Home Kdrama/Kmovie 8 Drama Korea, Rating Rendah 2023 Versi IMDb

8 Drama Korea, Rating Rendah 2023 Versi IMDb

0

Tahun 2023 didominasi oleh drama Korea dengan rating tinggi berdasarkan data IMDb.

Banyak drama Korea yang meraih rating 8 ke atas. Rating dari jumlah penonton di televisyen boleh menembusi angka belasan hingga puluhan peratus. Sayangnya, ada juga drama yang ditayangkan dengan rating rendah pada tahun ini.

Awalnya, drama dengan rating rendah 2023 menampilkan plot yang solid. Namun, lama-kelamaan plot makin membosankan, seperti kehilangan arah dan hala tuju jalan cerita.

Drama Korea manakah yang mendapat rating rendah pada tahun 2023 ini? Baca selengkapnya di bawah ini, ya!

 

Drama korea

1. Kdrama Strong Girl Nam Soon nampak sangat menarik di awal penceritaan, drama Korea ini hanya mendapat rating sebanyak 6.7 di IMDb

 

 

2. Family: The Unbreakable Bond adalah Kdrama gandingan antara Jang Hyuk dan Jang Nara tentang keluarga ejen risikan. Rating untuk Kdrama ini hanya tersekat di angka 6.5 sahaja

 

 

3. The Heavenly Idol adalah drama Korea dengan rating rendah pada tahun 2023 dengan rating hanya 6.5 di IMDb. Kisah romantik yang dibaluti elemen fantasi

 

 

 

IMG 6419

4. Siri ini merupakan projek yang menampilkan Kim Woo Bin yang telah lama menyepikan diri dari dunia lakonan. Tapi sayangnya, Black Knight hanya mendapat rating 6.4

 

 

5. Pandora: Beneath the Paradise dibintangi oleh Lee Ji Ah. Drama Korea ini meraih rating 6.3. Masih kalah dengan banyak drama Korea lain!

 

 

6. Lee Yeon Hee membawa watak wanita berkerjaya yang bekerja keras. Dari segi cerita, Race memang agak membosankan. Rating yang diperoleh hanya 6.2 di IMDb

 

 

7. Drama Korea seterusnya adalah The Escape of the Seven. Dianggap plot makin merepek, rating hanya 6.1 sahaja

 

 

 

IMG 6420

8. Drama kekeluargaan ini ternyata kurang diminati para penonton. Cold Blooded Intern hanya mendapat rating 5.6 di IMDb

Demikian sahaja senarai Kdrama yang mendapat rating yang rendah pada tahun 2023 ini berdasarkan data IMDb, platform yang berfungsi sebagai database filem dan drama. Walaupun dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal dan berbakat besar, tetapi drama-drama itu masih belum memuaskan hati para penonton.

Baca lagi: 7 Kdrama tvN Rating Paling Tinggi 2023, Didominasi Drama Romantik
Baca juga: 11 Filem Korea dengan Penonton Paling Ramai Pada 2023