Home Entertainment 5 Sebab Kenapa Perlu Tonton “A Haunting in Venice”? Filem Gabungan Unsur...

5 Sebab Kenapa Perlu Tonton “A Haunting in Venice”? Filem Gabungan Unsur Seram Misteri

0

Diangkat dari novel Agatha Christie, filem A Haunting in Venice telah rasmi ditayangkan di pawagam pada 13 September 2023.

Hercule Poirot kembali menunjukkan kemampuannya dalam menyelesaikan kes pembunuhan. Kini ditambah pula dengan sentuhan elemen seram hingga berjaya membuat bulu roma para penonton meremang, jom kita lihat ulasan lengkap di bawah ini!

 

1. Kembalinya Hercule Poirot

115459e6 355e 445a 94ce 31340f6dbde1Filem ini menjadi detik kembalinya Hercule Poirot menjadi detektif. Berlatar belakang tahun 1940-an, Hercule berusaha untuk bersara dari kerjayanya sebagai detektif dan tinggal di Venesia. Walaupun begitu, Hercule tetap menerima banyak tawaran untuk menyelesaikan pelbagai kes. Ariadne Oliver, penulis novel yang memperkenalkan nama detektif ini telah membawa undangan ke pesta Halloween yang membuat Hercule terpaksa kembali menyelesaikan misterinya.

 

2. Kes pembunuhan yang misteri

69658e2a 2c6f 47a7 8d06 1a321e31368eDiangkat dari novel Hallowe’en Party milik Agatha Christie, filem ini juga memberikan jalan cerita kisah pembunuhan yang misteri. Bermula dari berkumpulnya watak-watak dalam satu bangunan bernama Palazzo untuk pesta Halloween. Penyiasatan Hercule dimulakan sewaktu salah satu watak mati dibunuh. Menjadi sebuah kes pembunuhan yang misteri, Hercule Poirot mula menyiasat setiap suspek yang berada dalam bangunan tersebut.

 

3. Ada sentuhan supernatural

a3fd6edb 4850 4108 89c6 554cf51e5cddA Haunting in Venice memberikan sentuhan baru. Dalam filem ini, jelas ditegaskan bahawa Hercule Poirot merupakan orang yang realistik dan tidak mempercayai hantu.
Namun, sepanjang filem berjalan, keyakinan Hercule terus digoyahkan. Penonton yang memiliki pendirian sama seperti Hercule pasti akan merasa gusar oleh setiap kejadian mistik yang muncul di dalam filem ini.

 

4. Jumpscare seperti filem seram

4f3a0139 e4d8 459b 8bc8 fcd48f3cc600

Menyentuh genre seram, penonton turut disajikan dengan berbagai-bagai jumpscare yang akan membuatkan rasa terkejut. Bahkan, terdapat banyak adegan seperti dalam filem seram hingga backsound yang berjaya membuatkan bulu roma berdiri tegak. Latar tempat bangunan Palazzo yang menyeramkan juga turut membangkitkan suasana seram. Tambahan pula, bilik Alicia Drake yang menjadi kunci untuk semua kes pembunuhan yang sangat misteri.

 

5. Plot twist yang berlapis-lapis

A haunting in veniceBukan hanya kes pembunuhan di Palazzo, Hercule juga perlu menyiasat kes kematian Alicia Drake yang sudah berlaku sejak sekian lama. Bersama dengan Hercule Poirot, penonton diajak untuk menjelaskan setiap kejadian mistik yang ada di Palazzo. Sama seperti filem-filem sebelum ini, A Haunting in Venice juga menyajikan plot twist untuk penontonnya. Namun, penonton perlu bersiap sedia dengan plot twist kejutan di akhir filem.

Filem A Haunting in Venice ini sangat sesuai untuk anda yang merindui Hercule Poirot dan penyiasatannya yang genius. Jangan lupa menonton “A Haunting in Venice” di pawagam yang berhampiran!

Baca lagi: 10 Kematian Paling Mengejutkan Dalam Filem Hollywood, Masih Diingati
Baca juga: 10 Pasangan Artis Hollywood Ini Beza Usia 15 tahun