Home Bollywood/India 6 Filem Terbaik Kareena Kapoor di Netflix, Terbaru “Jaane Jaan”

6 Filem Terbaik Kareena Kapoor di Netflix, Terbaru “Jaane Jaan”

0

Filem thriller yang bertajuk Jaane Jaan menggemparkan Bollywood sejak ditayangkan di Netflix pada 21 September 2023. Filem karya Sujoy Ghosh itu menampilkan Kareena Kapoor sebagai pelakon utama.

Dalam filem Jaane Jaan, Kareena Kapoor membawa watak sebagai seorang ibu yang bernama Maya yang berusaha untuk menyembunyikan pembunuhan suaminya.

Berikut merupakan enam buah filem lakonan Kareena Kapoor yang boleh anda tonton di Netflix. Semua filem ini mempunyai keistimewaan tersendiri!

 

1. Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001)

ac33aec2 b76e 4f0d a0b8 754cbfea0de5Filem Kabhi Khushi Kabhie Gham berjaya menaikkan nama Kareena Kapoor di Bollywood. Watak Kareena sebagai Pooja berkesan di mata penonton kerana mempunyai ciri khas yang unik. Pooja digambarkan sebagai seorang gadis paling popular di kampus. Pooja yang selalu menolak lelaki yang menyukainya telah jatuh cinta pada Rohan (Hrithik Roshan) yang ternyata adalah musuh masa kecilnya.

 

2. We Are Family (2010)

15c35565 b484 404b a78f 8066d269fcc6We Are Family adalah filem drama keluarga yang diterbitkan oleh Karan Johar dan ayahnya, Yash Johar. Filem ini adalah hasil remake dari filem Amerika bertajuk Stepmom (1998). Kareena Kapoor membawa watak sebagai Maya yang menjalin hubungan dengan Aman (Arjun Rampal). Hubungan mereka tidak dipersetujui oleh anak-anak Aman. Maya perlu melakukan pelbagai cara untuk mengambil hati anak Aman.

 

3. Talaash: The Answer Lies Within (2012)

2c6aa5b9 50f4 4e45 bcca 306cd13990baMembawa genre thriller dan jenayah, Talaash: The Answer Lies Within dibintangi oleh Kareena Kapoor bersama Aamir Khan dan Rani Mukerji. Selain ulasan positif, filem ini juga merupakan antara filem India paling laris pada tahun 2012. Kisah yang diangkat dalam filem ini adalah kes kemalangan yang menimpa seorang artis terkenal. Inspektor Suri (Aamir Khan) yang bertugas menyiasat kes tersebut mula menemui pelbagai petunjuk aneh tentang kes tersebut.

 

4. Gori Tere Pyaar Mein (2013)

12cdd419 4feb 4041 99f6 039593060aae

Filem ini menceritakan tentang Sriram (Imran Khan) yang akan berkahwin dengan Vasudha (Shraddha Kapoor) kerana dijodohkan. Sebelum berkahwin, Sriram menceritakan kisah cintanya dengan Dia (Kareena Kapoor) pada Vasudha. Sriram sedar bahawa dia masih mencintai Dia dan tida akan boleh membahagiakan Vasudha. Akhirnya, Sriram melarikan diri pada hari perkahwinannya untuk berjumpa Dia.

 

5. Laal Singh Chaddha (2022)

240b29b9 e223 450d adcf 48681619e77c 1Laal Singh Chaddha diadaptasi dari filem Forest Gump(1994). Kareena Kapoor digandingkan dengan Aamir Khan dalam filem garapan Advait Chandan ini. 159 minit fil m ini mengikuti kehidupan seorang lelaki dengan kecerdasan di bawah purata biasa yang bernama Laal Singh Chaddha (Aamir Khan). Kisah Laal sewaktu berada dalam tentera, meniaga pakaian, hingga bertemu dengan Rupa (Kareena Kapoor) menonjolkan banyak pesanan moral yang boleh dicontohi oleh para penonton.

 

6. Jaane Jaan (2023)

Kareena kapoorJaane Jaan boleh ditonton di Netflix bermula 21 September 2023. Diadaptasi dari novel Jepun karya Keigo Higashino, Jaane Jaan fokus pada watak seorang ibu yang bernama Maya (Kareena Kapoor) yang hidup dengan anak perempuannya. Suatu hari, Maya secara tidak sengaja membunuh suaminya yang datang ke rumahnya. Jiran Maya yang bernama Naren (Jaideep Ahlawat) menawarkan bantuan untuk menghilangkan jejak dan bukti pembunuhan.

Selepas Jaane Jaan, Kareena Kapoor akan membintangi filem thriller bertajuk The Buckingham Murders. Filem karya Hansal Mehta itu dijadualkan tayang secara perdana di BFI London Film Festival Oktober akan datang.

Baca lagi: 10 Filem India Bawa Tema Kekeluargaan, Menyayat Hati
Baca juga: 10 Pilihan Filem Thriller Tamil, Mesti Tonton