Home Entertainment 6 Plot Twist Longing For You, Konflik Makin Panas

6 Plot Twist Longing For You, Konflik Makin Panas

0

Longing for You merupakan drama Korea bergenre thriller, jenayah, dan misteri yang ditayangkan di saluran TV ENA.

Drama Longing for You ini menceritakan tentang perjuangan seorang detektif bernama Oh Jin Sung (Na In-woo) dan rakan-rakannya, Ko Young Joo (Kim Ji Eun) dan Cha Young Woon (Kwon Yool) dalam menyiasat kes pembunuhan.

IMG 0326

Salah satu sebab yang membuatkan drama Longing for You ini menarik untuk ditonton adalah kes jenayah yang melibatkan “orang dalam”. Baik mangsa mahupun penjenayah sebenar berada dalam lingkungan yang dekat dengan watak-watak utama dalam cerita ini.

Sudah ditayangkan sebanyak 10 episod, konflik dalam drama Longing for You ini semakin panas kerana menonjolkan beberapa plot twist. Untuk lebih jelas, berikut adalah penjelasan tentang plot twist dalam Longing for You menjelang episod akhir ini.

Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler!

1. Ada watak lain yang membunuh Park Ki Young

LongingPark Ki Young (Lee Gyu Han) adalah wartawan yang hampir setiap hari mencari sumber berita di pejabat pendakwa raya. Dia mengenali dengan baik perangai Cha Young Woon dan Ko Young Joo. Sejak masih kecil, Park Ki Young ditaja oleh orang tua Cha Young Woon yang memang terkenal sebagai keluarga kaya raya. Boleh dikatakan, dia dan Cha Young Woon sudah seperti saudara kerana mereka sebaya dan dibesarkan dalam lingkungan yang sama.

Namun, tanpa disangka-sangka Park Ki Young ternyata adalah saksi kes pembunuhan yang terjadi kepada Oh Jin Woo (Ren bekas anggota NU’EST), adik Oh Jin Sung. Dia juga dianggap sebagai suspek dalam kes pembunuhan yang sedang disiasat oleh Oh Jin Sung cs.

Dia tidak suka dengan Cha Young Woon kerana keluarga Cha Young Woon melayan dirinya terlalu baik, seolah-olah mempunyai maksud lain di sebalik kebaikan mereka. Dia obses untuk meniru dan mengalahkan Cha Young Woon dalam segala perkara.

Kerana statusnya sebagai suspek pembunuhan, Park Ki Young menjadi buruan di seluruh negara. Ketika dia berusaha melarikan diri ke luar negara, dia diculik oleh seseorang yang misteri. Oh Jin Sung menjumpai Park Ki Young sudah tidak bernyawa, mayatnya sudah tinggal rangka sahaja. Siapakah yang membunuh Park Ki Young?

 

2. Cha Young Woon melamar Ko Young Joo secara tiba-tiba

Longing for youGenre Kdrama ini bukanlah genre romantik, pasti sahaja adegan romantik dalam drama ini sangat sedikit. Namun, bukan bererti tidak ada langsung babak romantik. Seperti yang terjadi kepada Ko Young Joo dan Cha Young Woon.

Selama ini, Ko Young Joo dan Cha Young Woon selalu mengelak setiap kali dituduh saling menyukai dan menjalin hubungan cinta. Namun, Cha Young Woon secara tiba-tiba melamar Ko Young Joo kerana tidak mahu kehilangan orang yang dia sayangi.
Dia menyatakan bahawa dia ingin menjadikan Ko Young Joo sebagai teman hidupnya. Ko Young Joo juga tidak menolak walaupun merasa terkejut. Dia menyatakan bahawa dia akan memikirkan tentang lamaran tersebut.

3. Oh Jin Woo bukan adik kandung Oh Jin Sung

55f0f7fa 593f 4983 8c6b ee54312c1166Oh Jin Woo adalah salah satu watak yang penting untuk perkembangan jalan cerita dalam drama siri ini. Pada awal permulaan cerita, dia dikisahkan sangat rapat dengan abangnya, Oh Jin Sung. Dia juga rapat dengan Ko Young Joo walaupun tidak mempunyai hubungan darah. Dikenali sebagai seorang yang baik, Oh Jin Woo menjadi watak yang disukai oleh ramai orang.

Sewaktu masih kanak-kanak, Oh Jin Woo telah ditinggalkan oleh ibunya di taman hiburan. Satu fakta yang membuatkan penonton terkejut adalah dia ternyata bukanlah adik kandung kepada Oh Jin Sung.

4. Ayah kandung Oh Jin Woo adalah Cha Jin Cheol

7e63b024 1bdb 481b 9137 2a1e1655cdb2Ibu kandung Oh Jin Woo adalah Ma Ri (An Si Ha). Ma Ri yang kini menjadi seniman masih berstatus sebagai pelajar jurusan Seni sewaktu sedang hamil. Fakta lain yang agak mengejutkan adalah ayah kandung Oh Jin Woo ternyata adalah Cha Jin Cheol (Choi Kwang Il). Maksudnya, Oh Jin Woo adalah adik tiri kepada Cha Young Woon. Ma Ri, ibu Oh Jin Woo adalah wanita simpanan Cha Jin Cheol sewaktu masih menjadi pelajar.

5. Doktor Chu mengawasi Oh Jin Woo dengan niat tersembunyi

1085df01 8bfa 4603 b740 c36137afab71

Chu Young Hoon (Kim Hyung Mook) atau Doktor Chu merupakan salah satu watak yang rapat dengan Oh Jin Woo. Dia sangat disukai oleh ibu Oh Jin Sung dan ibu Ko Young Joo. Sewaktu Oh Jin Woo dituduh melakukan pembunuhan di kampung mereka, Doktor Chu adalah orang yang membantu pembebasannya. Dia menyokong Oh Jin Woo dengan membuktikan alibi yang dibuat oleh lelaki tersebut.

Disebalik kebaikannya, Doktor Chu ternyata mempunyai maksud tersembunyi. Hingga Oh Jin Woo meninggal dunia, dia mencatat semua kegiatan yang dilakukannya. Rupa-rupanya, dia diarahkan untuk mengawasi Oh Jin Woo secara diam-diam oleh seseorang.

6. Jantung yang didermakan kepada Cha Young Woon adalah milik Oh Jin Woo

57be446a 95f8 4a68 a2da 1af5c743b398Oh Jin Woo disahkan meninggal dunia kerana mengalami situasi mati otak. Sebelum itu, dia koma selama beberapa waktu kerana diserang oleh seseorang yang misteri. Sewaktu masih hidup, Oh Jin Woo pernah berpesan bahawa dia akan mendermakan organ tubuhnya jika dia meninggal dunia.

Selang 1 tahun selepas itu, Oh Jin Sung dan Ko Young Joo mengetahui fakta bahawa Cha Young Woon mempunyai jantung yang lemah sejak kecil dan menjalani pemindahan organ sewaktu melakukan latihan di Amerika. Dari situ, terdedah fakta bahawa jantung yang diberikan kepada Cha Young Woon adalah milik Oh Jin Woo.

Seperti yang disangka, Yoo Jung Suk (Bae Jong Ok), ibu Cha Young Woon adalah orang yang menjadi dalang disebalik kematian Oh Jin Woo. Dia mencederakannya sewaktu lelaki itu sedang dirawat di hospital.

IMG 2897

Plot twist di atas membuatkan konflik yang terjadi dalam drama siri Longing for You semakin panas. Sebahagian plot twist ini mungkin sudah boleh diteka dan diagak oleh para penonton dan sebahagian lagi berjaya membuatkan para penonton terkejut besar kerana sangat sukar untuk difikirkan dan difahami. Semoga ending drama siri Longing for You ini memenuhi apa yang kita harapkan!

Baca lagi: ”Longing For You”, Kisah Balas Dendam Dengan Genre Thriller, Aksi Dan Misteri
Baca juga: 16 Filem dan Drama Korea Bertemakan Jenayah Penipuan, “Con Artist”