Home Entertainment 7 K-Drama Menarik Ini Berkonsepkan ‘Time Travel’

7 K-Drama Menarik Ini Berkonsepkan ‘Time Travel’

0

Konsep ‘Time Travel’ telah menjadi sangat popular dalam siri dan filem Korea. Dengan jalan cerita dan watak yang menarik, siri ini telah menjadi popular di kalangan penonton.

Jika anda suka menonton rancangan berdasarkan time travel, sila lihat tujuh Kdrama menarik ini dan tambahkannya ke senarai drama anda.

Nine: Time Travel Nine Times

1642702531 timetravel1

Drama ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang menemui sembilan batang kemenyan misteri yang membolehkannya mengembara ke masa lalu.

Dia memutuskan untuk mengubah masa lalu untuk masa depan yang lebih baik, tetapi tindakan sedemikian membawa padah.

Dia berdepan dengan akibat buruk dan akhirnya menjejaskan kehidupan ramai orang.

Rooftop Prince

1642702601 timetravel2

Ia merupakan sebuah kdrama di mana masa telah bergerak ke masa depan dan bukan masa lalu. Bayangkan anda berasal dari era Joseon dan kemudian bangun pada abad ke-21.

Ia mengisahkan tentang seorang Putera Raja dan rakan setianya yang secara tidak sengaja mengembara ke masa depan dan kemudian berada di atas bumbung rumah Park-ha.

Signal

1642702688 timetravel3

Sebuah walkie-talkie telah menghubungkan dua orang dari garis masa yang berbeza. Mereka menggunakannya untuk berkongsi maklumat dan menghentikan jenayah daripada berlaku.

Ini menggabungkan kisah seorang detektif dari tahun 1989 dan seorang pemprofil kes dari 2015. Jalan cerita drama ini menggabungkan kes jenayah yang berlaku dalam kehidupan nyata dan fiksyen.

Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo

2016 08 26 10575 1472193627. large

Drama ini bukan sahaja mengisahkan tentang seorang wanita yang secara tidak sengaja mengembara melalui masa, tetapi tentang berada di dalam tubuh orang lain.

Ketika gerhana matahari penuh, seorang wanita abad ke-21 telah dibawa kembali ke zaman Dinasti Goryeo dan telah berada dalam tubuh ahli keluarga diraja.

Dia terperangkap dalam politik istana dan pergaduhan antara putera raja untuk merebut takhta.

Mr. Queen

1642705275 timetravel5

Seperti kdrama yang disebutkan di atas, yang ini juga berkaitan dengan seseorang yang masuk ke dalam badan orang lain.

Tetapi kali ini mengisahkan seorang chef lelaki dari era moden yang kemudian telah masuk ke dalam tubuh seorang wanita, Ratu Cheorin, dalam zaman Joseon. Jalan cerita drama ini sangat bagus dan menarik!

Faith

Faith The Great Doctor Lee Min Ho as Choi Young and Kim Hee Sun as Yoo Eun Soo 1

Seorang pakar bedah plastik pada masa kini mendapati dirinya berada di dalam era Goryeo selepas pengawal diraja membawanya ke sana.

Dia bermati-matian mencari bantuan untuk menyelamatkan ratu mereka yang cedera. Pahlawan Goryeo mula jatuh cinta dengan pakar bedah.

Go Back Couple

1642705453 timetravel7

Pasangan ini telah mempunya seorang anak lelaki, namun berhadapan dengan cabaran di alam perkahwinan mereka.

Suatu hari mereka berdua telah bangun sebagai pelajar universiti dan membuat keputusan yang berbeza kali ini. Segala-galanya kini memberi impak kepada kehidupan mereka untuk menjadi lebih baik.

Sumber: allkpop