Home News 6 Filem Lakonan Nicolas Cage Sepanjang 2023, Terbaru Dream Scenario

6 Filem Lakonan Nicolas Cage Sepanjang 2023, Terbaru Dream Scenario

0
Nicholas cage

Sejak memulakan karier di Hollywood tahun 1981, Nicolas Cage dikenali sebagai salah seorang pelakon yang memang pakar dalam genre aksi. Hampir berusia 60 tahun, Nicolas Cage makin aktif dalam membintangi banyak filem setiap tahun.

Nicolas Cage telah terlibat dalam enam buah filem sepanjang tahun 2023 ini. Filem yang paling terbaru adalah Dream Scenario yang tayang pada 10 November akan datang!

 

1. The Old Way

6c7899df f1ed 4f42 8bca 32990e71b5b5Pengarah Brett Donowho memilih Nicolas sebagai pelakon utama dalam filem bertemakan western bertajuk The Old Ways. Filem berdurasi 95 minit ini merupakan hasil kolaborasi Saturn Films, Capstone Pictures, dan Saban Films. Nicolas membawa watak sebagai Colton Briggs, seorang penembak tepat yang bersara selepas mendirikan rumah tangga dan dikurniakan anak.

Selama 20 tahun, Brigss hidup bahagia bersama isteri dan anaknya di sebuah pekan kecil. Beberapa tahun selepas itu, anak kepada mangsa yang Briggs pernah bunuh menuntut balas dendam dan membunuh isteri Briggs. Bersama anaknya, Briggs menyiasat siapakah pembunuh isterinya untuk dia pula balas dendam.

 

 

2. Renfield

Nicolas cageMenggabungkan genre aksi, komedi, dan seram, Renfield manampilkan Nicolas sebagai drakula. Watak yang dilakonkan oleh Nicolas Cage adalah inspirasi dari novel Dracula karya Bram Stoker yang diterbitkan pada tahun 1897. Selain Nicolas Cage, filem ini juga dibintangi oleh Nicholas Hoult, Awkwafina, dan Ben Schwartz.

 

 

3. Sympathy for the Devil

a2e9ad55 ddbb 47dc b9e4 e54c1c8ed7caSympathy for the Devil yang bergenre thriller psikologikal ini tayang di Fantasia International Film Festival sebelum ditayangkan di pawagam pada 28 Julai. Watak The Passenger yang dilakonkan oleh Nicolas Cage digambarkan sebagai watak yang suka memaksa, pemarah, dan misteri. Suatu hari, The Passenger memaksa seorang lelaki yang digelar The Driver (Joel Kinnaman) untuk memandu tanpa tujuan. Dalam perjalanan, rahsia yang disimpan kemas oleh The Driver terbongkar.

 

 

4. The Retirement Plan

605e3217 fbe3 4c97 8a86 be7654d976a7The Retirement Plan ditayangkan di pawagam pada 25 Ogos 2023. Filem ini menceritakan tentang Matt (Nicolas Cage) yang tinggal di pulau terpencil selepas bersara. Suatu hari, Matt dikunjungi oleh anak dan cucunya yang meminta bantuan kerana dikejar oleh penjenayah. Semakin lama menghabiskan waktu dengan si ayah, Ashley (Ashley Greene) tertanya-tanya tentang masa lalu Matt yang penuh rahsia.

 

 

5. Butcher’s Crossing

c4370099 40e1 40f8 8717 64c7b9745a5dButcher’s Crossing adalah filem drama western yang diadaptasi dari novel berjudul sama karya John Edward Williams. Filem ini bakal tayang di pawagam pada 20 Oktober 2023. Filem ini menyoroti pemburu kerbau bernama Miller (Nicolas Cage) yang bertemu dengan mahasiswa Harvard bernama Will (Fred Hechinger). Selama berburu bersama, Will dan Miller menghadapi berbagai-bagai rintangan berbahaya.

 

 

6. Dream Scenario

Nicholas cageSelepas tayang di Toronto International Film Festival pada 9 September lalu, Dream Scenario akan ditayangkan di pawagam pada 10 November nanti. Filem bergenre komedi ini menampilkan Nicolas Cage sebagai seorang profesor bernama Paul Matthews yang tiba-tiba menjadi selebriti dalam tempoh semalaman setelah muncul dalam mimpi semua orang. Selain Nicolas Cage, filem ini juga dibintangi oleh Julianne Nicholson dan Michael Cera.

Nicolas Cage membintangi filem dengan pelbagai sepanjang tahun 2023 ini. Ada genre aksi, drama, thriller dan yang paling baru adalah komedi. Aktif berlakon dalam banyak filem, Nicolas Cage tersenarai sebagai pelakon Hollywood paling sibuk tahun ini.

Baca lagi: 10 Filem Paling Seram Diadaptasi Dari Kisah Benar
Baca juga: 6 Filem Seram Slasher 2023, Penuh Darah