Home Anime 5 Sebab Kenapa Anda Mesti Tengok ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba’

5 Sebab Kenapa Anda Mesti Tengok ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba’

0

Tanjiro merupakan seorang remaja lelaki yang baik orangnya dan rajin. Suatu hari, dia terduduk semasa pulang ke rumah kerana melihat keluarganya seisi rumah berlumuran darah.

Hanya adik perempuannya, Nezuko yang terselamat namun berubah menjadi demon pemakan manusia, sama seperti makhluk yang membunuh keluarganya. Lantas Tanjiro berazam menjadi demon slayer bagi memenggal kepala demon serta memulihkan adiknya.

Saat artikel ini ditulis, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba merupakan filem, manga dan anime yang sedang trending. Ceritanya menyerlah kerana mengajar erti hidup dan ramai penonton komen boleh relate dengan realiti kehidupan di mana kita semua turut melawan ‘demon’ dalam diri masing-masing.

Berikut 5 sebab kenapa cerita ini berbaloi untuk anda layan:

#1 Menjentik Emosi

tumblr 3fb0c153a87e13b880c609f632aba352 5b464a1b 500

Tanjiro kehilangan ramai orang penting dalam hidupnya seperti keluarga, orang sekeliling dan rakan-rakan yang boleh membuatkan bertakung air mata anda.

Permulaan cerita pun sudah menyayat hati, sekuat apa pun dia nak kembali ke hari-hari bahagianya, semuanya sudah tidak sama seperti dulu lagi dan orang-orang yang disayanginya sudah tiada. Dia cuma boleh bertahan hidup demi melindungi orang ramai dan adiknya serta terjerat dalam kenangan bahagia dan sedih. …

#2 Berlatarkan Sejarah Berunsurkan Supernatural

main qimg c31eb4e32f04b048f379526680e2dae5

Apa yang menarik, filem ini berlatarkan sejarah Jepun era Taisho, sekitar tahun 1900-an dengan twist supernatural bagi menyedapkan cerita.

Daripada baju kimononya, alat muzik dan tempat yang dipaparkan dalam anime tersebut, anda turut dapat mengenal budaya Jepun serta meluaskan lagi pandangan hidup anda.

#3 Hubungan Kekeluargaan

5f6b571fb778dd68f95529d8d651aa6f

Kisah Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba bermula dengan tema yang kuat iaitu keluarga. Seperti yang diceritakan di atas, satu keluarga Tanjiro dibunuh dan hanya Nezuko versi demon yang tersisa.

Daripada anime ini, anda boleh lihat betapa sayangnya dan protective Tanjiro terhadap adik perempuannya, kerana Nezuko satu-satunya ahli keluarga yang dia ada di dunia ini.

#4 Scene Lawan-lawan Yang Power

demon slayer kimetsu no yaiba

Visual adegan pertarungan dalam anime ini memang mengujakan dan kemas. Pergerakan setiap demon slayers dengan aksinya melibas pedang memang nampak cool, ditambah dramatik lagi apabila pedang dililit dengan unsur air, api, kilat dan lain-lain.

Salah satu koreografi berlawan yang cemerlang adalah semasa Tanjiro dan Nezuko menentang Rui.

#5 Perkembangan Watak

tumblr 6baf45829411e920459c763e9e38d2f8 f875250e 540

Banyak anime menunjukkan watak makin kuat kerana sering bertarung. Manakala dalam anime ini, kekuatan lahir dalam diri Tanjiro kerana dia rajin berlatih dan belajar perkara baru daripada perlawanan dengan musuhnya.

Anime ini turut mengajar kita yang jika mahu mencapai sesuatu matlamat, kuncinya adalah disiplin. Saya tertarik bagaimana Tanjiro menulis diari dan membuat rekod setiap progress.

Selain kekuatan fizikal, kekuatan jiwa seperti empati tidak luntur dalam diri Tanjiro. Dia selalu bersangka baik dan mengambil berat tentang semua orang, termasuk demon yang dia jumpa.

Bonus

Akhir sekali, kena tengok anime ini sebab Nezuko comel!

static assets upload18014875821956433693

Nak Tengok Kat Mana?

Ceritanya memang pace laju dan penulisnya macam tahu-tahu saja di mana nak pegang minat dan rasa ingin tahu audiens.

Sekiranya anda belum ikuti siri anime ini, boleh strim dan muat turun ceritanya di Viu:

Aktifkan Viu Premium supaya dapat menonton anime, filem, siri TV dan drama Asia termasuk dari Korea Selatan tanpa gangguan iklan. Pastikan juga anda download aplikasi Viu di smartphone supaya dapat menontonnya ke mana sahaja.