Home Bollywood/India 6 Filem Menarik Dari Juhi Chawla, Buah Hati Bollywood 90-an

6 Filem Menarik Dari Juhi Chawla, Buah Hati Bollywood 90-an

0

Juhi Chawla sudah berkecimpung dalam dunia seni lakon di negara India selama 37 tahun. Dalam tempoh waktu tersebut, Juhi Chawla sudah berlakon dalam berbagai-bagai genre.

Juhi Chawla yang juga bekas ratu cantik India tersebut terkenal sebagai pelakon wanita yang selalu digandingkan dengan Shah Rukh Khan dan Aamir Khan di era 1990-an. Genre komedi menjadi salah sebuah genre kegemaran Juhi Chawla apabila memilih projek filem. Di sebalik paras rupa yang menawan, dia ternyata menyimpan bakat komedi yang meyakinkan.

Enam filem komedi ini membuktikan bahawa Juhi Chawla mempunyai comedic timing yang tepat untuk menggeletek perut penonton.

 

1. Hum Hain Rahi Pyar Ke (1993)

36b82c49 2685 4c4f 8a47 d7b0e77460afHum Hain Rahi Pyar Ke menjadi salah satu kolaborasi paling berjaya antara Juhi Chawla dengan Aamir Khan. Juhi membawa watak sebagai Vyjayanti yang sedang melarikan diri dari rumah dan bertemu dengan sepupu Rahul di sebuah karnival. Sepupu Rahul memutuskan untuk membantu Vyjayanti tanpa pengetahuannya dan salah faham terjadi lantas menimbulkan rentetan kejadian lucu hingga berkembang menjadi kisah asmara.

 

2. Ishq (1997)

99de2902 7ea2 4007 9945 07c981c5fa43Ishq merupakan kisah cinta empat penjuru yang melibatkan dua keluarga dari kelas sosial yang berbeza. Madhu (Juhi Chawla) diharapkan untuk berkahwin dengan Ajay (Ajay Devgn) yang sama-sama berasal dari keluarga kaya. Namun kehidupan memang lucu, kerana Madhu lebih memilih seorang mekanik bernama Raja (Aamir Khan) dan Ajay mencintai Kajal (Kajol) yang berasal dari keluarga kurang mampu. Perbezaan ini membuatkan keluarga mereka saling menentang, tetapi keempat-empat mereka berjuang sekuat tenaga untuk mempertahankan cinta mereka.

 

3. Yes Boss (1997)

062d91d5 4957 4927 a421 89ce0547433bJuhi Chawla dan Shah Rukh Khan bergabung sebagai Rahul dan Seema yang sering berpura-pura menjadi orang kaya. Kenyataannya, mereka hanyalah buruh biasa dengan pendapatan yang tidak seberapa.
Kesempatan menjadi kaya mereka dapat rasakan sewaktu bos Seema jatuh cinta dengannya. Namun, sikap bos Seema yang mata keranjang membuatkan Rahul berusaha untuk membuatkan lelaki itu menjauh dari Seema.

 

4. Duplicate (1998)

23e3c947 c04c 445d b5b3 1e5b4701b42bDuplicate menampilkan watak berganda Shah Rukh Khan sebagai Manu dan Babu yang sangat berlainan. Sewaktu Manu yang merupakan penjahat kelas atasan mengetahui kewujudan Babu yang mirip dengannya, dia cuba menggunakan lelaki itu untuk mengaburi pihak polis. Sifat Babu yang polos membuatkan penyamarannya menjadi lucu. Tambahan pula, Babu terjebak dengan kisah cinta antara dua wanita cantik, Lily (Sonali Bandre) dan Sonia (Juhi Chawla).

 

5. 7 1⁄2 Phere (2005)

eed5a5b8 9b5b 4200 9f1e c43c6a44b328Juhi Chawla melakonkan watak sebagai pengarah baru yang bernama Asmi yang berusaha mendapat persetujuan dari keluarga Joshi (Irrfan Khan) untuk membuat reality show tentang perkahwinan. Sewaktu salah seorang anggota keluarga menolak, Asmi diam-diam memasang kamera tersembunyi di rumah mereka. Hasilnya, segala adegan kelakar persiapan perkahwinan berjaya direkod kamera yang membuatkan reality show menjadi lebih nyata.

 

6. Friday Night Plan (2023)

Juhi ChawlaFilem komedi remaja India ini diarahkan oleh Vatsal Neelakantan. Menceritakan tentang dua saudara yang tidak pernah sebulu. Tetapi, ketika ibu mereka meninggalkan mereka untuk urusan perniagaan, kedua-dua mereka bekerja sama untuk secara sembunyi menghadiri pesta paling ‘hot’ tahun ini. Mereka perlu melakukannya sebelum ibu mereka kembali. Friday Night Plan tayang di Netflix pada 1 September 2023.

Selepas 37 tahun, pesona Juhi Chawla ternyata masih belum luntur. Walaupun tidak lagi berlakon sebagai heroin dalam filem romantik, lakonannya dalam film komedi tetap menarik untuk diikuti.

Baca lagi: 10 Filem India Bawa Tema Kekeluargaan, Menyayat Hati
Baca juga: 6 Filem Shah Rukh Khan Ini Berani Kritik Kerajaan India, Terbaru Filem Jawan