Home Entertainment 5 Projek Kdrama Terbaru Para Pelakon “Duty After School”

5 Projek Kdrama Terbaru Para Pelakon “Duty After School”

0

Setelah mendapat kejayaan besar dan meraih banyak pujian dalam drama siri Duty After School, para pelakon drama Duty After School nampaknya akan bersiap sedia untuk kembali ke kaca TV anda semua.

Rezeki mereka mencurah-curah, mereka kini sedang menikmati populariti mereka setelah drama thriller komedi adaptasi webtoon tersebut mencuri perhatian ramai.

IMG 0959

Jangan terperanjat! Beberapa orang pelakon Duty After School telah disahkan akan membintangi drama terbaru, hebat bukan? Salah seorang daripada mereka adalah Moon Sang Min, pelakon lelaki muda yang merupakan pendatang baru dalam industri seni yang telah menawan hati ramai peminat dan meraih perhatian ramai sejak membintangi drama siri Under the Queen’s Umbrella pada tahun 2022 yang lalu.

Baca Lagi: 10 Fakta Menarik Moon Sang Min Pelakon “Duty After School”

Jom kita lihat senarai projek terbaru yang bakal dibintangi oleh pelakon-pelakon Duty After School:

1. Moon Sang Min

05432967 4388 407f b088 a80c75477133Pada awal tahun 2023 ini, nama Moon Sang Min semakin meningkat naik setelah membintangi drama siri Duty After School. Bahkan, sebelum membawa watak sebagai Wang Tae Man, jejaka kelahiran Cheongju tersebut telah menarik perhatian ramai melalui lakonannya dalam drama siri Under the Queen’s Umbrella.

Moon Sang Min telah disahkan akan kembali ke kaca TV dengan membintangi drama siri yang juga merupakan adaptasi webtoon iaitu Wedding Impossible. Drama siri ini mengisahkan tentang seorang pelakon wanita yang tidak terkenal dan ditawarkan untuk mengahwini seorang jejaka kaya raya yang sebenarnya menyukai sesama jenis.

2. Lee Yeon

955e5d8f 258a 41ce a58e 3c51c3f083d9Bukan hanya mencuri perhatian melalui wataknya dalam drama Duty After School, Lee Yeon juga tampil hebat sebagai pembunuh upahan muda dalam filem Kill Boksoon. Walaupun belum pernah terpilih untuk menjadi pelakon utama, tapi watak-watak yang diberikan kepadanya selalu menonjol dalam drama atau pun filem.

Lee Yeon akan kembali berlakon dalam drama aksi balas dendam yang berjudul Beneficial Fraud. Drama siri tersebut menceritakan tentang penipu terulung yang kurang empati, serta seorang pendakwa raya yang penuh dengan sifat empati. Kedua-duanya perlu bekerja sama untuk menumbangkan musuh yang sangat jahat.

3. Im Se Mi

fc77c64c d725 4907 93be fdc2c05dd0dbDalam drama Duty After School, Im Se Mi tampil sangat hebat dan wataknya sangat berkesan sebagai Cikgu Park, guru Kelas 3-2. Khabarnya, bintang drama True Beauty (2020) ini akan kembali berlakon dalam dalam drama jenayah yang bertajuk The Worst of Evil bersama Ji Chang Wook dan Wi Ha Joon.

Drama siri yang berlatarkan tahun 1990-an tersebut menceritakan tentang polis yang menyamar untuk membongkar organisasi pengedaran dadah dengan di Korea, China, dan Jepun. Im Se Mi akan membawa watak sebagai isteri kepada Ji Chang Wook yang merupakan pegawai unit pembasmian dadah.

4. Shin Myung Sung

529d0f2f a2bc 4f20 8e41 0b1c7022b9a1

Setelah Duty After School, Shin Myung Sung akan kembali membintangi dua buah drama sekaligus. Drama siri terbaru pertamanya adalah Me and Our Stories. Web series tersebut menceritakan tentang kehidupan empat orang yang sangat berbeza, salah seorangnya adaah Shin Myung Sung.

Sementara itu, drama terbaru keduanya bertajuk Happy Merry Ending yang mengisahkan tentang dua orang jejaka yang bertemu di sebuah majlis perkahwinan. Shin Myung Sung akan menjadi salah seorang daripada empat pelakon utama drama siri tersebut.

5. Lee Soon Won

906d35af 9567 4078 a434 370fa09c93b5Setelah menjadi orang kanan komander platun dalam drama siri Duty After School, Lee Soon Won akan kembali ke kaca TV bersama Kim Woo Bin dalam Black Knight pada tahun ini juga. Pelakon ini akan menjadi pelakon pembantu dalam drama aksi yang akan ditayangkan pada 12 Mei yang akan datang di Netflix.

Nantikan! Black Knight merupakan drama siri adaptasi webtoon Delivery Knight yang berlatarkan tahun 2071. Drama siri tersebut menceritakan tentang masa di mana semua orang bergantung kepada topeng muka respirator untuk bernafas kerana pencemaran udara yang sangat teruk.

Dalam kelima-lima senarai pelakon di atas, lakonan manakah yang paling ditunggu-tunggu oleh anda semua?

Baca Juga: Berbeza Sungguh Wajah Sebenar Yeo Joo Ha Ketua Kelas “Duty After School”