Home Food 5 Makanan Eksotik Korea Yang Anda Tak Sanggup Nak Cuba

5 Makanan Eksotik Korea Yang Anda Tak Sanggup Nak Cuba

0

Setiap budaya mesti ada makanan yang dianggap ganjil di mata orang luar dan Korea tidak terkecuali. Sebelum ini DaebaKing pernah cerita tentang budaya orang Korea makan sotong hidup-hidup.

Dari sotong kurita hidup hingga larva ulat, berikut 5 makanan Korea bukan biasa-biasa dan mungkin membuatkan kita rela terjun ke laut dari bot daripada mencubanya!

#1 Beondegi (번데기) – Larva Ulat Sutera

1
Via Naver

Bahan-bahannya cukup ringkas, iaitu semangkuk ulat sutera yang dimasak di dalam sebuah kuali wok. Ini merupakan snek dan street food popular di Korea. Disajikan panas-panas, beondegi dikatakan rendah lemak dan protein.

#2 Hongeo-Hoe (홍어회) – Ikan Pari ‘Pekasam’

2
Via Wikipedia

Hongeo merupakan antara makanan Korea yang memiliki aroma paling ‘memikat’ sehingga ada yang samakan ia dengan bau tandas awam. Hidangan ini dibuat daripada sejenis ikan pari yang ditapai selama berhari-hari atau sebulan.

Baunya menikam hidung kerana ikan ini tak boleh kencing, jadi ia membuang sisa-sisa perkumuhannya menerusi kulit. Apabila ditapai, baunya meletup kebaboom seperti ammonia.

#3 Cheonggukjang Jjigae (청국장찌개) – “Sup Mayat”

3 4
Kredit: Maangchi

Apa yang pasti, tiada mayat di dalam cheonggukjang jjigae ini. Kunci utama bahannya adalah cheonggukjang, sejenis pes soya busuk yang memberi rasa unik kepada hidangan ini.

Seorang blogger cerita yang sekumpulan pelajar Korea Selatan pernah memasak makanan ini di Jerman. Jiran terhidu bau lain macam, ingatkan mereka simpan mayat lalu panggil polis.

#4 Gaebool (개불) – Ikan Penis

4 4
Via Flickr

Orang Korea memakannya mentah-mentah. Walaupun sudah dipotong-potong, hidupan laut ini tetap boleh bergerak-gerak di dalam pinggan. Orang yang pernah makan cakap rasanya seperti air masin dan kadangkala dimakan sebagai afrodisiak.

#5 Bokjili (복지리) – Sup Ikan Buntal

5
Via Naver

Anda mungkin pernah dengar sajian ikan fugu beracun, hidangan Jepun yang hanya disediakan oleh chef berlesen dan berpengalaman.

Namun di Korea, tukang masak nampaknya lebih rileks dan selamba memasak sup ikan buntal beracun ini meskipun tiada lesen atau pengalaman kerana peraturannya tidak sama seperti di Jepun. Di dalam sup ada ikan buntal, sayur, herba dan rempah ratus.

Sumber: Joelstraveltips, Koreaboo, Merdeka