Hantu berada di mana-mana termasuk di Korea. Umum mengetahui bahawa kerja dan hobinya adalah mengganggu orang, selebriti turut tidak terkecuali.

Berikut 5 selebriti Korea yang pernah mengalami kejadian menyeramkan:

1. Yoo Seung Ho

11 5

Aktor Yoo Seung Ho mengalami pengalaman seram ini ketika menjalani penggambaran filem ‘The Way Home’.

Ketika itu, dia sedang tidur di aras bawah rumah homestay di kawasan pedalaman. Apabila terjaga tengah malam, dia ternampak hantu sedang merenungnya dari luar tingkap kecil rumah.

Katanya meskipun peristiwa itu sudah lama, dia masih mengingatinya seolah-olah baru berlaku semalam.

2. Jo Jung Suk

12 2

Ketika itu, pelakon Jo Jung Suk sedang buat persembahan teater muzikal di sebuah bangunan.

Sementara tunggu show petang, dia tidur dulu di ruangan menunggu. Tiba-tiba dia dikejutkan oleh seorang mak cik cleaner yang berkata, “Sejuk ni,  pergi lah tidur kat dalam.”

Tetapi ruang yang ditunjukkannya itu sangat kecil dan tak muat untuk orang masuk. Aktor itu pun berasa lain macam.

Kemudian, dia dengar cerita bahawa ada dua orang tukang cuci wanita yang terbunuh dalam kemalangan semasa pembinaan bangunan tersebut.

3. Hong Jin Young

13 2

Penyanyi ini terdengar bunyi kuat dari siling malam-malam. Malas fikir banyak, dia menyangka mungkin jiran di aras atas yang buat bising. Namun bulu romanya meremang apabila menyedari yang dia tinggal di tingkat teratas sekali di pangsapuri itu.

Penampakan hantu juga muncul di dalam rumahnya. Dia terbangun dari tidur dengan perasaan aneh dan ternampak lembaga perempuan sedang berdiri di pintu.

Dek kerana terlalu letih pada ketika itu, Jin Young memaki hantu tersebut sehingga ia menghilangkan diri.

4. Kim Shin Young

14 1

Pelawak Kim Shin Young selalu tidur di dalam sleeping bag di panggung-panggung kecil semasa zaman belum popular.

Suatu hari ketika dia cuba tidur di belakang pentas, dia terdengar bunyi tapak kaki berdentum-dentum.

Lantas matanya pun terbuka dan dia mendapati ada hantu kanak-kanak dengan sepasang mata dan bibir terbalik sedang berlari mengellilinginya. Shin Young kata dia sangat takut masa tu.

5. Moon Chae Won

15 1

Moon sedang tidur siang di sebelah ibunya sambil dengar muzik dari pemain MP3. Tiba-tiba dia terjaga dan berasa cemas.

Apabila memandang ibunya di sebelah, ada lembaga sedang terapung di atas ibunya yang sedang tidur. Apa yang lebih menakutkan, cecair darah merah keluar dari bibir lembaga tersebut.

Dengan sekuat tenaga, Moon menjerit dan mengejutkan ibunya. Hantu itu pun terus lesap. Apabila dia melihat pemain MP3, kira-kira 300 lagu di dalamnya telah terpadam. Siapa yang memadamnya?

 

Previous article5 K-Drama Terbaru Paling ‘Hot’ Di Viu, Wajib Tonton Semasa Cuti Raya
Next articleKenapa Ramai Orang Korea Suka Minum Kopi Americano Ais