Home Entertainment 7 Kdrama tvN Bakal Ditayangkan Tidak Lama Lagi

7 Kdrama tvN Bakal Ditayangkan Tidak Lama Lagi

0

Separuh pertama tahun 2023 melabuhkan tirai dengan bermacam-macam jenis kdrama siri dari Korea Selatan menarik yang telah memeriahkan dan menyerikan hari-hari para peminat dan penonton setia.

Setelah memasuki separuh kedua tahun 2023 ini, terdapat beberapa Kdrama siri dari drama tvN yang akan disiarkan. Pihak produksi juga sudah mengumumkan senarai pelakon lelaki dan pelakon wanita yang terlibat di dalam projek drama siri-drama siri tersebut.

Stesen televisyen tvN menjadi salah sebuah stesen saluran yang mana drama-dramanya paling dinantikan oleh ramai peminat Kdrama. Hampir semua drama siri daripada tvN meraih kejayaan dan mendapat perhatian serta sambutan meriah daripada para peminat. Begitu juga kisahnya dengan drama siri-drama siri yang bakal ditayangkan, belum apa-apa lagi, sudah mendapat perhatian ramai!

Setelah mendedahkan senarai nama pelakon, ramai peminat yang tidak sabar-sabar menantikan penayangan drama siri yang terbabit pula. Tambahan pula terdapat kdrama siri yang memang mempunyai pengikut setia dan kini akan mengeluarkan musim ke 2 pada separuh kedua tahun 2023 ini.

Jom sama-sama kita lihat 7 Kdrama tvN yang akan ditayangkan tidak lama lagi!

 

Kdrama
1. Useless Lies menceritakan tentang kisah seorang wanita dengan kebolehan mendengar dan mengesan pembohongan. Inilah yang membuatkan dia langsung tidak percaya kepada sesiapa pun. Dibintangi oleh Kim So-hyun dan Hwang Min-hyun. Ia dijadualkan ditayangkan pada 24 Julai 2023, dan akan disiarkan di tvN setiap Isnin dan Selasa jam 20:50 (KST).

112cf026 eec9 451f b86f aa1df4603b56
2. Selepas mendapat kejayaan besar pada musim yang pertama, The Uncanny Counter 2 yang bakal ditayangkan pada bulan Julai 2023 nanti bakal menampilkan aksi pemburu iblis yang ingin mengejar kehidupan abadi di Bumi. Dibintangi oleh Jo Byung-gyu, Yoo Jun-sang, Kim Se-jeong, Yeom Hye-ran dan beberapa lagi watak baru. Bakal ditayangkan pada 29 Julai 2023.

10a6ca16 a8a1 4491 b76e 294f53b9d232
3. Aramun’s Sword: Arthdal Chronicles juga turut meneruskan musim terbarunya. Kisah kali ini berkisar tentang Kerajaan Arthdal selepas 1 dekad berlalu. Bakal ditayangkan pada 9 September hingga 15 Oktober 2023.

eff95d8f c946 445c a6e4 ae642f7e3a17
4. Sparkling Watermelon akan menampilkan kisah pelajar yang menjalani kehidupan berbeza. Tanpa sengaja, dia melakukan pengembaraan waktu ke masa depan. Bakal ditayangkan pada September 2023.

b16dc047 d33d 42aa a2d3 1725dee9b87a
5. Drama romantik komedi iaitu Diva of the Deserted Island mengisahkan tentang seorang wanita yang kembali dijumpai setelah 15 tahun berada di pulau terpencil. Dibintangi oleh Park Eun-bin, Chae Jong-hyeop, Kim Hyo-jin, dan Cha Hak-yeon. Ia dijadualkan akan dikeluarkan pada slot masa Sabtu dan Ahad tvN pada Oktober 2023.

f8b6830f b83a 4e36 a11f cb8e09117590
6. Time Walking on Memory menceritakan tentang kisah peminat yang melakukan pengembaraan waktu untuk menyelamatkan bintang idola di masa depan. Tarikh tayangan belum diumumkan lagi.

05361a02 e33c 4f18 bd5e acd3722b22d9
7. Drama siri Maestra mengisahkan tentang seorang bekas pemain biola yang melakukan penyiasatan kes misteri di sebuah orkestra. Tarikh tayangan belum diumumkan lagi.

Kemunculan drama siri Korea baru memang selalu dinantikan oleh para peminat setia. Apatah lagi jika drama siri tersebut dibintangi oleh pelakon-pelakon dan artis kegemaran mereka, pastinya ramai sudah tidak sabar menunggu tarikh tayangan dan ingin menonton drama siri kegemaran masing-masing.

Baca lagi: Bloodhounds – Watak Antagonis Paling Kejam

Baca juga: 10 Kdrama Yang Mencetuskan Kontroversi, Termasuk “Doctor Cha”