Home Netflix Fakta Menarik Single’s Inferno Musim 4 dan Profil 6 Peserta

Fakta Menarik Single’s Inferno Musim 4 dan Profil 6 Peserta

0

Single’s Inferno musim ke-4 akhirnya telah ditayangkan pada 14 Januari 2025 di Netflix!

Dari poster yang menampilkan barisan peserta baru yang bergaya dan menawan, penonton kini semakin teruja untuk menyaksikan kisah-kisah menarik yang bakal berlaku di pulau cinta Inferno.

Pada minggu pertama ini terdapat sekitar empat episod yang telah dikeluarkan dengan tempoh kira-kira 1 jam setiap satu.

Sementara itu, treler yang telah dikeluarkan untuk musim keempat ini memperkenalkan beberapa peserta dengan latar belakang yang menarik dan hangat.

IMG 8472

Treler musim ini turut memaparkan detik-detik dramatik serta chemistry antara peserta, menjanjikan perjalanan penuh emosi dan kejutan. Barisan peserta kali ini hadir daripada pelbagai latar belakang unik, termasuk model, pelakon, penari, dan profesional dari bidang-bidang lain.

Musim baru ini dijamin lebih mendebarkan, penuh drama, dan sarat dengan romantik. Jadi, mari kita kenali lebih lanjut enam peserta utama yang akan mencuri perhatian dan hati penonton dan beberapa fakta menarik di Single’s Inferno 4!

Amaran: Artikel ini mengandungi spoiler!

 

1. Kim Tae Hwan

Inferno

Kemunculan Kim Tae Hwan dalam treler rasmi terus mencuri tumpuan peminat. Beliau ialah seorang model dan pelakon Korea Selatan yang telah mencipta nama di peringkat antarabangsa. Kim Tae Hwan pernah tampil di pelbagai pentas peragaan dan menghiasi majalah terkemuka seperti GQ Korea, Vogue Girl Korea, Esquire Korea, dan L’Officiel Hommes Korea.

Sebagai pelakon, Kim Tae Hwan mula dikenali melalui drama China My Amazing Boyfriend (2016) dan drama Korea Love Class (2023). Beliau juga bergiat sebagai DJ dengan nama pentas “Kimtae”, yang boleh diikuti melalui akaun Instagramnya, @keemtehwan.


2. Yook Jun Seo

88f19457 76db 458d a6a2 c9450f57c2f5

Yook Jun Seo turut mencuri perhatian apabila beliau tampil dalam drama popular Netflix, Sweet Home musim kedua dan ketiga, sebagai seorang anggota tentera.

Selain itu, pelakon dan model ini aktif berkongsi hobinya di akaun Instagram @6dory, termasuk minatnya terhadap seni lukisan dan tinju. Sebelum terjun ke dunia hiburan, Yook Jun Seo pernah berkhidmat di Armada Perang Khas Angkatan Laut Korea Selatan, menurut laporan Sportskeeda.


3. Jang Tae Oh (Theodore Jang)

b45ff0a5 843b 464c 8db6 f2a46634a933

Dikenali sebagai Theodore Jang, Jang Tae Oh adalah seorang pelakon, pemuzik, dan model yang menyerlah dalam treler Single’s Inferno musim ke-4. Beliau memulakan kerjayanya sebagai bintang iklan pada 2018 sebelum melangkah ke dunia lakonan.

Jang Tae Oh pernah tampil dalam drama sejarah KBS The King of Tears, Lee Bangwon sebagai Yi Je. Beliau juga menerima anugerah Pelakon Terbaik Filem Bahasa Asing di Asia International Film Festival Awards 2024 melalui lakonannya dalam filem Malaysia bertajuk Oppa. Anda boleh mengikuti beliau di Instagram @tachyonproject.


4. Bae Ji Yeon

9df2bb45 81ae 477e 84a8 5e0133478c22

Bae Ji Yeon, seorang model dan space director, sering memaparkan gaya hidup aktifnya di Instagram @bxxyon. Beliau berminat terhadap sukan seperti berkuda, berselancar, dan aktiviti kecergasan, yang sering dikongsikannya melalui platform tersebut.


5. Jung You Jin

86306bc7 2853 4e99 bb92 6bf21c7e7e38

Jung You Jin ialah seorang penari kontemporari lulusan Ewha Womans University. Beliau merupakan ahli kumpulan tari HOMO NOMAD dan pernah menyertai projek seni budaya anjuran Yayasan Kebudayaan Kota Pyeongtaek.

Di Instagram @youjini1225, beliau sering berkongsi aktiviti seperti menjelajah ke pantai, bermain di taman bersama anjing peliharaannya, dan menikmati keindahan alam semula jadi.


6. Lee Si An

b8a844aa a3bd 4cb6 b94b 1f4f691b1703

Akhir sekali, Lee Si An ialah seorang model freelance yang juga bekas peserta rancangan survival popular Idol School dan Produce 48. Beliau pernah bekerjasama dengan jenama pakaian terkenal seperti New Balance, Discovery Expedition, SPAO, dan XEXYMIX. Akaun Instagram beliau ialah @youseeany.

Memetik daripada beberapa sumber, berikut adalah fakta menarik dari Single’s Inferno musim keempat:

IMG 8474 1

1. Jumlah 12 episod

Musim keempat rancangan temu janji Single’s Inferno dijadualkan mempunyai sekitar 12 episod. Pada hari tayangan perdananya di platform Netflix, sekitar empat episod telah dikeluarkan.

2. Dibimbing oleh penyampai hit

Single’s Inferno 4 sekali lagi dihoskan oleh beberapa penyampai popular dari Korea Selatan yang akan menjadikan acara itu lebih menarik. Antaranya ialah Hong Jin Kyung, Lee Da Hee, Kyuhyun, Hanhae, dan Dex.

3. Digelar sebagai musim terhangat

Pada musim keempat ini, rancangan itu mendapat jolokan sebagai musim “terhangat” sejak pertama kali disiarkan pada 2021. Malah menerusi treler yang dikongsikan, rancangan ini menawarkan sesuatu yang sangat berbeza berbanding sebelum ini.

Penerbit Inferno Single, Kim Jae Won, Kim Jung Hyun, dan Park Suji juga mengesahkan nama panggilan itu. Sebab musim keempat dipenuhi peserta menawan dengan konflik menarik.

Musim ke-4 Single’s Inferno ini bakal menyajikan drama dan romansa yang pastinya sukar dilupakan. Adakah para peserta akan menemui cinta sejati, atau konflik yang lebih besar bakal tercetus? Saksikan episod seterusnya dan bersiaplah untuk terhanyut dalam perjalanan penuh emosi mereka!

Baca lagi: 3 Drama Sains Fiksyen Korea yang Gagal Memikat Penonton
Baca juga: Lebih Hangat, ‘Single’s Inferno 4’ Ditayangkan 14 Januari Ini