupakan kawan baik ayahnya. Nampaknya gadis cantik manis ini bakal menjadi rebutan tiga orang tetamu tampan tersebut!

Baca Lagi: 5 Drama & Filem Korea Popular Yang Terlibat Dalam Kontroversi

Bagi anda semua yang tertanya-tanya mengenai Shin Ye Eun, jom sama-sama baca sembilan fakta menarik mengenai Shin Ye Eun berikut ini:

1. Shin Ye Eun merupakan pelakon wanita yang dilahirkan pada 18 Januari 1998 dan dilahirkan di Gangwon.

2. Dia merupakan lulusan dari Universiti Sungkyunkwan dalam jurusan Seni Lakon.

3. Sebelum mencipta nama sebagai artis popular, dia merupakan seorang trainee (pelatih) di agensi JYP Entertainment.

8DEDFF73 8CEC 4A30 AD6D F11469004AC34. Sewaktu masih menjadi trainee, dia pernah menjadi model video klip bertajuk Shoot Me untuk kumpulan DAY6.

5. Debut lakonannya dimulakan pada tahun 2018 dengan membintangi drama siri yang bertajuk A-Teen.

6. Pada bulan September 2019, dia telah berpindah agensi ke NPIO Entertainment kerana JYP Entertainment menutup sub-agensi JYP Actors.

7. Namanya kian dikenali sewaktu dia membintangi drama siri TVN yang bertajuk He Is Psychometric sebagai Yoon Jae In pada tahun 2019.

31442B8C 3D24 4FC1 85F7 284673F5322A

8. Setelah itu dia semakin berjaya dan cemerlang dan membintangi banyak drama siri terkenal seperti Meow, the Secret Boy (2020), Revenge of Others (2022), dan juga The Glory (2022).

9. Selain drama siri, dia juga pernah menjadi pengacara majlis untuk acara KBS Music Bank dengan Bomin Golden Child bermula pada bulan Julai 2019 hingga Julai 2020.

Bukan hanya terkenal dengan kecantikan semulajadinya, Shin Ye Eun juga mempunyai pelbagai bakat rupa-rupanya. Semoga kariernya semakin berkembang dan bersinar. Jangan lupa tonton drama terbarunya The Secret Romantic Guesthouse ya!

Baca Juga: Pelakon ‘The Glory’ Shin Ye Eun Kehilangan Pengikut Instagram Kerana Wataknya